Wednesday, December 01, 2010

Bincang Jalan Ke P'jaya Sebuah Perangkap -Tuan Ibrahim

TEMERLOH, 1 Dis 10: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya. Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini. (AK)

Third Force, Apakata Pemimpin PR?


KL 1DIS 10: 'Third Force' atau penyertaan gabungan terbaru dalam PRU 13 disifatkan oleh Pakatan Rakyat boleh menjejaskan peluang gabungan 3 parti komponen itu merampas Putrajawa dari BN. Namun begitu, pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat kewujudan ‘Third Forced’ ini perlu dipastikan dahulu matlamat dan tujuan ia ditubuhkan.

“Memang kalau ada pihak ketiga yang ingin letakkan calon dalam pilihan raya, ia akan beri kesan iaitu undi akan pecah.

“Kita tidak mahu lihat pihak ketiga ini keluar sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya.

“Tapi kalau benar-benar berlaku kita perlu menghadapinya kerana kita tiada kuasa nak halang,” kata Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah bagaimanapun berkata Pakatan Rakyat yang diterajui PKR, PAS dan DAP perlu mengenalpasti sejauh mana ‘Third Force’ ini akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum nanti. Beliau juga berkata, peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan lebih cerah sekiranya ia hanya melibatkan pertandingan dua penjuru sahaja.

“Sekarang kita tidak tahu siapa mereka, kita juga tidak tahu bagaimana pengaruh yang mereka ada. Jadi kita harap ia tidak berlaku.

“Kita masih mahu supaya dalam pilihan raya kita harap ia pertandingan satu lawan satu iaitu antara BN dan Pakatan Rakyat kerana kalau ada pihak ketiga ia tidak menguntungkan Pakatan Rakyat tetapi akan memihak kepada BN,” katanya.

Loke juga berkata buat masa sekarang tidak perlu untuk Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan ‘Third Force’.

“Buat masa ini tidak perlu perbincangan kerana kita tidak tahu siapa mereka ini, siapa yang berada di belakang mereka jadi lebih baik kita tidak pedulikan dulu.

“Bila ia benar-benar wujud dan kita tahu siapa ahli-ahlinya baru kita akan berfikir semula. Buat masa sekarang tidak perlu lagi,” katanya.

Pendapat Loke mendapat sokongan daripada Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang mengatakan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya akan terjejas sekiranya ‘Third Force’ menyertai pilihan raya umum.

“Mengenai ‘Third Force’ ini saya rasa kita kena lihat apa peranan mereka, adakah mereka akan bertanding dalam pilihan raya atau tidak? Kalau bertanding ia akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

“Ini kerana kalau ada pertandingan tiga penjuru, ia akan memecahkan undi dan kita percaya ia akan jejaskan peluang Pakatan Rakyat.

“Jadi saya harap dalam pilihan raya umum nanti ia masih pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata adalah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat memastikan terlebih dahulu siapa yang berada dalam ‘Third Force’.

“Tapi buat masa ini kita masih tidak dapat lihat apa matlamat, tujuan, cara kerja dan modus operandi mereka. Sama ada wujud atau tidak pun kita tidak tahu kerana sehingga kini kita hanya dengar sahaja.

“Kita tidak boleh buat keputusan lagi, kita tunggu sahaja kumpulan ini benar-benar ada ataupun tidak. Kita tunggu sejauh mana kekuatan dan pengaruh mereka dan siapa di belakang kumpulan ini,” katanya.

Pua juga berkata Pakatan Rakyat bersedia untuk menerima mana-mana kumpulan yang boleh memberikan kelebihan kepada gabungan tiga parti itu.

“Kita terbuka kepada semua yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mengenai ‘Third Force’ ini kita masih tidak tahu dengan jelas lagi jadi tidak boleh buat rumusan dulu.

“Apa-apa kita tunggu dulu kumpulan ini muncul, kemudian baru kita cakap,” katanya.

Sebelum ini bekas timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata Pakatan Rakyat perlu mengadakan perbincangan dengan ‘Third Force’ untuk mengetahui matlamat sebenar gabungan tersebut ditubuhkan. Ini kerana menurut Syed Husin, kemungkinan besar ‘Third Force’ untuk menampung ahli-ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti Melayu terbesar itu.

“Apa yang kita lihat Tun Dr Mahathir Mohamad pun ada mengatakan Perkasa adalah ‘Third Force’ yang mana selama ini kita lihat ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menampung ahli Umno yang tidak suka Umno.

“Bahkan kewujudan ‘Third Force’ ini dilihat semata-mata untuk menampung ahli Umno dengan hasrat mereka tidak pergi kepada Pakatan Rakyat.

“Jadi kita perlu berjumpa dan mengadakan perbincangan untuk mengetahui apa matlamat mereka,” katanya selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Jumaat lalu.

Namun beliau setakat ini masih tiada ancaman daripada ‘Third Force’.

Bagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, kewujudan ‘Third Force’ dalam politik negara hanya disifatkan sebagai sementara yang tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada Pakatan Rakyat.

“Dalam sejarah PAS sendiri kita telah melalui liku-liku perjuangan dan kita berpengalaman menghadapi golongan yang kecewa dan serpihan daripada parti.

“Bagi PAS kita melalui semua pengalaman itu yang mana kita sudah pernah hadapi banyak kumpulan seperti itu.

“Bukan kita nak berbangga diri tapi bagi PAS parti yang wujud daripada serpihan ini tidak akan kekal lama kerana mereka wujud daripada rasa kekecewaan terhadap parti,” katanya.

Beliau menjelaskan kekuatan sesebuah parti politik bergantung kepada matlamat perjuangan bukan ditubuhkan kerana perasaan.

“Bagi kita mungkin kumpulan ini hanya penting pada waktu itu sahaja, akhirnya parti besar yang terbukti akan berjaya.

“Kita meraikan semangat mereka untuk berjuang tapi mereka harus lihat kepada perjalanan sejarah dan pilih jalan terbaik mereka.

“Secara peribadi ia hanya faktor sementara sahaja, datang dan pergi,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk ‘Third Force’.

“Bagaimanapun kita tidak keberatan untuk menemui mana-mana pihak untuk berjumpa atau mengadakan perbincangan.

“Saya tiada masalah tentang kumpulan ini tapi bagi saya itu adalah warna-warni politik.

“Kita tidak tahu apa kesannya, kita lihat dulu nanti bagaimana kesan kumpulan ini. Lagipun mereka belum tentukan pendirian mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata ‘Third Force’ akan “layu” dalam perjuangan mereka kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang jelas.

Beliau juga menolak bahawa kewujudan ‘Third Force’ ini akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

“Ia belum tentu beri kesan kepada Pakatan Rakyat, lagipun kita tidak tahu siapa mereka ini.

“Kalau kita lihat dari segi sejarah di seluruh dunia dan Malaysia sendiri, kumpulan-kumpulan sebegini akan layu begitu sahaja. Kumpulan ini tiada matlamat dalam perjuangan mereka.

“PAS ada matlamat dalam perjuangan, kalau kumpulan ini nak sertai PAS kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Malah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata rakyat tidak akan menyertai mana-mana kumpulan yang ditubuhkan hanya kerana kecewa terhadap parti yang disertai sebelum ini.

“Kumpulan in wujud kerana rasa tidak berpuas hati kepada parti yang disertai mereka sebelum ini. Bagi saya mereka tiada matlamat dan akan layu.

“Lagipun kumpulan ini tidak boleh bertahan, mereka tiada matlamat perjuangan bagaimana nak bertahan? Wujud semata-mata kerana rasa tidak puas hati.

“Jadi kita anggap ia tidak akan beri kesan kepada Pakatan Rakyat. Saya rasa rakyat juga boleh menilai perkara ini, adakah rakyat mahu menyokong kumpulan yang tiada matlamat ini? Kalau nak bincang pun kita tidak tahu siapa mereka,” katanya Abdul Halim. (AK)

Tuesday, November 30, 2010

UMNO: Layu Atau Melayu Di Kg Baru KL?

NONEKL 30 NOV 10: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

NONEPerancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields. CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial. Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.

Masjid diperbesarkan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

NONESeorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

NONEMenurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam bahasa Jawa, 'melayu' ertinya 'lari'.. Kalau dalam bahasa Melayu, contoh ayat: Bunga itu melayu. Apa ertinya? Macam pemimpin-pemimpin UMNO Kampung Baru sekarang ini.. Kokoknya saja berderai-derai, ekornya??? (AK)

Hiburan, Membangun Yang Meroboh.. Kerajaan Pekak

Minda LutfiOleh AHMAD LUTFI OTHMAN


Bolehkah industri hiburan, pelancongan negara diIslamkan?

HIBURAN selalu dikaitkan dengan aspek negatif. Ia dilihat sebagai penyumbang keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah. Begitu juga dengan industri pelancongan, yang sering dihubungkan dengan dimensi tidak bermoral. Yang diutamakan hanyalah kebanjiran pelancong asing walaupun kita terpaksa mengorbankan jati diri dan mengoyak-rabakkan warisan unggul.

Sedangkan, hiburan dan aktiviti santai memang diperlukan. Fitrah manusia, khususnya selepas penat beraktiviti, menuntut suasana damai dan menyenangkan tetapi harus bersendikan prinsip luhur.
Kehormatan manusia dan kemuliaan diri tetap dijaga, tidak kira sewaktu beriadah, berhibur, apatah lagi mencari nafkah.
Namun, dalam pemikiran sekularis dan golongan yang memetakkan agama serta menjadikannya juzuk kecil dalam kehidupan - sekali gus tidak menjadikannya tonggak dalam perancangan bernegara - usaha membangunkan ekonomi jarang dipaksikan kepada pembinaan insan seutuhnya.

Hasrat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara langsung tidak dikembarkan dengan impian membina kualiti manusia yang bersepadu kehebatannya.
Malah, moraliti bukan sekadar urusan individu dan tidak sepenuhnya bersifat relatif, seperti terkandung dalam falsafah liberalisme. Manakala dalam aktiviti ekonomi, falsafah keadilan dan ihsan harus dilaksanakan, agar ia tidak terbatas untuk memuaskan keperluan jasmani semata-mata sehingga martabat insan turut direndahkan.

Justeru, falsafah pembangunan negara mesti diteliti semula. Kita tidak harus membiarkan ia dikendalikan secara sewenang-wenangnya menurut pemikiran lapuk ekonomi yang tidak manusiawi itu. Yang dikejar hanyalah peningkatan pendapatan negara dan penambahan ribuan peluang pekerjaan. Walhal "kos hangus" ekoran masalah sosial yang timbul nanti jauh lebih rumit dan mempunyai kesan berangkai yang dahsyat.

Lihat saja tindakan kerajaan BN melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu dan memperkasa industri pelancongan. Menurut perancangan ETP, ia akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Melalui garis panduan baru yang lebih longgar, penghibur antarabangsa akan dikecualikan daripada syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sekiranya menepati tiga kriteria utama iaitu berjaya menarik sekurang-kurangnya 2,500 penonton bagi setiap pertunjukan, pernah mengadakan persembahan di tiga tempat antarabangsa serta mendapat penarafan kelas A dalam kedudukan 100 teratas bagi carta Billboard dalam lima tahun terdekat.

ETP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014. Kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.

Rupanya hasrat yang baik untuk merealisasikan matlamat Malaysia sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi, tetapi tidak diuruskan secara bijaksana, boleh menjerumuskan warganya dalam kancah krisis yang lebih parah. Sudahlah jurang pendapatan yang makin melebar antara si kaya dan si miskin, pertumbuhan tanpa nilai manusiawi menyebabkan rakyat semakin hilang identiti.

Tanpa perlu menunggu natijah yang menakutkan nanti, perkembangan industri hiburan negara masa kini pun sudah begitu merimaskan. Selamilah keresahan ibu bapa dengan karenah anak-anak muda belia, yang dikepung aneka kemaksiatan. Fenomena globalisasi membawa segala keburukan masuk ke ruang tamu dan kamar tidur di rumah. Pengaruh dadah, pornografi, budaya hedonistik dan jalan hidup materialistik seakan-akan tidak dapat dikawal lagi.
Janganlah diburukkan lagi suasana yang sudah kalut dan meruncing ini. Mengapa mahu "membangun tetapi pada masa yang sama turut meroboh"?

Impian negara maju, apatah lagi "menurut acuan sendiri", terbentang luas untuk dicapai tanpa perlu menghanguskan "sisa-sisa positif" yang kita miliki. Dalam keadaan hub hiburan belum menjadi kenyataan, cubalah anda susuri kehidupan malam, antaranya sekitar Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail. Anda mungkin tidak percaya lokasi itu berada dalam sebuah negara yang mengaku Islam adalah Agama Persekutuan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Namun Kerajaan Malaysia tetap pekak, dan telinga kuali..!

Bersalam Dg Isteri Obama, Peringatan Buat Pemimpin & Isteri..


Astagfirullah!! Tifatul Membungkuk Bersalaman dengan Istri Obama

Jakarta (voa-islam.com) Situs microblogging Twitter langsung heboh ketika ketika siaran langsung stasiun televisi swasta menyiarkan tayangan di mana Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring, yang juga mantan Presiden Partai Keadilan Sejahtera, berjabatan tangan dengan Ibu Negara Michelle Obama di Istana Merdeka, Jakarta, Selasa (9/11/2010) sore.

Pada Selasa sore, Presiden AS Barack Obama dan Michelle berkunjung ke Istana Merdeka. Setibanya di Istana Merdeka, Obama dan Michelle menyalami para anggota Kabinet Indonesia Bersatu Kedua dan pemimpin lembaga tinggi negara lainnya.

Kehebohan terjadi karena Tifatul selama ini berpegang teguh tak berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya. Soal "insiden" itu, Tifatul punya dalih sendiri.

..."Sdh ditahan 2 tangan, eh Bu Michele-nya nyodorin tangannya maju banget...kena deh," begitu tweet Tifatul...

"Sdh ditahan 2 tangan, eh Bu Michele-nya nyodorin tangannya maju banget...kena deh," begitu tweet Tifatul pada akun Twitter-nya, @tifsembiring.

Anehnya, di televisi tampak Tifatul agak membungkuk badan sambil menyalami Ibu Negara AS Michele Obama bersama rombongan saat tiba di Istana Negara.

Tifatul Menikmati Salamannya?

Mantan presiden PKS itu menjawab dalam twitternya tanggal 9 November sekitar pukul 22.00 sekitar dua jam setelah kritik para twitter dan facebooker dimuat di media massa online, termasuk tribunnews.com

"Hmmm saya mulai faham poinnya, intinya ngiri aja..." jawab Tifatul di twitternya. Kontan saja jawaban seperti itu mengundang respon para twitter lagi.

Ada yang mengkritik lagi dan mengatakan bahwa Pak Tifatul sedang mabuk, menjabat tangan bukan mahram kan haram."Kok Bapak berfikir demikian. Berarti Bapak menikmati dong salaman dengan Michele Obama," kata twitter lagi. Tapi ada juga twitter yang mendukung sikap Tifatul karena itu acara resmi dan kesempatan langka.

..."Kok Bapak berfikir demikian. Berarti Bapak menikmati dong salaman dengan Michele Obama," kata twitter lagi...

Kejadian jabat tangan itu tampak seperti tak terelakkan oleh Tifatul Sembiring. Ketika Presiden SBY diperkenalkan satu persatu rombongan yang dibawa Obama. Kemudian gantian Presiden SBY memperkenalkan anggota Kabinet Indonesia Bersatu (KIB) kepada Obama dan Michele. Tifatul berdiri di dekat Gubernur Lemhanas Muladi.

Saat Obama menjabat tangannya, senyum dan sapa Obama menyapa hangat. Michele Obama pun lantas gantian menyodorkan tangan untuk berjabat tangan dengan Tifatul. Walhasil, terjadilah peristiwa aksi jabat tangan Tifatul dengan perempuan yang bukan mahramnya.

Dan karena ini menjadi pembicaraan hangat saking anehnya, berita juga dimuat di The Washington Post tanggal 9 November 2010 dengan judul Minister admits reluctant Michelle Obama handshake.

Tifatul mengaku tak ada pilihan lain selain menjabat tangan Michele Obama. Dengan demikian apakah selanjutnya Tifatul juga tidak bisa menolak saat ada wanita yang bukan mahramnya mengajak berjabat tangan?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja lihat kuman di seberang laut, gajah di depan mata pun nampak juga..

Ajaran Sesat Skuad Berani Mati?

ANGGOTA penguat kuasa JAIS merampas dokumen milik kumpulan itu di  Kampung Sungai Tangkas, Kajang, semalam.
ANGGOTA penguat kuasa JAIS merampas dokumen milik kumpulan itu di Kampung Sungai Tangkas, Kajang.

KAJANG, 30 Nov 10 — Mahkamah Rendah Syarie Kajang hari ini mendakwa 21 individu yang disyaki pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) termasuk enam warganegara Indonesia dan dua rakyat Bangladesh yang ditahan di sebuah surau di Sungai Tangkas, Kajang Jumaat lepas.

Namun Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah membebaskan kesemua mereka dengan diikat jamin dan menetapkan 28 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. Kesemua 21 individu yang berumur antara 29 hingga 50 tahun itu dibenarkan diikat jamin antara RM1,000 hingga RM8,000 dengan syarat penjamin terdiri daripada majikan, pegawai kerajaan, rakan dan ahli keluarga terdekat.

Lapan warganegara asing terbabit dikehendaki menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah. Memandangkan kes ini masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Abdul Halim meminta semua yang dituduh memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan sekiranya dipanggil oleh penguat kuasa Jais untuk membantu siasatan.

“Disebabkan kes ini masih berada di tahap siasatan dan ada yang belum memberikan kenyataan kepada pihak penguat kuasa, saya minta supaya kerjasama diberikan sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.

Kesemua 21 individu itu akan didakwa mengikut Seksyen 12(c) dan 13(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melanggar fatwa Jabatan Fatwa Selangor dan bagi setiap kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan menggunakan bangunan bagi perkara yang hanya boleh digunakan di masjid, mereka dituduh mengikut Seksyen 97(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) di mana boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semalam Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah Kajang hari ini kerana kesalahan menunaikan solat Jumaat tanpa kebenaran serta mengikut imam yang tidak mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri itu.

Kushrin berkata ketua ajaran itu Abdul Wahab Jantan, 41, masih diburu Jais kerana beliau dipercayai berada di Solo, Indonesia bagi tujuan mendalami ajaran berkenaan semasa serbuan dilakukan. Beliau berkata Jais telah melakukan pemerhatian terhadap gerakan ajaran sesat itu sejak setahun lepas dan menunggu masa serta bukti yang sesuai untuk melakukan serbuan.

Katanya, beberapa barang bukti dirampas untuk tujuan pendakwaan seperti teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan sendiri IJ, mimbar, set pembesar suara, risalah Islam Jemaah serta 15 keping surat pernyataan taubat yang dibuat dalam upacara “taubat”.

Selain itu, ajaran berkenaan turut dipercayai menjadi sindiket ejen nikah tidak sah berikutan penemuan beberapa dokumen mengenai pasangan yang mahu dinikahkan oleh pemimpin kumpulan berkenaan.

“Kita percaya terdapat kira-kira 1,000 pengikut ajaran IJ yang masih aktif di negeri ini yang dipercayai beroperasi di Sungai Tangkas, Kajang, Padang Jawa dan Sungai Udang, Klang, Bagan Hailam, Pelabuhan Klang dan Bandar Baru Hicom, Shah Alam,” katanya.

Dipercayai ajaran IJ diperkenalkan di Jawa Timur, Indonesia pada tahun 1941 oleh pengasasnya yang dikenali sebagai Haji Nurhasan al-Ubaidah atau nama sebenarnya, Mohd Madigol Ab Aziz.

Antara ciri-ciri ajaran sesat ini adalah pengikut IJ adalah orang Islam sebenar dan orang lain dianggap kafir, najis mughallazah seperti najis anjing tidak perlu disamak, binatang yang mati dalam kawasan kampung orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan dan tulang babi tidak haram.

Ajaran itu juga percaya dosa boleh diampunkan dengan mengisi borang tebus dosa yang disahkan oleh pemimpin. Lapor The Malaysian Insider.

Sementara itu ada pihak yang melaporkan ianya satu kumpulan ajaran sesat yang merekrut ‘Skuad Berani Mati’ untuk sebarang urusan jihad termasuk dikatakan sanggup menjalankan kerja membunuh ditumpaskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan di sebuah surau persendirian di Kampung Sungai Tangkas, di sini semalam. (AK)

Sunday, November 28, 2010

K'tan/M'sia Perlu Ada Masjid Cheng Ho..


KOTA BHARU, 27 Nov 10: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi. Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan. Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China. Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semalam Editor Ibnu Hasyim melawat 2 buah Masjid Cheng Ho di Surabaya, hari ini dijangka akan melawat Masjid Cheng Ho di Palembang. Tahniah Kepada Tok Guru dan Datuk Husam.. Apakah di Kelantan atau Malaysia juga perlu wujud Masjid Cheng Ho walaupun di Kelantan sudah ada Masjid China di Rantau Panjang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails