Monday, April 23, 2012

Wanita Lebih Agresif Menelefon Pasangan -Oxfort Univ

Wanita lebih sering menghubungi pasangannya

SEBUAH kajian mengenai telepon seluler menunjukkan bahwa wanita menelepon pasangannya lebih kerap dibandingkan dengan pasangannya, lelaki. Hal itu berubah ketika anak-anak perempuan mereka beranjak dewasa dan memberikan cucu. Sejak itu anak dan cucu menjadi orang-orang terpenting dalam kehidupan seorang wanita.

Penelitian dan pengkajian ini dipublikasikan di Jurnal Scientific Reports.

Sedangkan lelaki menelepon pasangan mereka paling kerab dalam tujuh tahun pertama hubungan. Kemudian mereka mengalihkan fokus ke teman-teman lain.

"Ini bukti kuat bahawa hubungan percintaan dikendalikan oleh wanita" Prof. Robert Dunbar, Universiti Oxford

Hasil studi ini didapat dari analisis SMS dan panggilan telepon yang dilakukan oleh tiga juta orang. Menurut mitra studi, Professor Robin Dunbar dari Oxford University, England, penelitian menunjukkan, pada wanita menjaga komunikasi jauh lebih penting dibanding pada lelaki.

"Ini adalah bukti kuat pertama bahwa hubungan percintaan dikendalikan oleh wanita," kata Dunbar pada BBC.

"Mereka [wanita] membuat keputusan dan mereka akan langsung mengejar lelaki malang tersebut sampai ia menyerah!"

Namun data juga menunjukkan, wanita akan lebih fokus pada sahabat di usia pertengahan 30an dan ketika berusia 45 tahun, mereka akan mencari sahabat wanita yang satu generasi lebih muda.

Prof Dunbar juga mengatakan,hasil temuan ini mengindikasikan masyarakat beralih dari sistem patriarkis kembali ke matriarkis. Tujuan proyek ini adalah mencari jawaban akan berbagai jenis hubungan yang dialami seseorang dalam hidupnya. (IH)

Kereta Kebel Kayu & Tali, Nelayan Pergi Ke Pulau


SISWANTO menyeberangi laut antara pantai Timang dan Pulau Panjang.

JOM KREATIF

'Kereta kabel' di pantai Timang

JAKARTA - Beberapa nelayan menggunakan 'kereta kabel' yang diperbuat daripada kayu untuk pergi ke Pulau Panjang di Yogyakarta. Kereta kabel yang mempunyai bangku itu bergerak dari pantai Timang ke pulau itu sejauh 200 meter. Ia turut dikenali sebagai kereta gantung dalam kalangan penduduk tempatan.

'Kereta kabel' itu bergerak dengan menggunakan beberapa tali yang diikat dari tiang di pantai tersebut ke tiang kayu di pulau berkenaan. 'Kereta kabel' itu digunakan oleh nelayan untuk pergi ke pulau tersebut untuk menangkap udang karang dan ikan. - Agensi

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Bersih 4.0 Perlu Unt. Desa Pula - A.Samad Said

SHAH ALAM: 22 Apr 12: Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A. Samad Said hari ini menyarankan agar masyarakat desawan mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan apa-apa tindakan kerajaan.

Beliau yang juga sasterawan negara berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Kita melihat 28 April nanti merupakan satu himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan, kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.

"Tapi dalam masa yang sama untuk kita melihat momentum bantahan saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 di laksanakan segera dan perlu dilakukan di desa-desa," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mendeklamasikan puisi di Konvesyen Hala Tuju Felda di Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini.

Tambahnya, beliau percaya dengan wujudnya Bersih 4.0 dari kalangan desawan, matlamat dan hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

"Mood rakyat akan dapat dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika ini lambat dilakukan seluruh rakyat akan menjadi 'Al-Fakir' kerana terus dipermainkan oleh kerajaan yang ada sekarang,

Sasterawan Negara itu juga sempat menyampaikan Puisi bertajuk 'Melelong Rimba' sebagai menyatakan usaha kerajaan yang bukan sahaja sanggup melelong tanah milik rakyat tetapi juga sanggup melelong hutan rimba demi mencari wang dengan cara yang mudah. (Hrkh)

Ini, Wanita Arab Saudi Yang Jadi Pelacur..

http://www.hespress.com/_img/News_4172008_12247_PM.jpg
Wanita Arab Saudi yang menjadi pelacur di kelab malam.

Wanita Arab Yang Cintakan Maksiat

http://www.hespress.com/_img/m3allayah.JPG
Wanita Rock di Arab Saudi
http://www.hespress.com/_img/bush_bahrain.JPG
http://www.hespress.com/_img/dubai_prostituion.JPG
Kelab malam di Dubai
http://www.hespress.com/_img/large_1174.jpg
Wanita Arab Saudi yang mencari pelanggan di waktu malam
http://hespress.com/_img/post-16-1147724656.jpg
http://www.hespress.com/_img/News_4172008_12247_PM.jpg
Wanita Arab Saudi yang menjadi pelacur di kelab malam di Dubai.
اثارت قصة الفتاة السعودية التي تعمل في ملهى ليلي في إحدى الدول بهدف الحصول على لقمة العيش، ضجة كبيرة، خصوصا وانها من بلد يطبق احكام الشريعة الاسلامية، ويعج بالثروات.
http://www.hespress.com/_img/_62012_meo.jpg
Wanita Arab yang menhisap sisa dan melakukan maksiat di New York.
http://www.hespress.com/_img/algeriapros.jpg
Pelacur di Algeria
http://www.hespress.com/_img/yasminfostock.JPG
Anak Ulamak Arab.
Artikel dan gambar-gambar ini diangkat dari blog http://peribadirasulullah.wordpress.com. Terima kasih tuan blog! Itu di negara-negara Arab, kalau di Malaysia.... (IH)

Sunday, April 22, 2012

Pres. A/Selatan Kahwin 4, PM Kita Tak Teringin Ke?

Bongi Ngema menari dalam upacara tradisi dikenali sebagai Umgcagco di kediaman Jacob Zuma di Nkandla, dalam wilayah KwaZulu Natal kelmarin.

Presiden Afrika Selatan kahwin empat

CAPE TOWN - Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma (gambar) mengahwini isteri keempat kelmarin yang menyaksikan pemimpin berusia 70 tahun itu mendirikan rumah tangga sebanyak enam kali sepanjang hidupnya.

"Presiden Jacob Zuma pada hari ini, 20 April 2012, berkahwin dengan Bongi Ngema dalam satu upacara tradisi dikenali sebagai umgcagco di kediaman beliau di Nkandla, KwaZulu-Natal selepas sekian lama bertunang," kata pejabat Presiden berkenaan dalam satu kenyataan.

Zuma yang telah memiliki 21 orang anak dikurniakan seorang seorang anak lelaki berusia tujuh tahun hasil hubungannya dengan Ngema. Menurut kenyataan sama, tiga lagi isteri Zuma turut serta dalam majlis perkahwinan suami mereka.

Perkahwinan tersebut adalah yang ketiga buat Zuma dalam tempoh empat tahun dan kedua selepas memegang kuasa pada 2009. Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan pertama yang berpoligami ekoran undang-undang negara berkenaan yang membenarkan lelaki memiliki ramai isteri. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden Afrika Selatan kahwin 4, PM Malaysia tak berminat ke? Apa pula kata isterinya? Ha ha ha.. Maaf, gurau saja!

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Bob Kuman, Mari Sama2 Doa Kesembuhannya..

Saya masih hidup - Bob Kuman


BOB KUMAN menunjukkan bukti dia masih hidup ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA : Berita kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman yang tersiar di laman sosial dan Twitter semalam ternyata khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini semalam berasa sedih dan kesal dengan penyebaran berita tersebut.

"Saya sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada saya.

"Kepada para peminat, jangan cepat percaya kepada khabar angin dan doakan saya agar cepat sembuh," katanya yang mempunyai berat badan 219 kilogram.

Dia kini masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya berair.

Sementara itu, pembantu perubatannya, Mohd. Farid Hamzah berkata, Bob dijangka pulih dalam tempoh sebulan lagi.

"Buat masa ini, dia tidak boleh mengambil makanan berkanji seperti nasi serta perlu minum banyak air. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita sama-sama doakan kesembuhan belaiu. Amin..


570,000 Komputer Anda Hilang Internet? -FBI

PENGGUNA

Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.

Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.

Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.

Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.

Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.

Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails