Monday, October 26, 2009

Al-Bakistani Mengulas RGM PAS..


Oleh Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/ Sila lihat banyak lagi tulisan menarik...

BIJAK BERPOLITIK UNTUK MENANG (3)

DALAM politik demokrasi berpilihanraya, memaut hati rakyat merupakan satu kemenangan. Apabila menjadi golongan majority, petanda memerintah akan tercapai.

Jika berpuas hati atau reda dengan kekalahan dalam sesuatu pilihanraya dengan dakwaan asal Islam menang, makanya tidak perlu masuk Pilihanraya. Tidak perlu habiskan duit beribu-ribu ringgit, untuk garap petugas dalam sesuatu pilihanraya. Bahkan, lebih baik jadi jemaah tabligh yang hanya berdakwah di masjid dan surau sahaja.

Di Malaysia, PAS dan UMNO merupakan dua parti yang bermusuh turun temurun. PAS akan berusaha hendak mengalahkan UMNO, dan UMNO mahu mengalahkan PAS.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, PAS berjaya memerintah Malaysia, sebaliknya UMNO, sejak merdeka sehingga kini, mereka memerintah dengan segala kezaliman dan kediktatoran.

Pilihanraya ke – 12, PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membina kerajaan di negeri yang tidak disangka mencapai Kemenangan. Selangor dan perak, antara negeri yang tidak pernah terfikir oleh PAS pun, untuk menjadi salah sebuah parti yang memerintah bersama-sama parti yang lain.

Kebersamaan PAS dalam pakatan rakyat, memberikan kekuatan kepada PAS, seterusnya mencapai kemenangan dalam beberapa pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil, atau besar.

Pun begitu, tindakan sebilangan pihak dari kalangan pimpinan PAS amat memalukan; iaitu melahirkan keraguan dikalangan rakyat terhadap keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini, wujud tindakan yang meragukan, kemudian ditutup balik setelah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tetapi tindakan secara saraf kelihatan sedang berlaku.

Tindakan sebegitu, melahirkan persepsi buruk terhadap PAS, seterusnya rata-rata rakyat melihat bahawa PAS tidak perform dan tidak komited dengan Pakatan Rakyat.

Apabila persepsi ini wujud, sewajarnya dihapuskan segera persepsi ini. Bukannya berdiam diri, biarkan persepsi sebegini berlanjutan di hati-hati rakyat, terutama dari kalangan sahabat-sahabat dari pakatan rakyat.

Jika ia berterusan, pasti akan dijadikan modal musuh-musuh PAS dalam mengalahkan PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

KEKUATAN

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” satu pepatah melayu yang sering kedengaran dikala berbicara tentang kekuatan dan kelemahan. Buat masa sekarang, PAS tidak dapat merampas Malaysia dengan cara PAS bersendirian, sebaliknya kebersamaan dengan pakatan rakyat, PAS boleh menjatuhkan musuhnya, UMNO.

Jika PAS berpecah dari pakatan Rakyat, agak mustahil cita-cita hendak melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia berjaya PAS lakukan. Tetapi, dengan kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah mempunyai ruang untuk memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawan dengan islam, seterusnya mereka memahami dan akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan di masa akan datang.

PAS tidak perlu gopoh untuk laksanakan Islam. tetapi, PAS perlu gopoh untuk memahamkan rakyat dengan islam. PAS perlu gopoh, untuk mencari ruang dakwah, demi melihat kefahaman Islam wujud di kalangan rakyat bawahan.

Pun begitu, ada sebilangan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin PAS yang gopoh hendak melaksanakan Islam, walhal ketika ini rakyat masih lagi tidak memahami Islam. Ekoran itu, banyak isu-isu yang tercetus, boleh dikatakan semuanya dimulakan oleh PAS. semua ini terjadi, kerana tidak wujud kebijaksanaan dalam melaksanakan Islam.

Tanpa kebijaksanaan, PAS akan bertembung dengan PKR dan DAP. Tetapi, dengan kebijaksanaan, Islam akan berjaya dilaksanakan dengan cermat dan baik, disamping mendapat sokongan, malahan dokongan dari kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.

Apabila lahir pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP, ia merupakan satu ruang utama untuk UMNO mengambil balik tampok pemerintahan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Teori strategi perang sudah menyatakan, “hendak mengalahkan musuh, hendaklah diserang terlebih dahulu sumber kekuatannya”. Sumber kekuatan PAS adalah penyatuan dengan Pakatan rakyat. Justeru, PAS tidak boleh melahirkan tindakan yang boleh terlahir pertembungan dengan Pakatan Rakyat.

SUMBER KEKUATAN

Membaca buku sejarah Hitler, kita akan dapati bagaimana Hitler bertindak dengan tindakan yang bijak dalam mengalahkan Rusia. Hitler mengetahui, bahawa di rusia terdapat 8 pakar strategi perang; yang merupakan sumber kekuatan Rusia; yang kalau hendak diserang rusia begitu sahaja, sudah pasti kemenangan tidak akan tercapai.

Makanya, Hitler telah menghantar seorang wartawan upahan ke rusia, untuk memerhatikan keadaan di sana. Maklumat yang perlu diambil, cukup sekadar kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal dan kedudukan Bandar rusia sahaja.

Setelah dilaporkan oleh wartawan tersebut, makanya Hitler telah menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah rusia dengan disertakan dalam surat tersebut maklumat kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal di dalam Bandar rusia dan sebagainya. Dinyatakan juga di dalam surat tersebut, bahawa segala maklumat yang Hitler dapat, adalah bersumberkan maklumat yang diberikan oleh sebilangan besar dari 8 orang pakar Strategi perang Rusia.

Apabila surat ini sampai ke tangan pemerintah Rusia, sudah pasti akan menyebabkan Pemeritah Rusia ragu terhadap 8 orang Pakar Strategi mereka. menyebabkan, kelapan-lapan Pakar Stretegi itu ditangkap dan ditawan. Apabila sampai kepada Hitler tentang berita tangkapan terhadap 8 orang pakar strategi Rusia itu, menyebabkan Hitler faham bahawa Rusia sudah hilang sumber kekuatannya. Apabila ini berlaku, adalah wajar serangan dimulakan. Apabila serangan dilakukan, dengan mudah tentera Jerman dapat mengalahkan Rusia.

Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa sumber kekuatan adalah perkara yang penting untuk dijaga. Tanpa dijaga sumber kekuatan, pada bila-bila masa sahaja, sesuatu pergerakan akan dikalahkan.

Keadaan ini yang perlu diambil peringatan oleh PAS. apa yang dapat dilihat, sumber kekuatan PAS dalam mencapai kemenangan dalam pilihanraya adalah kebersamaan dengan Pakatan Rakyat. Tanpa kebersamaan, ketika itu PAS sudah hilang sumber kekuatan. Apabila ini berlaku, tidak mustahil PAS akan kalah dalam pilihanraya pada bila-bila masa sahaja. Perkara ini sudah terbukti, dalam pilihanraya kecil di DUN bagan Pinang dan kekurangan undi PAS di DUN Manik urai.

PERSEPSI BURUK

Dengan banyak tindakan Dr Hasan Ali, tanpa mendapat teguran dari pimpinan tertinggi PAS, menyebabkan PAS sudah mendapat satu persepsi buruk dari rakyat, terutama kawan-kawan dari pakatan rakyat.

Jika persepsi ini berlarutan, ia akan melahirkan kekalahan PAS dalam piliahraya akan datang. Apabila ini sudah berlaku, tidak dapat tidak, tindakan yang berkesan perlu dilakukan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melakukan satu tindakan yang berani dengan mengeluarkan kenyataan menerusi blog beliau. Desakan agar diadakan EGM, sedikit sebanyak akan menghapuskan persepsi buruk ini terhadap PAS.

Tidak dinafikan, memang tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini akan melahirkan mudharat, tetapi jika hendak dibandingkan dengan mudharat yang lebih besar; yang akan menimpa PAS dalam PRU ke 13, maka tindakan Tuan Guru itu merupakan mudharat yang kecil.

Tindakan Tuan Guru ini, bersesuaian dengan kaedah fiqh yang menyebut, ”lakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlakunya mudharat yang lebih besar, dan lebih berpanjangan”

PRU ke-13 agak lambat lagi untuk berlaku, justeru dengan lontaran idea untuk adakan EGM ini, sudah pasti sempat menyelesaikan masalah persepsi rakyat terhadap PAS.

Memang kelihatan seperti akan melahirkan masalah, lebih-lebih lagi bila tok guru Nik Abdul Aziz menyebut, ”Nak pecah, pecah gi la”. Tetapi, jika kita hendak lihat lebih dalam lagi, ia seumpama kita berlawan, biar kita terpaksa berundur diperingkat awal, tetapi demi untuk mencapai kemenangan diperingkat akhir; biar kita nampak macam kalah diperingkat awal, tetapi sebenarnya kita berjaya mencapai kemenangan di saat akhir perlawanan.

Bak kata orang-orang tua dulu, ”kalau nak jadi hero, kena jadi macam hero hindustan/tamil”. Peliknya, orang tua-tua dulu tak pernah sebut, ”kena jadi macam hero arab saudi”

Mungkin bersambung lagi kot....

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Mengapa Beriya-riya Tok Guru Nak EGM?

MENURUT Editor Blog JiwoKelate, cadangan Muryidul Am PAS akan diputuskan oleh selepas Mesyuarat Khas PAS Pusat pada hari Rabu (28 Oktober 2009), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Lobi Parlimen hari ini.

Kenapa beriya-iya sangat Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz nakkan PAS adakan EGM bagi menentukan hala tuju perjuangan, mungkin ada maklumat sulit yang diketahuinya tidak diketahui oleh ahli-ahli di bawah.

Berita di bawah mungkin ada benarnya kerana Presiden Umno, Najib Razak membuat pengakuan bahawa ada satu kumpulan dalam PAS yang benar-benar ingin mengadakan kerjasama dengan Umno dan satu kumpulan lagi yang menentang hasrat tersebut.

PAS berpecah kepada dua: Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata percanggahan dalam PAS nampaknya sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata satu kumpulan mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan UMNO dalam bentuk yang sesuai manakala satu lagi menentangnya.

“Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat Umno sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini.

Najib berkata percanggahan dalam PAS nampaknya semakin serius berikutan hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan Muktamar Agung Khas PAS untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Menurut Perdana Menteri ada kumpulan dalam PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Pihak ini, kata beliau tidak menghargai jasa Umno dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan menjaga perpaduan ummah.

Katanya terdapat sekumpulan pemimpin dalam PAS pula yang berhasrat untuk mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, mirip kepada bekerjasama.

“Apa bentuk tak tahu… maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan,” kata beliau.

Ditanya sama ada ada Umno akan mengadakan perbincangan dengan PAS, Najib berkata selagi PAS tiada kata sepakat, Umno tidak boleh mengadakannya secara rasmi.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan dalam PAS,” katanya, sambil menambah kata, bahawa sebarang perbincangan tidak akan membuahkan hasil jika diadakan dengan wakil tertentu sahaja dan bukan keseluruhan parti itu. –BERNAMA

Manakala hari ini pula seperti yang dilaporkan Sinar Harian melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata parti itu tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan Mursyidul Am sebelum ini.

Sebaliknya akan mengadakan Mesyuarat Khas PAS Pusat bagi membincangkan isu parti, dan telah dipersetujui Mursyidul Am itu sendiri selepas mengadakan pertemuannya dengannya dua hari lepas.

Kita tunggulah apa keputusan Mesyuarat Khas PAS nanti. (Jiwo Kelate/2MA)



Tanggapan Mustafa Ali Kepada Nik Aziz


NIK Aziz diajak bincang isu 'pemimpin bermasalah' Menurut Malaysiakini...

Datuk Nik Aziz Nik Mat diundang khas dalam pertemuan dengan jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri bagi membincangkan isu beberapa pemimpin kanan "bermasalah" berhubung idea kerajaan perpaduan.

Mursyidul am PAS, yang juga pesuruhjaya Kelantan, antara lebih kurang 60 pemimpin parti itu yang diundang untuk membahaskan isu tersebut Rabu ini sejak ia timbulkan Nik Aziz, Jumaat lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.

"Beliau (Nik Aziz) hadir sebagai pesuruhjaya dan sebagai jemputan khas kerana kita nak dengar sendiri (mengapa) beliau buat kenyataan begitu.

"Kita berharap tok guru akan hadir," katanya dalam sidang media berhubung isu itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Didesak pemberita reaksi selanjutnya jawatankuasa pusat PAS dan pesuruhjaya negeri jika Nik Aziz tidak hadir dalam pertemuan tersebut, Mustafa berkata:

"Tok Guru (Nik Aziz) sudah bercakap dengan Salahudin, dan Salahudin akan menyampaikan dalam mesyuarat.

“Mesyuarat akan menentukan keputusan, mesyuarat pasti akan buat keputusan."

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas seperti desakan Nik Aziz, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Menulis di blognya Khamis lepas, Nik Aziz menggesa satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah" kerana masih berpegang kepada idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau mengulas analisis politik pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari yang mengaitkan ketewasan teruk PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekalutan, yang melibatkan pemimpin parti itu, dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Di sidang media yang sama, Mustafa turut menafikan kontroversi terbaru itu satu “masalah dalaman” parti seperti ditanggap pihak luar, antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustafa menafikan terdapatnya masalah komunikasi antara Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau dengan ahli-ahli jawatankuasa pusat parti.

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

"Kerjasama politik (dengan Umno), kita sudah tutup buku kerana keputusan muktamar. Tetapi perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan, dalam konteks federalisme sebagai contoh isu royalti, tidak jadi masalah,” katanya.

"Tidak ada kerjasama dengan Umno, kita sedang memperkukuhkan Pakatan Rakyat."

Ditanya sama ada pesuruhjaya PAS dibenarkan untuk mengundi memutuskan sama ada untuk mengadakan mesyuarat luar biasa atau tidak, Mustafa berkata, tidak boleh.

"Dalam mesyuarat jawatakuasa PAS ini, kita tak pernah mengundi. Semuanya cara syura atau konsensus," tambahnya.

Bagaimanapun, Mustafa optimis, setiap kali kepimpinan PAS bermesyuarat, mereka mampu untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Diminta mengulas sama ada artikel di blog Nik Aziz itu disediakan oleh pihak ketiga, atau terdapat dalang yang menulisnya, Mustafa enggan mengulas perkara tersebut.

Ditanya mengenai tulisan tersebut yang mengaitkan namanya antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah", Mustafa juga enggan mengulas.

"Tapi kalau tanya perasaan saya, saya orang paling tenang pada hari ini. Tok Guru sebut nama saya, saya tak rasa terluka," katanya.

Ditanya mengapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, Mustafa sekali enggan mengulas.

Beliau sebaliknya meminta pemberita merujuk sendiri soalan itu dengan Nik Aziz untuk mendapatkan penjelasan.

"Awak kena tanya dialah. Saya tidak boleh membuat andaian sebab apa (beliau mengeluarkan kenyataan itu)," katanya. (2MA)

Mustafa Ali, Hanya Perlu Mesyuarat J/kuasa Khas?



KL. Okto 26 2009. PAS akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam Rabu ini. Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu. Mesyuarat ini, katanya, akan membuat keputusan apa akan dibuat selepas ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS juga akan mengadakan mesyuaratnya segera. Ia akan diadakan lebih awal iaitu malam ini di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mesyuarat ini juga dipercayai ada kaitan dengan tulisan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat adakah berbeda dengan Muktamar Khas cadangan Tok Guru Nik Aziz? Kalau hanya mesyuarat Jawatankuasa perlukah buat pengumuman khas kepada media? Sedangkan yang ramai nak tahu cadangan Tok Guru Nik Aziz itu dipersetujui atau tidak? (2MA)

Kalau Palestin Perlu Ada Nuklier, PAS Perlu Ada Apa?

Pemimpin Libya. Moamer Kadhafi

Palestin patut ada senjata nuklear: Kadhafi


LONDON Okto 2009: Negara-negara Arab termasuk Palestin sepatutnya dibenarkan memiliki senjata nuklearnya sendiri selagi Israel dibenarkan berbuat demikian.

Pemimpian utama Libya, Moamer Kadhafi yang memberitahu televisyen British, Sky News sebagai berkata Israel dibenarkan dengan meluas sebagai negara Timur Tengah sama ada secara nyata atau tidak memiliki senjata nuklear

Oleh itu, katanya masyarakat antarabangsa seharusnya turut membenarkan negara kejiranan Arab untuk membangunkan senjata nuklear. "Jika Israel memiliki senjata nuklear dan keupayaan nuklear, adalah hak Mesir, Syria dan Saudi memilikinya juga, lebih-lebih lagi Palestin yang menjadi musuh tradisi Israel," katanya.

Menurutnya lagi, jika kita tidak setuju dengan situasi ini, maka Israel seharusnya dilarang daripada memiliki senjata nuklear. Mengulas mengenai Iran yang didakwa membangunkan senjata nuklear, beliau tidak setuju jika benar sebagaimana didakwa. Tapi yakin program nuklear Iran adalah program yang aman. "Iran, hingga hari ini masih menafikan ada membangunkan senjata nujklear: Mereka hanya memperkayakan Uranium," katanya lagi. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau BN (Barisan Nasional) di Malaysia ada kuasa nuklearnya, yakni kuasa 'menguasai' SPR dan ISAnya, maka PAS (Parti Islam) dan pakatan Pembangkang perlu ada apa untuk menjatuhkan BN? (2MA)

Perutusan Presiden PAS:: Tentukan Tarikh Mesyuarat

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

KENYATAAN penuh Presiden PAS:

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 (2MA)

MB Kedah: Tidak Minat Jawatan Presiden. PAS Tiada Masalah

PADANG SERAI - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak lagi berminat jika ditawarkan jawatan tertinggi parti setelah mengambil kira faktor usia dan kesihatan.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, jawatan itu wajar diserahkan kepada pelapis yang lebih muda kerana mempunyai kekuatan dan semangat yang lebih tinggi.

Beliau berkata, eranya untuk memegang jawatan itu sudah berakhir dan kini lebih berminat menumpukan perhatian kepada pengurusan parti peringkat negeri.

“Tak payah nak fikir soal jawatan parti peringkat tertinggi. Tak payahlah nak bayangkan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Pas. Saya dah tak minat kerana dah tua, la ni dah masuk 65 tahun.

“Biar saya tumpu untuk memperkemas dan memperkasakan parti peringkat negeri Kedah. Itu pun dah mencukupi dengan usia saya sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas penutupan majlis Gotong-royong Perdana Daerah Kulim di Taman Mahsuri di sini, semalam.

Azizan diminta mengulas tulisan kolumnis Sinar Harian, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menyebut beliau adalah calon sesuai jika berlaku kekosongan jawatan Presiden parti kerana bersikap lebih terbuka dan mampu menguruskan parti peringkat negeri dengan baik dan cemerlang dalam analisis kekalahan Pas di Bagan Pinang.

Tulisan sama juga mencetuskan cadangan Muktamar Khas (EGM) oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk membersihkan parti itu daripada kumpulan pro- Kerajaan Perpaduan.

Antara pemimpin parti itu yang disebut bermasalah dan terlibat dengan usaha 'berbaik-baik' dengan UMNO ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Azizan berkata, jika berminat menduduki jawatan tertinggi seperti Presiden atau Timbalan, beliau sudah melakukannya dulu lagi ketika masih muda dan berada dalam barisan kepimpinan ketika itu.

“Saya menjadi Naib Presiden Pas pada 2004 tetapi melepaskan jawatan dengan tidak menawarkan diri dicalonkan semula setelah menjalani pembedahan jantung.

“Jika mempunyai cita-cita tinggi dalam parti, sudah pasti saya boleh meneruskan agenda itu pada waktu berkenaan,” katanya.

Mengenai kemelut Pas, beliau berkata, tiada apa-apa masalah yang berlaku dalam parti itu sekarang ini kerana ia lebih kepada perbezaan pendapat antara pemimpin tertentu.

“Bukan ada masalah apa pun sehingga memerlukan kepada EGM. Ini berbeza dengan MCA yang ada masalah kepimpinan atau UMNO yang berusaha memperkukuhkan kedudukan parti selepas pilihan raya umum,” katanya.

Ditanya sama ada boleh menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam Pas, Azizan berkata, tidak perlu kerana tiada apa pun nak diselesaikan.(Sinar Harian/2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails