Tuesday, July 19, 2011

Tutup P/Hiburan R'dan; Bukan JAIS, Kuasa Siapa?


SHAH ALAM 19 Jul 11: Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan di negeri ini tidak beroperasi sepanjang Ramadan.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, yang juga bertindak sebagai pengeluar lesen. Bagaimanapun, JAIS tetap menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 terhadap mana-mana umat Islam yang didapati melakukan kesalahan, katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, Selasa.

Menurutnya JAIS juga sentiasa memantau pusat hiburan di negeri ini mengikut bidang kuasa yang ada terutama bagi memastikan umat Islam di Selangor menghormati Ramadan dan tidak terbabit dalam aktiviti maksiat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau JAIS tak berkuasa, siapa yang berkuasa? BN, DAP, PKR atau Sultan? Jelaskan, siapa yang menentang? (IH)

Kelcheff: Sekarang Ceramah Di Padang Perdana..

KOTA BHARU, 19 Jul 11: Festival masakan antarbangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan. Sejak dirasmi 14 Julai lalu sehingga hari ini dianggar hampir 40,000 pengunjung mengunjungi festival tersebut yang diadakan bersebelahan Bazar Tok Guru.

Selain itu di lokasi berhampiran turut diadakan pameran tamadun Islam yang bertajuk ‘Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian’ bertempat di Dewan Jubli Perak dan Gelanggang Seni. Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah termasuk pedang para sahabat baginda Rasulullah saw dipamerkan. Selain itu peralatan astronomi di zaman awal tamadun manusia.

Pegawai Komunikasi Korporat Kelcheff, Abdullah Suhaimi Mat Yassin berkata, festival makanan antarabangsa itu mendapat sambutan orang ramai termasuk pelancong asing. ”Dinggarkan kira-kira 2,000 orang berada di tapak pesta pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui di tapak festival hari ini.

Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual kepada orang ramai yang disediakan peserta dari dalam dan luar negara termasuk China, Turki, Palestin, Indonesia, Thailand dan Kemboja. Selain itu kerajaan Pulau Pinang dan Kedah juga menyediakan juadah istimewa di tapak festival terbabit.

Abdullah berkata, menu yang disediakan bersesuaian dengan tema ‘makanan’ sempena festival termasuk nasi kerabu, pulut pauh, kebab, roti nan, nasi arab, beriani dan nasi ayam hainan. Sehubungan itu beliau berharap orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mengunjungi KelCheff yang akan berakhir 24 Julai ini.

Di tapak KelCheff juga diadakan demontrasi masakan oleh dua cheff terkemuka iaitu Chef Sabri dan Chef Ismail. Pada sebelah malam pula diadakan persembahan kebudayaan termasuk dikir barat dan nasyid. Festival itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Malam ini juga akan diadakan ceramah isu semasa di Padang Perdana bersebelahan tapak Kelcheff.

Kelantan Chengho International Food Festival 2011 (KELCHEF 2011) is the first of its kind international food fair, to be organized by the Kelantan State Government in the state capital Kota Bharu.

KELCHEFF 2011 rides on the momentum created by the hugely successful Cheng Ho Expo 2010. The Cheng Ho series of Expos and Trade Fairs is an effort put forth by the Kelantan State Government in reviving the spirit and legacy of Admiral Cheng Ho’s long and arduous expeditions across the globe, bringing people together from a wide spectrum of cultures and geographical regions

Kelantan Cheng Ho International Food Festival - KELCHEF 2011 - YouTube

2 min - 4 days ago - Uploaded by kelatetoday
Alert icon. Uploaded by kelatetoday on Jul 14, 2011. Kelantan Cheng Ho International Food Festival - KELCHEF 2011 - Perasmian ...
www.youtube.com/watch?v=qEmFkD6OBk4
►

kelatetoday's Channel‏ - YouTube

- [ Translate this page ]
Kelantan Cheng Ho International Food Festival - KELCHEF 2011 - Perasmian 14 ...
www.youtube.com/user/kelatetoday - Cached

(IH)

'Kami Miskin & Daif'.. 30 Tahun Setinggan Sarawak



Miri 19 Jul 11: “Kami berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dan lebih prihatin dengan keadaan kami di sini yang begitu miskin dan daif,” kata Paya Jau, 77, dari Long Anyat, Baram, Sarawak.

Menurutnya yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan setinggan di situ, setakat ini sudah dua kali PAS memberikan bantuan makanan kepada penduduk setinggan di situ.

Begitu juga Asong Dungau, 76, dari Long Moh, (Gambar Asong Dungau menjinjing bungkusan yang mengandungi mee hon, minyak masak dan gula) Baram ketika ditemui berkata, bantuan itu amat bernilai bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti mereka.

“Saya pernah meminta bantuan E-Kasih namun tidak berhasil. Saya juga tidak mendapat bantuan beras untuk golongan miskin tegar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, walaupun saya patut menerima,” katanya sambil menjinjing tiga buah beg mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.

Mereka berasa terharu dengan pemberian tersebut dan tidak menyangka akan diberi mee hon, minyak masak dan gula, memandangkan sebelum ini tidak pernah mendapat bantuan yang sebegitu. Mereka adalah di antara seramai 134 penerima didaftarkan untuk menerima bantuan, yang kebanyakannya adalah golongan warga emas dan suri rumah.

Dengan pemberian hanya dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula, penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Adong, Pujut 3 begitu gembira menyambut kunjungan pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke kawasan mereka.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee dan ahli jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri, Madelline Len. Selaras dengan konsep negara berkebajikan, mereka tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa sedikit makanan untuk membantu keluarga di sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Abdul Hadi (gambar di atas) dan ada antara mereka berebut-rebut mendapatkan sunbangan itu dengan wajah gembira. Abdul Hadi dalam sessi kunjungan ke Miri untuk bertemu pemimpin PAS di sana di samping memberikan ucapan di sana.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bandingkan dengan kemewahan isteri PM kita dikatakan memiliki hiasan di jari sahaja berjumlah RM73 juta. Belum yang lain-lain lagi.. Astaghfirullahil azim! (IH)

Dr Mujahid Lontar Idea Baru 'Stigma Agama'.. PAS?

Catatan Perjalanan bersama Dr Mujahid, Medan 1..
Antara perwakilan dari Malaysia: 1 dari kiri Drs Mohd Rashidi Deraman, tengah Dr Mujahid, seterusnya ke kanan Ibnu Hasyim, Prf Dato' Dr Jamil Osman dan Sdr Ramli.

Dr Mujahid sewaktu mempengerusikan majlis SEA Council Of Intereligios Networking For Peace.
Antara yang turut hadir mesyuarat SEA Council Of Intereligios Networking For Peace.

AWAL Julai ini, saya dijemput bersama-sama Dr Mujahid Hj Yusuf Rawa dan rombongan pergi ke Medan, atas jemputan Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Kota Medan, dipimpin oleh Syarin Harahap. Dr Mujahid adalah Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace dan juga Ahli Parlimen Malaysia.

Dr Mujahid dijemput membentangkan kertas-kerja bertajuk 'Mengadvokasi Umat Beragama Dari Stigma Yang Menyudutkan Agama dan Penganutnya'. Pada saya Dr Mujahid membentangkan idea baru, walaupun sebenarnya idea lama yang diperbaharui mengikut acuan dan kesesuaian South East Asia dalam mengundang perdamaian se rantau. Saya juga dilantik sebagai modirator dalam forum tersebut.

Saya rasa elok saya paparkan pemikiran beliau yang dituangkan di majlis tersebut. Mengenai stigma agama atau tanda buruk (A mark or token of infamy, disgrace, or reproech) menurut beliau 'ada semacam satu konflik antara peranan agama yang sebenarnya dan apa yang difahami sehingga melahirkan satu stigma.' Sehingga kehidupan hari ini tidak melihat agama sebagai utama dalam membentuk perjalanan hidup di dunia.

Menurut beliau, antara stigma tersebut ialah..

1. Agama tersudut kepada aspek ritual dan tidak boleh menjangkau peranan panduan kehidupan yang lebih besar.

2. Penghayatan agama hanya untuk orang tertentu yang sifatnya eksklusif (agamawan) manakala urusan dunia diberikan kepada golongan bukan agamawan. Berlaku dikotomi antara agamawan dan bukan agamawan.

3. Agama hanya akan membawa kehidupan manusia memutar ke belakang, kerana ia bersifat primitif dan tidak progressif.

4. Agama menjadi semakin rumit kerana nilai singular trust (Kebenaran tunggal) yang menjadi ciri utamanya, sedangkan plurality (kepelbagaian) yang ada menuntut kesefahaman. Oleh itu kerumitan ini dilihat penghalang kepada peranan agama yang lebih besar dalam kehidupan duniawi agama.

5. Agama adalah pegangan peribadi dan ia idak boleh dicampuraduk dengan kehidupan yang lebih besar dari sudut sosial. ekonomi dan politik.

Punca wujudnya ialah kerana...

1. Fahaman Liberal yang cuba membebaskan diri dari 'kongkongan beragama', yang dianggap punca kepada kejumudan. Fahaman Neo-liberal hari ini, mencetuskan peninggalan agama dalam kehidupan di atas tanggapan bahawa punca kepada kehurharaan adalah kerana agama.

2. Fahaman Sekular yang memisahkan politik dan agama sehingga ia memberi kesan kepada dasar-dasar dan undang-undang yang tidak menjadikan agama sebagai panduannya.

3. Fahaman Materi yang mencari kepuasan duniawi dengan berseronok dan mengecapi segala kenikmatan dunia sebagai lebih utama dari segi dosa ataupun pahala sesuatu perbuatan.

4. Fahaman Atheism yang menolak kehidupan beragama dan tidak mengimani apa-apa nilai agama secara total.

Jadi apa pandangan beliau dalam advokasi (to speak, plead, or argue in faver of) iaitu untuk memperkatakan, merayu atau mendebatkan sesuatu yang diperjuangkan. Saranan beliau ialah..

1. Melihat kepada kerangka dan struktur perlembagaan supaya advokasi ini diadaptasikan dengan suasana dan realiti yang dihadapi.

2. Memperakui Plurality dan menolak Pluralism.

3. Memupuk nilai-nilai manusiawi yang dikongsi bersama sebagai usaha kolektif, manakala nilai eksklusif agama tertentu dihormati.

4. Mewujudkan ruang persefahaman antara agama menjadi satu suara yang meletakkan perjuangan bersama tentang kepentingan agama dalam kehidupan manusia.

Akhirnya harapan beliau, supaya stigma agama dapat dibuang dari fahaman dan persepsi yang menyudutkan agama dari penganutnya. Harapan lebih besar ialah agama menjadi functional dalam kehidupan manusia dan dapat berperanan sebagaimana sepatutnya.

Selepas pulang dari Medan, saya sempat membuat pertemuan dan membincangkan hal ini melalui Grup Universiti Ulu Klang dan merumuskan baik buruknya penyertaan Dr Mujahid selaku Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace peringkat AsiaPasifik bagi gerakan Islam di Malaysia.

Kesimpulannya,

Kesan baik...
  • Pemimpin Islam dari PAS dapat kepercayaan dari pelbagai agama seperti Kristian, Buddha, Hindu, dan ajaran Kungfusius untuk mengetuai mereka dan sama-sama menghidupi Kerukunan Beragama (Wasber). Ianya perlu disambut dengan pembuktian perlaksanaan.
  • Peluang dakwah dan mengatakan pendirian kepada luar Islam.
Kesan tidak baik..
  • Perlukan pengorbanan bagi menerangkan fahaman ini supaya tidak dikelirukan, yang mungkin juga akan dihalang oleh kalangan dari orang Islam atau PAS sendiri.
Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan bincangkan beberapa kertas kerja lagi seperti yang dari Indonesia sendiri, Prof Dr Qasim Matar MA (UIN Makassar), Prof Dr Syahrin Harahap MA (Ketua FKUB) Medan, Pdt Dr Eric Johnson Barus (Kebanjahe Indinesia -Kristian), Drs Harkiman Racheman MA (Buddha), Dr H Maratua Simanjuntak (Ketua FKUB Sumatera Utara), Panindita Ir S Annadore (Hindu), Ir Djohan Adjuan & Pastor Yohanes Barualamsyah, OSC.

Wassalam.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 19 Jul 11.

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Kerana BERSIH, KDN Tapis Majalah Economist..

NONE
KL 19 Jul 11: Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.

Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal.

Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan. (IH)

Buaya Mengamuk 2,000 Berkurung, Penyelesaian?

SARATOK: Lebih 2,000 penghuni empat rumah panjang dan dua perkampungan di sepanjang Sungai Seblak, Kabong di sini, diarah menjalani perintah berkurung selama lima hari selepas pihak berkuasa membabitkan polis dan tentera menggerakkan operasi besar-besaran bermula semalam bagi memburu buaya ganas di sungai itu.

Arahan pihak berkuasa itu membabitkan penduduk Iban dan Melayu di kawasan berkenaan yang diminta menghentikan semua aktiviti di sungai bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam sehingga Jumaat ini. Arahan itu bagi melicinkan operasi menangkap kira-kira 60 buaya ganas setiap satu berukuran 2.5 meter dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu.

Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang berkata, larangan turun ke sungai itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin ketika operasi dijalankan. Menurutnya, arahan perintah berkurung itu dibuat kerana pihaknya bimbang kemungkinan penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi berkenaan akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya dikenal pasti mampu mengancam nyawa.

“Memang kita akui sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk di kawasan itu, tetapi kami berharap sepanjang tempoh operasi, mereka mematuhi arahan supaya menghentikan sementara aktiviti di sungai.

“Jika penduduk mahu keluar ke pekan, mereka boleh menggunakan jalan darat dari Kampung Emplam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan 30 anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Berdasarkan rekod SFC, dianggarkan 300 buaya menghuni sungai berkenaan dan 60 daripadanya berukuran 2.5 meter panjang dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, operasi dilancarkan selepas beberapa kes serangan buaya terhadap penduduk berlaku di sungai berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, susulan itu, penduduk di tebing sungai merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangkap buaya ganas di sungai itu bagi mengelak lebih ramai penduduk menjadi mangsa.

“Operasi dijalankan SFC bermula dari Roban hingga muara Sungai Seblak dan polis serta beberapa agensi lain turut membantu memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang gerakan dijalankan,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, bagaimana cara penyelesaian masalah rakyat yang terlibat dengan perintah berkurung, hidup kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang?

Tuduh Rais Rogol, Diarah Bayar RM300,000


KL, 19 Jul 11: Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Pada 31 Januari lalu, Rais (gambar) memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap morePemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu.

Tulisan itu disiarkan dalam laman sharpshooterblogger.blogspot.com. Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau. Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral. Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Akhir tahun lalu, Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang Amizudin. Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. (Sumber The Malaysian Insider)

Lihat cerita sebenar...

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails