Monday, February 17, 2014

Gunung Tempurung Kampar Mengeluarkan Asap..


KAMPAR, 16 Feb -- TERBAKAR... Kelihatan asap menyelubungi puncak Gunung Tempurung yang terbakar dipercayai akibat panahan kilat sejak petang kelmarin semasa tinjauan fotoBernama di Kampung Sungai Siput Selatan di sini hari ini.


Kelihatan sebahagian daripada 1.6 hektar hutan tersebut telahpun padam dengan sendirinya tetapi hari ini kebakaran telah merebak ke sebelah kiri gunung yang melibatkan kawasan seluas 0.8 hektar.
 Pihak bomba mengalami kesukaran memadamkan kebakaran dan berdepan dengan risiko keselamatan berikutan permukaan gunung yang sangat curam dan berbahaya.
--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sunday, February 16, 2014

Kecenderungan Artis Bertudung -Apa Kata Aishah?


by AISHAH

HALAMAN HIBURAN
ALHAMDULILLAH, saya seronok sangat. Apabila saya tengok adik-adik  sudah berani buat program, ini satu peredaran yang baik. Saya bukan hendak suruh semua orang jadi ahli politik. Kita kena sedarkan setiap orang apa juga pekerjaan mesti berdasarkan Islam. Kalau hendak jadi ahli sukan jadilah yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Kalau kita lihat pemain bola yang gaji hebat di luar negara, cukup masa dia akan letak bola dan solat. Kita harap golongan artis walaupun dia menyanyi, dia menutup aurat dan mengamalkan akhlak yang baik. Dia boleh jadi role model yang baik. Jika kita tidak tunjuk role model yang baik nanti orang luar yang ambik tempat itu. Itu yang ada K-pop dan sebagainya.

Artis memang seronok mereka diberi ruang untuk memberi pandangan. Masa zaman saya dulu bila hendak pakai tudung semua orang takut. Kalau aku pakai tudung orang panggil lagi tak untuk buat show. Anak pula kecil-kecil lagi. Ini yang sering bermain dalam fikiran artis.

Jadi bila seorang sudah buat dan tengok semua kehidupan (artis bertudung) macam biasa, maka mereka kata ini satu perkara yang baik. Bagi saya bukan lagi isu tudung atau tidak bertudung tetapi macam mana kita hendak ajak mereka memperhalusi fesyen tudung.

Bagaimana hendak menutup aurat. Kalau kita lihat orang pakai tudung memang macam-macam. Sebab akhir zaman ini Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita ada orang yang pakai tudung, tapi macam orang yang tidak pakai baju (bertelanjang).

Jadi kita kena tambahkan ilmu tentang cara hendak menutup aurat yang sebenarnya. Bila artis berfesyen menutup aurat jadi peminat itu akan tahu, cara mereka berpakaian itu sebenarnya mereka mendidik peminat. Ini yang kita hendak.

Kita hendak tarbiyah supaya mereka ada ilmu ada kesedaran dan dia buat secara tak langsung peminat akan ikut. Jadi kalau artis yang disayang digilai dia pakai tudung dengan baik, peminat akan ikut sama. Ini kuasa atau kelebihan golongan artis, yang patut kita gunakan. (HD)

AISHAH atau nama penuhnya WAN AISHAH WAN ARIFFIN menyertai PAS dan menyertai pilihan raya umum (PRU) ke-13 mewakili PAS di kawasan Parlimen Jempol. Aishah, penyanyi popular asal Negeri Sembilan dan berkecimpung dalam bidang nyanyian selama lebih dua setengah dekad kini bertekad menjadikan bidang dakwah dan politik sebagai sebahagian rutin harian hidupnya.

ICC Cricket World Cup Sydney, Apa Kena Mengena Dengan Ini?


Para penari asal Brasil ini tampil dengan kostum seksi saat memeriahkan upacara hitung mundur ICC Cricket World Cup.©AFP PHOTO/Saeed KHAN
Penampilan tiga orang penari Samba yang diiringi alunan musik saat memeriahkan ICC Cricket World Cup di Sydney, Australia, Jumaat (14/2). 
SUKAN
Penari asal Brasil ini tampil dengan kostum seksi saat memeriahkan upacara hitung mundur ICC Cricket World Cup. Digunakan tarian seksi samba ini untuk sukan.
Para penari asal Brasil ini tampil dengan kostum seksi saat memeriahkan upacara hitung mundur ICC Cricket World Cup. Pesona seorang penari Samba saat tampil di perayaan 1 tahun ICC Cricket World Cup di Sydney, Australia, Jumaat (14/2).
Para penari asal Brasil ini tampil dengan kostum seksi saat memeriahkan upacara hitung mundur ICC Cricket World Cup.  Pesona seorang penari Samba saat tampil di perayaan 1 tahun ICC Cricket World Cup di Sydney, Australia, Jumaat (14/2)
Para penari asal Brasil ini tampil dengan kostum seksi saat memeriahkan upacara hitung mundur ICC Cricket World Cup.   
Dua wanita saat berpose dengan piala ICC Cricket World Cup 
di Sydney, Australia, Jumaat (14/2). Turnamen kriket dunia ini 
akan diselenggarakan pada 2015 
di New ealand dan Australia.   (IH)

GST: Majlis Fatwa digesa segera keluar pandangan syarak

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengeluarkan pandangan segera berhubung status cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurut pandangan syarak.

Perkara itu antara resolusi yang dicapai pada Seminar Audit Negara, Ekonomi dan Pecukaian Menurut Sisi Pandang Islam anjuran PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini. Mereka berpandangan bahawa, isu cukai khususnya GST dan isu ekonomi yang lain ketika ini wajar diberi pencerahan dari sudut syarak.

Selain itu, seminar tersebut juga mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula segala bentuk cukai yang dibebankan ke atas rakyat ketika ini. Seminar sehari ini berlangsung di Dewan Surau Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.

Dua kertas kerja dibentangkan masing-masing  bertajuk " Audit Negara dan Sisi Pandang Islam " oleh Dr Azahar Yaakob dan "Pecukaian dalam Islam" oleh Dr Nazri Mansur. Isu GST pula diulas oleh oleh ahli akademik Dr Zuhdi Marzuki.

Dalam pada itu satu lagi resolusi agar PAS mencerakinkan perbahasan mengenai tawaran-tawaran Islam antaranya sistem percukaian Islam sebagai penyelesaian yang bertepatan dengan tema Rahmat Untuk Semua. (HD)

Diamuk Abu Gunung Kelud, Kawasan Kutut Bak Dusun Mati

Diamuk abu Gunung Kelud, kawasan Kutut bak dusun matiDesa Pandan Sari, Malang. ©2014 Merdeka.com/Arie Basuki 

Bersihkan abu Kelud, TNI AD terjunkan 600 personel tambahan
TNI AD bersihkan adu Kelud. ©2014 merdeka.com/arie basuki
JAKARTA: Dusun Kutut , Desa Sambirejo , Kecamatan Ngantang , Kabupaten Malang , berjarak sekitar sembilan kilometer sebelah utara Gunung Kelud . Dusun ini termasuk yang paling parah terkena abu dan kerikil .Pantau merdeka.com , Sabtu (16 / 2) , ratusan rumah penduduk tak boleh diduduki . 

Bumbung rumah tertimpa pasir hampir setebal 10 cm . Kini warga sudah mulai berani kembali ke rumah menyelamatkan harta benda dan ternak . Sebelumnya , kawasan ini bak dusun mati .

 "Khamis (13 / 2) malam pas letusan itu , warga belum dipindahkan dan belum diberitahu . Saat itu warga kebanyakan sedang tidur tiba - tiba terdengar suara letusan , semburan petir , " kata Risai , salah seorang warga pada merdeka.com .

Menurut Risai , warga banyak yang belum sempat menyelamatkan harta benda . Mereka menjadi pelarian di Kecamatan Punjon , jaraknya 2 km dari dusun mereka ." Saat mengungsi material dan pasir beterbangan . Suasananya dramatik . Mujurlah tak ada korban jiwa , selamat semua , " kata Risai .Saat ini warga belum dibenarkan kembali tinggal di rumah . Mereka hanya menyelamatkan haiwan ternakan lalu kembali lagi ke pengungsian .
Erupsi Gunung Kelud banyak menyisakan kerusakan parah pada rumah-rumah warga dan fasilitas umum.   Rumah warga yang hancur akibat dihujani kerikil saat erupsi Gunung Kelud di Desa Ngancar, Kediri, Jawa Timur (16/2).
Erupsi Gunung Kelud banyak menyisakan kerusakan parah pada rumah-rumah warga dan fasilitas umum.  Jalan beraspal menuju akses Gunung Kelud tampak dipenuhi kerikil di perbatasan jarak 5 kilometer dari Gunung Kelud di Ngancar, Kediri, Jawa Timur, Minggu (16/2).
Erupsi Gunung Kelud banyak menyisakan kerusakan parah pada rumah-rumah warga dan fasilitas umum. Sebuah mobil melintasi jalan berkerikil dan tenda yang rusak parah akibat erupsi Gunung Kelud di areal steril yang berjarak sekitar 5 kilometer dari Gunung Kelud di Ngancar, Kediri, Jawa Timur, Minggu (16/2).
Erupsi Gunung Kelud banyak menyisakan kerusakan parah pada rumah-rumah warga dan fasilitas umum. Seorang fotografer mengambil gambar salah satu atap rumah warga yang hancur akibat erupsi Gunung Kelud di Desa Ngancar, Kediri, Jawa Timur, Minggu (16/2).
[IH/ian]

Terkejut Daging Babi Di Pintu Masjid Cherok Tokun.


BUKIT MERTAJAM - Seorang jemaah terkejut apabila menemui seketul daging babi yang diletakkan di hadapan pintu Masjid Cherok Tokun di Machang Bubok di sini pagi tadi.

Kejadian disedari seorang jemaah berusia 78 tahun yang semasa itu baru memasuki ke perkarangan masjid terbabit bagi menunaikan solat subuh kira-kira pukul 5.30 pagi.

Bagaimanapun, warga emas terbabit terus melaporkan kejadian itu ke balai polis berhampiran sebaik mendapati daging tersebut merupakan daging babi.

Difahamkan, laporan dibuat kerana tidak puas hati dengan kejadian yang berlaku namun tidak mengesyaki mana-mana individu terlibat. - KOSMO!

Main Gitar 2 Gadis Kutip Derma RM1,000 Sehari.

Foto
Kuala Lumpur: Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yang mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin ‘Children’s Joy Foundation’ yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama dan jumlah sumbangan penderma. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah realiti rakyat Malaysia yang pemurah. Apa lagi yang kutip derma itu gadis seksi. Hingga sempat kepada golongan yang menangguk di air keroh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails