Monday, April 01, 2013

Elak Lacur Patah Kaki, Gadis Indo Berhati Mulia.

Foto
DUA anggota perubatan merawat Nadia yang patah kaki selepas terjun dari bangunan dua tingkat di Miri semalam. 

MIRI - Seorang gadis Indonesia yang tidak rela dijadikan pelacur patah kedua-dua belah kaki selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Sri Dagang di sini ketika cuba menyelamatkan diri daripada majikannya.

Semasa kejadian pada pukul 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang dikenali sebagai Nadia, 23, cuba melarikan diri melalui tingkap belakang sebuah bilik yang terletak di tingkat dua bangunan itu.

Nadia yang berasal dari Jawa, Indonesia itu menggunakan kain selimut yang diikat di tingkap dalam usahanya melarikan diri tetapi ikatan kain tersebut terkoyak menyebabkan dia terjatuh dan mengalami patah pada kedua-dua tulang kakinya. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gadis itu perlu diberi ganjaran, dan majikan yang cuba memakanya jadi pelacur perlu disiasat dan diadili.

Nelayan Tangkap Ikan Dengan Kuda..

Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda..  

Seorang nelayan bernama Maurius menarik jaring hasil tangkapannya dengan seekor kuda di Pantai Oostduinkerke, Belgium.
UMUMNYA nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgium ini, nelayan di sana menggunakan kuda.
Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda.
Maurius semasa mempersiapkan kelengkapan untuk menangkap ikan dan udang di pesisir Pantai Oostduinkerke, Belgium
Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda.
Cara ini merupakan metode tradisional yang sudah turun menurun dikenal oleh masyarakat Belgium sejak 500 tahun lalu. Hingga kini metode tersebut masih digunakan. 
Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda.
Metode ini menggunakan jaring/jala yang diikat pada tubuh kuda kemudian ditarik hingga ke tepi pantai. 
Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda.
Seorang nelayan Belgium memindahkan hasil tangkapannya ke dalam wadah keranjang di Pantai Oostduinkerke. 
Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda.
Dua orang nelayan masa menarik jaring dengan kuda di lepas Pantai Oostduinkerke. 

Umumnya nelayan menangkap ikan dengan menggunakan perahu. Lain halnya di Belgia para nelayan di sana menggunakan kuda.
Seorang nelayan sedang menunggu tangkapannya setelah melepaskan jaring beberapa meter dari tepi pantai. Setiap musim panas, tempat ini selalu dikunjungi oleh pelancung dari pelbagai negara yang ingin menyaksikan cara unik para nelayan menangkap ikan di Pantai Oostduinkerke, Belgium.(IH/Merdeka.com)

Sunday, March 31, 2013

M'sia Seperti Orang Gila, Beri Guna RTM 10 Minit..

KL: Kerajaan Malaysia seperti orang gila, apabila memberi tawaran tidak menasabah sekadar 10 minit kepada semua parti politik membentangkan maifesto masing-masing bagi PRU 13 ini menerusi RTM. Sedangkan parti pemerintah boleh menggunakan sesuka hati RTM dan siaran radio-tv entah berapa juta minit dalam 5 tahun tiap pilihan raya. 

Begitulah tempangnya keadilan menurut dacing sasau UMNO/BN. Lebih gila dan tidak bermaruah lagi, apabila menterinya Rais Yatim menyifatkan PR sebagai 'angkuh' apabila menolak tawaran tersebut. 

"Mereka sebenarnya yang agkuh lagi gila!" Kata editor Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim. (IH)



Melayu N9, Toak UMNO/BN Dalam PRU 13 Ini?




Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi... Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.

Maksiat: UMNO X Mampu Tadbir,Berhenti Jadi K'jaan

FotoKAMALLUDIN (tengah berdiri) memeriksa wanita asing yang ditahan.

Baru sehari jadi GRO
Melaka: Seorang wanita asing disyaki pelayan pelanggan (GRO) yang baru sehari bekerja di sebuah pusat karaoke di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, di sini, hanya mampu terkedu dan terpinga-pinga ketika menyedari premis itu diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.

Dia yang berusia lingkungan 20-an antara 21 wanita warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan dijalankan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, S Santhee dan Azmi Jusoh. Difahamkan, dalam operasi bermula jam 8 malam, semua wanita berusia 17 hingga 32 tahun berkenaan rata-ratanya melayan pelanggan di dalam bilik yang disediakan di premis itu.

Sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka yang berpakaian seksi tidak sempat berbuat apa-apa dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Hasil siasatan imigresen mendapati pusat karaoke itu pernah diserbu sebelum ini, namun didapati tidak serik kerana masih melakukan kesalahan sama. Justeru, pemilik premis dan dua pekerja berusia 20 hingga 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan. (myMetro)

Komen Webblog Ibnu Hasyim:  Lagi-lagi pusat hiburan, pusat maksiat. Nampaknya UMNO/BN terus tidak mampu tadbir negara. Lagi lama perintah, lagi banyak maksiat. Tidak mampu membawa rakyatnya ke syurga dunia-akhirat? 

Hanya mampu mengheret rakyatnya ke neraka? Sampai bila pemimpin dan ulama 'syaitan bisu'nya masih bertelinga kuali?

Hentikan maksiat, kasihanilah dan ajar UMNO/BN sikit. dengan UNDI PAS berserta rakan PR. Moga-moa meeka sedar!


Ini, Gambar Stadium Baru K'tan -N/Aziz Pecah Tanah

StadiumBaruKelantan


PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam. Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas. (Gambar no 2 atas). Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar. Pembinaan stadium ini menjadi hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal pembangunan. Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri.

“Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu membantu rakyat,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod. Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar.

Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu. Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian. Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan ruang untuk solat. Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan berbagai lagi.

“Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan,” ujarnya.

Sementara itu, gambar di atas sekali adalah gambaran stadium baru Kelantan diambi dari baner pelancaran FB Husam Musa. Gambar di bawah pula, adalah gambaran 'khayalan' stadium yang dikehendaki Annuar Musa di Tunjong, Kota Bharu kalaulah BN berjaya memerintah Kelantan. Gambar FB Annuar Musa.

Orang Kelanan, jangan jadi bodoh, kalau tak UNDI PAS! (IH)
StadiumBaruKelantan1

Jual Beer Berpakaian Mini Ganggu Penduduk.

Wanita penjual bir berpakaian minim bikin pusing warga

PEKAN BARU: Orang ramai di Kecamatan Payung Sekaki, Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia resah kerana terdapat 'warung remang-remang' dan pemiliknya menjual minuman keras, dengan ditemani wanita berpakaian mini.

"Jika malam tiba, suara muzik mulai terdengar di warung remang-remang di sepanjang jalan menuju Terminal Bas Payung Sekaki," kata Husnil Jamdi (39) warga Kelurahan Air Hitam Payung Sekaki dihubungi di Pekanbaru, Selasa (26/3). Demikian dikutip antara.

Dia mengatakan, orang ramai sudah beberapa kali memprotes tentang keberadaan warung tersebut kepada pegawai berkaitan kerana sengaja menjual minuman keras. Bahkan ketika malam, pengunjung warung dapat mendengar muzik dan ditemani wanita berpakaian seronok, menjolok tidak sopan.

Orag ramai sudah pernah menyampaikan masalah tersebut ke petugas Satpol PP Kota Pekanbaru, lalu warung tersebut ditertibkan dan sejumlah wanita tanpa identiti diamankan. Pendapat serupa juga disampaikan Khairul Hasibuan (38) warga Kelurahan Labuh Baru Barat, dan Ny Santy (32) penduduk Kelurahan Tampan, Kecamatan Payung Sekaki, Pekanbaru.

Namun belakangan ini sejumlah warung tersebut kembali dibuka terutama yang berdekatan dengan terminal bas Payung Sekaki. Kebanyakan pengunjung warung adalah pemandu lori sopir dan angkutan kota untuk santai setelah penat bekerja siang hari.

Sementara itu, Kepala Satpol PP Pemkot Pekanbaru, Baharuddin mengatakan pihaknya sering melakukan razia di warung remang-remang tersebut setelah adanya laporan warga setempat. Dalam beberapa kali penertiban, katanya, pihaknya mengamankan sejumlah wanita tanpa identiti dan menyerahkan ke panti sosial untuk dibina. Upaya yang dilakukan petugas, katanya, sudah dianggap maksimal bahkan ada warung remang-remang yang pernah dirobohkan.

Komen Weblog  Ibn Hasyim: Di Maaysia pun ada. Lihat di Jalan Bukit Bintang, Belakang Mati dan lain-lain. Itulah cabaran kepada perjuangan Islam di seluruh dunia.  (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails