Tuesday, June 09, 2009

'Bangkit Bukan Bingit’' Album Terbaru Ito Blues Gang.

Monday, June 08, 2009

Kerajaan Campuran.. Jadi Khadam UMNO!


MB Selangor Juga Tolak Kerajaan Perpaduan.


KL. Isnin Jun 8, 2009: Gagasan Kerajaan Perpaduan terus menerima kritikan dengan tamparan paling hebat, kali ini dari Menteri Besar Selangor, negeri tuanrumah muktamar PAS kali ke 55 diadakan, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyelar idea gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS dan disokong oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

"Parti Keadilan, DAP dan juga TG Nik Aziz tidak menerima konsep tersebut (Kerajaan Perpaduan). Kerajaan Perpaduan diantara PKR, PAS dan DAP, kita sudah ada Pakatan Rakyat," tegas beliau. Sebelum daripada ini DAP dan PKR telah pun membidas gagasan berkenaan dan mempertikaikan kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan kononnya komponen pakatan rakyat telah bersetuju dengan gagasan tersebut.

DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS yang Pakatan Rakyat telah memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional. PKR melalui Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali pula berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno. (Pelbagai Sumber/AK)

Kerajaan Perpaduan: PAS Perlu Jelaskan -Guan Eng


GEORGE TOWN Isnin Jun 8, 2009: DAP mahu PAS menjelaskan pendirian parti itu mengenai isu kontroversi idea penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan kerjasama Umno-BN pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan datang. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Isu idea kerajaan perpaduan muncul semula semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-55 yang berakhir semalam. Semalam, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi penjelasan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Nasharudin berkata, PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) dan beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan akan dapat diselesaikan setelah Abd Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Idea itu turut mendapat bantahan perwakilan PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan perbincangan antara parti itu dan Umno. Abd Hadi dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Katanya, hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan sahaja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin Umno sendiri. (AK)

Sejarah PAS 'Politik Turn About About Turn' Penculikan ADUN PAS 1968.



Berpaling tadah berpatah balik atau ‘turn about about turn’ ialah peristiwa yang berlaku ekoran usaha memujuk beberapa orang ADUN PAS Kelantan untuk menyertai UMNO. Ia dijalankan oleh pihak berkenaan tidak lama sesudah selesai pilihan raya kecil kawasan Bachok Utara pada bulan April 1968. Usaha-usaha yang pada awalnya itu dijalankan secara berbisik-bisik akhirnya tersebar luas pada sekitar bukan Julai dan Ogos 1968.

Lanjut..sila klik..
http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/politik-lompat-dalam-sejarah-pas-saya.html

Wednesday, February 11, 2009

Politik Lompat Dalam Sejarah PAS, Saya Tunggu Buku Ini…

Apa Kata Husam Selepas Pemilihan..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails