Monday, March 21, 2011

Mengapa Pelakon Irma Hasmie Nekad Bertudung?

HALAMAN HIBURAN

KL 21 Mac 11: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup. Dia pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.

“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Dalam suatu kenyataan lain, kata pelakon berusia 29 tahun itu, sebelum berlepas ke Mekah, dia telah terlebih dahulu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.

"Ia merangkumi semua aspek. Seperti yang saya katakan, apabila kita hendak menunaikan umrah, kita kena bersedia dan dari situ lagi, saya sudah berdoa.

"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.

Meneruskan bicara, Irma memberitahu, sesungguhnya dia sayang untuk mengotorkan taubat yang telah dipanjatkan semasa mengerjakan umrah dan amat bersyukur kerana jalan untuknya berhijrah mendapat keredaan dari-Nya. Keputusannya untuk bertudung sekali gus menghadiahkan perasaan seronok dan tenang yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata.

"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, semoga kepimpinan idola remaja ini akan menemui kejernihan yang sejati,, (IH)

Aurat: Alhamdulillah, Miera Leyana, Mengaku Tak Sedar Diri


HALAMAN HIBURAN

KL 21 Mac 11:
Al-hamdulillah, Pelakon Miera Leyana masih mengaku tak sedar diri, kerana memakai baju tidak tutup aurat dan terlampau seksi. Itu suata tanda baik bagi masyarakat artis, semoga Allah memganugerahkan taufik dan hidayah kepadanya.

Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada media semalam.

Bagaimanapun, pelakon filem itu akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama." Katanya.

Al-hamdulillah... boleh le sikit-sikit! (IH)

Tukar Kpd Sebuah Sarawak Baru -Presiden PAS

KL, 20 Mac 11: BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan. 'Deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini. Kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

“Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,” katanya.

Ertinya PAS bersama-sama Pakatan Rakyat menyeru rakyat Sarawak menolak BN demi melahirkan sebuah Sarawak Baru. (IH)

Judi: Sokong Pemuda K'tan & Pemuda DAP. Syabas!


KOTA BHARU, 21 Mac 11: Betul, Weblog Ibnu Hasyim setuju dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya dasar Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Judi.

Berikutan Naib ketuanya, Hisham Fauzi berkata, dasar yang telah dilaksanakan secara konsisten selama pemerintah PAS di Kelantan itu tenyata telah banyak membawa kebaikan, secara khususnya ke atas institusi keluarga.

Malah, katanya jika dilihat dengan kacamata agama, tindakan tersebut adalah merupakan suatu kewajipan sebenarnya. Justeru, katanya DPPNK menyeru kepada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Kelantan itu agar mendapatkan penjelasan sebenar kenapa dasar ini diperkenal dan dilaksanakan.

Tambahnya, manakala untuk lebih memperkemaskan perlaksanaan dasar itu, DPPNK menyokong penuh pendirian Datuk Menteri Besar yang telah bersetuju untuk merujuknya kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan demi memastikan bahawa perlaksanaan dasar itu dilaksanakan mengikut lunas-lunas undang-undang berkaitan seperti Akta Rumah Judi Terbuka dan lain-lain undang-undang kecil di samping tetap memelihara hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Selaras dengan itu juga, kami berharap agar usaha membenteras judi haram di negeri Kelantan diteruskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, demi meastikan kegiatan gejala sosial di negeri Kelantan dapat dikawal dan nama baik negeri Kelantan akan tetap dijaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook mengatakan, masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk oleh bukan Islam. Jadi, DAP hari ini menjelaskan aktiviti judi yang perlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang, kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Syabas DPPNK! dan Pemuda DAP Kebangsaan!(IH)

Sebelum ini...

Sunday, March 20, 2011

Layan 31 Orang, Tsunami Seks Aktres Gegarkan Korea Selatan

HALAMAN HIBURAN

Korea Selatan 20 Mac 11: Jang Ja-yeon dipaksa melayani 31 orang sebanyak 100 kali. Demikian laporan Stasiun tv SBS tiga hari lalu dalam program 8 O'clock News. Program itu membongkar 50 kontainer berisi 230 dokumen tulisan tangan Ja-yeon. Dokumen itu membongkar cerita yang 'tidak terungkap' dari aktres itu.

“Polis yang mengambil kes itu menemukan fakta-fakta ini tetapi memilih mengabaikannya. Jang Ja-yeon meminta pembalasan melalui dokumen itu,”demikian dikatakan oleh pembaca berita itu.

Beberapa nama dikaitkan dengan skandal seks besar peristiwa bunuh diri aktres Jang Ja-yeon pada Mac, dua tahun lalu. Nama-nama itu kini menjadi tsunami yang akan menggegarkan politik Korea Selatan. Bebierapa hari lalu, para penggila internet mengungkap daftar 31 nama pengusaha yang telah menjadi 'tamu' Ja-yeon.

Beberapa itu adalah Presiden Direktur Chosun Journal, Bang Sang-hoon; Wakil Presiden Direktur Sports Chosun, Bang Myung-hoon; bos Lotte, Shin Kyuk-ho; bos Kolon, Lee Woong-ryeol; bekas produser drama stasiun televisi KBS dan Presiden Direktur Olive 9, Go Dae-hwa; produser drama All My Love KBS, Jun Chang-geun; produser drama KBS, MBC, dan SBS, Jung Seho. Ja-yeon juga dipaksa melayani Produser Drama KBS, Boys Before Flower, Jun Gi-sang dan penata musik Boys Before Flowers, Playful Kiss, Goong, Perfect Couple, Song Byung-joon.

Dua nama akhir ini mungkin menjadi jalan keterlibatan Ja-yeon dalam serial fenomenal Korea, Boys Before Flowers. Di serial yang mempopulerkan Lee Min-ho itu, Ja-yeon berperan sebagai Sunny. Daftar nama itu diperoleh dari tulisan tangan artis tersebut yang frust kerana dipaksa pihak agensinya untuk melayani mereka.

Polis yang menyelidiki kes bunuh diri itu menemukan daftar nama itu berada di antara 230 dokumen surat Ja-yeon kepada teman-temannya. Tentu saja ada ada yang menyangkal teruskalan kenyataan itu. Hari ini waktu Korea, Chosun Journal mengatakan bahawa bos mereka tidak terlibat dalam tragedi itu.

“Nama presiden direktur Chosun Journal yang disebut dalam daftar itu sebenarnya bekas presiden direktur Sports Chosun. Alasan mengapa Jang Ja-yeon menulis Chosun Journal itu kerana pimpinan agensinya yakni Kim Jong-seung memaksa menyebut bekas bos Sports Chosun itu sebagai bos kami,”demikian ditulis dalam surat bantahan itu. (IH)

Blogger Pro PR Terus Diburu /Serang... -SAMM


KL 20 Mac 11: Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tengah malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yang popular dengan pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu.

Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yang lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.
SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yang tertekan dengan gerak kerja anak muda yang bangkit dengan perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru.

Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa. SAMM melihat perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.

Che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer CheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut.

Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali. Che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gambar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.

SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. CheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.

Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat. 21 Mac, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Malaya, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.

Sekian dari Che'GuBard -Solidariti Anak Muda Malaysia

110 P/Berpandu Serang Libya T/Malam & Pagi Ini..

TRIPOLI, 20 Mac 11: Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu. Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya “diceroboh musuh”. Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali. Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.

Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu. Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu.

Malah serangan ini dilancarkan beberapa jam selepas perikatan itu dan negara Arab mengadakan mesyuarat khas di Paris semalam.

“Ini bukan hasil yang Amerika Syarikat atau mana-mana rakan kami mahukan,” kata Presiden Barack Obama yang sedang mengadakan lawatan ke Brazil.

“Kita tidak boleh berdiri begitu sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak ada belas kasihan,” kata beliau.

Tidak sampai dua jam selepas Obama mengeluarkan kenyataan itu, Muammar pula muncul di televisyen sambil merayu kepada negara-negar Arab dan Amerika Latin supaya “berdiri bersama rakyat Libya, menentang pencerobohan ini yang tidak akan membawa apa-apa kesan, sebaliknya menjadikan rakyat Libya lebih kuat dan bersatu.”

Di Washington, Laksamana Muda William E. Gortney berkata, peluru berpandu dilepaskan daripada beberapa kapal pemusnah Amerika Syarikat dan juga kapal-kapal selam serta satu daripada milik Britain. Katanya, serangan itu mengenai lebih daripada 20 lokasi tentera udara Libya sepanjang kawasan pantai Mediterranean dan sebelah barat.

Katanya, serangan ini hanya bahagian pertama siri kempen mereka dan lebih banyak serangan sudah dirancang. Kapal Amerika Syarikat yang terlibat termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida manakala satu kapal selama Britain Westminster.

Dalam pada itu, laporan terbaru pagi ini menyebut Libya mahu Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar ekoran serangan Barat sejak semalam. Laporan stesen televisyen Al Jazeera dan Al Arabiya yang menyiarkan harapan itu tidak memberi sumber bagi berita tersebut. (IH)

Sila lihat keseluruhan...
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails