Monday, May 31, 2010

Desak PBB, OIC Bertindak Segera. K/M'sia Buat Apa?




Kl, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 5 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut. Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel. "Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi. PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Sementara itu, para pemimpin Turki akan menyelenggarakan rapat kabinet darurat guna membalas tindakan Israel, yang menyerbu kapal-kapal yang bertolak ke pantai Gaza, yang membawa bantuan kemanusiaan. Tindakan itu sebagai respon atas tindakan Israel yang menggunakan pasukan komando diturunkan dari helikopter, dan menyerbu para peserta konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Menteri Luar Turki Amed Dovutoglu, yang bertolak dari Argentina, menuju Washington, dalam perjalanannya telah memberitahu Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki Tayyib Recep Erdogan atas peristiwa itu. Ini akan menjadi titik terjadinya ketegangan hubungan antara Turki dengan Israel.

Di Istambul ratusan orang telah mendatangi Konsulat Israel di kota itu, dan mereka mengutuk atas tindakan Israel yang melakukan penyerbuan kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu. Sementara itu, pemerintah Turki telah memanggil Duta Besar Israel di Turki atas terjadinya penyerangan yang dilakukan pasukan komando Israel ke kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Sebagian para penumpang itu, berusaha mencoba merebut senjata milik pasukan komando Israel, sehingga terjadi perkelaian antara para aktivis kemanusiaan dengan pasukan komando Israel. Pasukan Israel itu juga berusaha meledakkan kapal-kapal yang membawa bantuan dan para aktivis kemanusiaan.

Meskipun, sebagian para aktivis yang ada dalam kapal itu, membiarkan tindakan yang dilakukan para pasukan komando Israel. Aljazeera melaporkan, Turki sedangkan mempertimbangkan tindakan diplomatik atas kejahatan yang dilakukan Israel ini.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Komen Blog Ibnu Hasyim: Setakat ini kerajaan Malaysia buat apa? Dayuskah pemimpin kita? Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.(AK)

Rakyat Malaysia Antara Diserang Kapal Perang Israel



ISTANBUL, 31 Mei 10— Dua orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera dalam serangan terbaru tentera laut Israel terhadap konvoi kapal yang dalam perjalanan ke Gaza hari ini. Laporan saluran televisyen CNN menyebut konvoi enam kapal yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin dengan diketuai oleh kapal Turki bersama 600 orang penumpang diserang ketika meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa mempedulikan halangan dan amaran rejim Yahudi semalam.

Sementara itu, Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera. Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza. Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera. Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan. Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Di Malaysia, 12.30 tengah hari tadi, waktu Malaysia, menurut HARAKAH, Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana. Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan. “Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600. (Pelbagai sumber)

IHH Insani Yardim Vakfi

Insani yardım gemilerini bu kanaldan canlı izleyin

Premium Channel

2, 3 Tim PM. Ada Muslim, Ada Cina, Ada Kristian... - Anwar Ibrahim

Anwar memberitahu ahli PKR, beliau sedia mempertimbangkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memberitahu, beliau sedia mempertimbangkan. — Gambar oleh Jack Ooi
Align Centre

KOTA BARU, 30 Mei 10 — Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan Pakatan Rakyat akan memikirkan kemungkinan mewujudkan lebih daripada satu kerusi timbalan perdana menteri jika perikatan itu memerintah kerajaan pusat kelak.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memberitahu, beliau sedia mempertimbangkan perkara tersebut jika rakyat merasakan ia perlu diwujudkan.

“Semalam saya dengar berita besar, saya dengar cerita, dikata Anwar berbohong (apabila ditanya) tentang naiknya wakil-wakil dari kaum lain sebagai timbalan-timbalan perdana menteri, kemungkinan dua dan tiga.

“Ditanya adakah orang lain pun akan dapat, saya kata apa salahnya... terserah kepada rakyat, saya bukan diktator,” kata beliau ketika berucap pada sesi penggulungan perbahasan Kongres Nasional Keenam PKR di sini hari ini.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata perkara tersebut akan diputuskan apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

“Kalau kita menang, kalau ada ruang, apa salahnya... dua, tiga timbalan perdana menteri, ada Muslim, ada Cina, ada Kristian. Ini diputus kemudian,” kata beliau mengulas reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib memberitahu rakyat perlu menilai secara bijak setiap janji yang dibuat Anwar kerana penasihat PKR itu sebenarnya hanya mahu mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri berkata rakyat perlu mengingati kembali penipuan besar yang pernah dibuat Anwar ketika mencanangkan penubuhan kerajaan baru pada 16 Sept 2008.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengetahui tentang janji Anwar bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah beliau berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu. “Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat Dengkil hari ini. Janji terbaru Anwar itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata secara prinsipnya apa-apa keputusan akan dibuat melalui perbincangan dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR.

Ditanya sama ada pakatan itu akan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum, Salahuddin berkata ia belum diputuskan dan segalanya bergantung kepada keputusan pilihan raya.

“Kita tidak bincang perkara itu secara spesifik dan khusus, tetapi mengikut semangat setiakawan dan persahabatan yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat, setakat ini semua program, dasar dan keputusan dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan.

“Begitulah amalan kita terhadap perkara yang berlaku pada masa akan datang, apa pun yang akan dilakukan diputuskan majlis tertinggi,” katanya. (AK)

Sunday, May 30, 2010

Kalau Tuhan Hendak BN Tumbang.. -Guan Eng

KOTA BHARU, 30 Mei: "Tetapi kalau Tuhan hendak BN tumbang, akan tumbanglah dia, DAP pun menang dan BN tidak boleh tahan lagi," kata Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Lim Guan Eng yang mengulas mengenai pilihan raya kecil Sibu juga berkata sebelumnya, tidak ada pihak yang menjangka DAP boleh menang dalam pilihan raya itu kerana ia adalah kubu BN sejak sekian lama. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan pemimpin PAS dan PKR yang membantu menjayakan calon DAP di Sibu.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, dalam ceramahnya selepas itu menyebutkan, salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu... "Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini." kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat. Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu.

"Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini.

"Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam.

Di samping itu, Husam juga menceritakan, seorang makcik berbangsa Iban di Sibu juga menunjukkan keganjilan yang berlaku dalam pilihan raya itu.

"Makcik ini beritahu anaknya, dia mahu undi parti Nik Aziz dalam pilihan raya kecil Sibu. Anaknya beritahu, parti Nik Aziz tak bertanding di Sibu, hanya parti rakan Nik Aziz sahaja bertanding. Kalau gitu, aku nak undi parti rakan Nik Aziz," cerita Husam.

Bagi beliau cerita sebegini satu yang menarik dan bakal mencorak politik masa depan. (2MA)

Taliban Kuasai Sebuah Kota, Apa Tindakbalas AS?

Gambar atas: Puak Taliban yang menang. Bawah: Tentera AS yang gagal..

MEI 30, 10 Muslimdaily.net: Puak Taliban menguasai kota Barg-e-Metal di Propinsi Nuristan, setelah pertempuran sengit dengan pasukan keamanan Afghanistan hari Sabtu, 29 Mei. Para pejabat Afghanistan mengatakan bahawa pasukan Amerika Syarikat (AS) tidak berbuat cukup untuk menghadapi serangan Taliban, menyebabkan sebuah kota di perbatasan Afghanistan timur dengan Pakistan jatuh dan dikuasai mujahidin Taliban.

Seorang ahli dewan rakyat daerah Nuristan, Hawa Alam Nuristani, memberitahu wartawan presstv, pasukan Afghanistan berada di bawah tekanan serangan ribuan pejuang Taliban di daerah bergolak tersebut selama dua minggu terakhir. Pasukan pimpinan AS tidak mampu lagi membantu pegawai keamanan Afghanistan dalam menghadapi Taliban. Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid mendakwa 28 polis tewas, sedangkan 8 lainnya ditawan dalam perebutan kembali wilayah tersebut.

Sementara itu, pemimpin tentera AS sedang merancang serangan besar-besaran sepihak di Pakistan, terutama di daerah kesukuan yang dianggap menjadi markas Taliban Pakistan mahupun Al Qaeda. Menurut The Washington Post Sabtu, 29 Mei ini. Serangan akan dilakukan dalam keadaan yang 'sangat ekstrem'. Terutama bila Presiden Barack Obama mampu meyakinkan parlimen, setelah serangan CIA yang selama ini menggunakan pesawat tanpa manusia tidak menampakkan kejayaan.

Menurut sumber itu lagi, serangan udara paling efektif dalam mengurangi ancaman Al-Qaeda dan lain-lain, tetapi AS perlu berhati-hati untuk tidak merosakkan hubungan tentera dengan Pakistan. "Perancangan telah dimulai kembali setelah kejadian di Times Square," jelas seorang kakitangan pejabat tersebut kepada akhbar itu sambil menunjukkan rencana bom kereta di New York yang gagal. (2MA)

PRU Nanti, Lawan PAS Bukannya Cina Tetapi... -Nik Aziz

SEPANG, 30 Mei 10: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar di atas)

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.

“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).

“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.

“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.

Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.

“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.

Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.

Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat), Datuk Mustafa Ali (setiausaha agung), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat).

Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS. (AK)

Jus Janin Dalam Gelas.. Apa Ertinya?

NAMPAK tak..

Gambar ini, janin dalam keadaan meringkuk di dasar gelas, di bawah airbatu dan sepotong hirisan limau. Minuman janin dalam segelas koktail? Dikatakan inilah iklan gaya Itali. Memperingatkan perempuan tentang bahaya konsumsi alkohol selama hamil. Negeri Pizza itu melancarkan kempen kesedaran berupa poster bergambar janin di dalam gelas koktail.

Tertera pesan sederhana di poster itu, “Ketika seorang ibu minum alkohol, bayinya pun akan minum alkohol juga.” Peringatan kesihatan itu telah dilancarkan di wilayah timur laut Veneto. Terpampang di bas-bas, di papan iklan, serta toilet perempuan di bar, restoran, dan klub malam.

“Memiliki bayi merupakan salah satu tahap paling penting dalam hidup.. Asas bagi bakal ibu dan keluarga mereka, untuk mengetahui bagaimana menghindari risiko membahayakan kesihatan bayi yang belum lahir,” kata Claudio Dario, direktur jenderal otoriti kesihatan tempatan, sebagaimana dikutip dari Telegraph, Rabu (26/5/2010).

Iklan dicetuskan apabila didapati hasil penemuan Institut Kesehatan Itali menunjukkan bahwa 65% wanita negara itu guna alkohol semasa mengandung. Veneto, yang meliputi Venesia, merupakan daerah pengguna alkohol kedua tertinggi di Itali, dengan sekitar 67% wanitanya mengakui, mereka minum secara teratur.

Di Eropah secara keseluruhan, berdasarkan data dari European Alcohol Policy Alliance, 1 dari 100 bayi hadapi masalah kesihatan, akibat ibunya suka minum alkohol semasa mengandung. 79 % wanita Inggeris minum alkohol selama kehamilan. Minum alkohol selama kehamilan merupakan penyebab utama dari bayi yang lahir cacat dan mengalami gangguan perkembangan, termasuk berat badan yang rendah masa lahir dan kelainan jantung. Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) ini memberi amaran wanita perlu hindari alkohol semasa hamil.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sedangkan Islam awal-awal sudah mengharamkan alkohol atau arak, tidak kira sedang mengandung atau tidak, lelaki atau perempuan.

Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:
  • Orang bakhil (kedekut)
  • Orang yang mengungkit pemberiannya
  • Orang yang tetap minum khamar
  • Dan orang yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
Islam begitu mengawal bersungguh-sungguh perkembangan arak. Sehingga menggarskan seperti dalil berikut..

Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:
  • Yang memerah
  • Yang minta diperah
  • Yang minum
  • Yang memberi minum
  • Yang membawa
  • Yang menghantar
  • Yang membekal
  • Yang menjual
  • Yang membeli
  • Yang menyimpan.
Kerajaan yang berkerjasama dengan kewujudan kilang arak dan serba-serbi yang berkaitan dengannya juga terlibat dalam larangan Allah tersebut. Berbalik kepada iklan minuman janin dalam gelas seperti di atas, ertinya, meminum arak bagi wanita mengandung sama dengan meminum jus janin anaknya sendiri. Mampukah anda meminumnya? (2MA)

Sumber tambahan, ada kaitan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails