

Sila layari.. Saturday, February 21, 2009 Sejarah PAS 25: Masalah Singapura.
Sejarah PAS ke 31 akan bersambung lagi, insya Allah!








AHAD Jun 14, 2009. Menyedari bahawa media arus perdana yang dikuasai oleh BN, maka sewajarnya sebuah sekretariat Pakatan Rakyat perlu diwujudkan bagi menjadi Dalam menghadapi pelbagai kemelut yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah, serta isu-isu dalaman parti Pakatan Rakyat, kewujudan sekretariat ini dilihat jalan keluar bagi merapatkan saf kepimpinan parti. Akhir-akhir ini terlalu banyak luahan rasa tidak puas hati disalurkan melalui media arus perdana yang terdedah kepada manipulasi dan pelbagai penyelewengan fakta, sehingga boleh mencetuskan suasana tidak baik dalam hubungan Pakatan Rakyat.
Melalui sekretariat ini diharapkan dapat menjadi platform bagi merangka pelbagai program, disamping mengurangkan salah faham antara kita. Sehingga kini saluran rasmi bagi penghubung Pakatan Rakyat hanyalah Majlis Presiden, yang sangat jarang membuat pertemuan; dan ia lebih bersifat perbincangan dan penyelarasan bagi menghadapi pilihanraya sahaja. Dicadangkan sekretariat ini terdiri dari tiga orang wakil yang terdiri dari Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan seorang Naib Presiden.
Kita perlu banyak mengadakan perbincangan agar semua perkara yang berbangkit dapat diselesaikan lebih awal sebelum media memainkan isu bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat. Desakan melalui akhbar tidak sesuai dalam bentuk sebuah pakatan, yang dilihat hanya mengeruhkan hubungan dan memeningkan ahli dan penyokong.
Dipetik dari Blog Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS.

Front Amal Islam, sebelumnya menyangkal bahwa ustadz Fathi Yakan telah meninggal pada hari Sabtu kemarin, kata kantor berita Naharnet. Stasiun radio Voice of Lebanon mengatakan bahwa Fathi Yakan meninggal di rumah sakit Hotel Deu dimana pada malam sebelumnya ia mengalami sakit parah.
Selain itu, banyak media Libanon telah mengatakan Fathi Yakan meninggal. Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjabat sebagai anggota parlemen di Libanon pada tahun 1992. Ia menjadi terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Libanon pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.
Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara Politik daripada Islam itu sendiri. Jasad Fathi Yakan akan dibawa ke Tripoli kota kelahirannya pada hari Ahad pagi ini. Waktu dan tempat pemakamannya akan diumumkan segera, demikian pernyataan tambahaan yang didapat oleh media.
Semoga amal ibadahnya diterima disisi Allah SWT... Amiin(Sumber Era Muslim.com)