Sunday, June 07, 2009

Peneroka Perlu 1 juta Setahun -Wan Rahim Kelantan.




SHAH ALAM Saturday, June 7, 2009 : Perwakilan Kelantan mencadangkan PAS memperuntukkan dana RM1 juta setahun kepada jentera parti itu yang mengendalikan hal ehwal peneroka Felda di bawah pimpinan Mazlan Aliman.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap membahaskan ucapan dasar presiden berkata, daripada 68 kawasan parlimen yang PAS tandingi dalam pilihan raya lalu sebahagian besarnya ada kawasan yang mempunyai tanah rancangan Felda. "Dikawasan-kawasan ini hanya PAS sahaja yang mampu berhadapan dengan Umno dan jentera parti yang membuat kerja khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan masyarakat Felda ini perlu diberi peruntukan yang banyak," kata beliau.

Dalam pilihan raya lalu PAS hanya memenangi 23 kerusi parlimen sahaja daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi. "Saya harap peruntukkan wang yang besar untuk projek-projek lain seperti komplek PAS di Putrajaya ditangguh dahulu untuk memberi keutamaan kepada kerja-kerja mendekati rakyat," tambah beliau. (AK)

PAS sasar kuasai 40 kerusi Parlimen..




SHAH ALAM Ahad Jun 7, 2009: PAS meletakkan sasaran menguasai 40 kerusi Parlimen khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dalam pilihan raya umum ke-13, yang parti itu menjangka bakal diadakan dalam dua tahun lagi. Sasaran itu digariskan dalam usul yang diterima tanpa dibahaskan oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat hari ini.

Sehubungan itu, usul itu mendesak PAS Pusat agar merangka strategi berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di kawasan luar bandar dan FELDA di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu. Usul itu antara lain berbunyi, Umno dan Barisan Nasional hanya mampu bertahan di kawasan pedalaman Felda dan luar bandar.

Kini PAS mempunyai 23 kerusi di Parlimen. Daripada 23 kerusi itu, lapan terletak di Kelantan, enam (Kedah), dua (Terengganu), dua (Perak), empat (Selangor) dan satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, usul tersebut mendesak PAS Pusat menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi merangka strategi dan menumpukan perancangan dan segala gerak kerja di kawasan yang disasarkan.

Ia juga mahu PAS Pusat menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun bagi melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja di kawasan-kawasan disasarkan. Selain itu, Muktamar Tahunan kali ini juga mendesak PAS Pusat agar konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bekerjasama dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi menegakkan syiar Islam.

Malah, PAS Pusat juga didesak agar berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan negara. (AK)

Tubuhkan S'jaya Bebas Siasat Kes Perkosa PR Perak..




SHAH ALAM, 7 Jun - Usul tergempar yang dibawa oleh PAS kawasan Tambun, Perak begitu menarik perhatian sidang muktamirin iaitu gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja bagi menyiasat kes pemerkosaan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Desakan untuk menubuhkan suruhanjaya bebas ini bertujuan untuk mendedahkan kerja jahat dan keburukan UMNO dalam merompak dan merampas negeri Perak dari pimpinan Pakatan Rakyat.

PAS Kawasan Shah Alam yang diwakili oleh YB. Khalid Samad menyatakan sokongan penuh terhadap usul tergempar tersebut.

"Isu rampasan kuasa di Perak sepatutnya perlu disiasat dengan segera kerana ini merupakan isu yang lebih besar dari kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan VK Lingam yang mendapat perhatian SPRM di mana hanya dalam dua jam sahaja siasatan terhadap kes menumbuk DSAI dapat diselesaikan",

"Diharap dengan adanya siasatan ini dapat mengelakkan peristiwa rampasan kuasa berlaku lagi di negeri lain pada masa akan datang", kata beliau. (AK)

Antara Usul PAS, Haramkan Sisters In Islam, ke arah Islam Liberal?



SHAH ALAM Ahad Jun 7, 2009 : Muktamar Tahunan PAS Ke-55 menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas hari ini, seperti yang dilaporkan mStar online.

Sesi perbahasan sedang berlangsung. Usul itu dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam. Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Muktamar PAS telah membahaskan tiga usul dan ada usul yang diterima tanpa perbahasan. Kebanyakan usul yang diterima tanpa bahas merupakan usul yang diluluskan oleh Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat pada Khamis lalu. Sebahagian besar usul mereka telah diterima oleh Jawatankuasa Usul. Dua usul mereka telah ditolak.

Antara usul yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat hari ini ialah:

- Pakatan Rakyat perlu mewujudkan sistem saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihan raya berkelayakan

- Menentukan formula baru menentukan kuota calon pilihan raya yang sesuai dengan keperluan semasa

- Majlis Syura dan Dewan Ulama mengambil inisiatif untuk melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokus pembinaan keupayaan dalam penguasaan pelbagai disiplin ilmu termasuklah ilmu siasah dan pengurusan

- Jawatankuasa Disiplin parti membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PAS yang terlibat dalam menyebarkan berita-berita fitnah dan mencabar kredibiliti pimpinan tertinggi PAS

- Kepimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli keseluruhannya memberi tumpuan kepada usaha membina kekuatan parti bukannya merosakkan parti dan memecahbelahkan parti dengan label-label seperti kumpulan promuzakarah, pro-Pakatan Rakyat dan kumpulan erdogan

- Menggesa ahli-ahli PAS menanam sikap taat dan tsiqah serta berhati-hati terutamanya dalam memberikan pendapat individu dalam penulisan mereka

- Memperbaiki dan memperkemas komposisi ahli Majlis Syura Ulama agar ia dihormati, berwibawa dan telus untuk mencapai tahap perkasa

- Memandang serius dan memahami dengan teliti kuasa dan fungsinya agar tindak bertindih dan bercanggah dengan kuasa dan fungsi Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh menyebabkan badan ini tidak berwibawa, senang dipengaruhi dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli PAS

- Melantik ahli-ahli Majlis Syura Ulama yang benar-benar bebas, telus, berani dan tegas dalam membuat keputusan tanpa mengira kedudukan seseorang

- Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bekerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi menegakkan syiar Islam

- Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan negara

- Mendesak PAS Pusat agar merangka strategi yang berkesan bagi merampas sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu

- Mendesak PAS Pusat menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi merangka strategi dan menumpukan perancangan dan segala gerak kerja di kawasan yang disasarkan

- Menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun bagi melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja di kawasan sasaran

- Mendesak kerajaan agar mengkaji semula mereka yang diberhentikan kerja dan mendakwa majikan yang memberhentikan pekerja tempatan sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan dan notis singkat.

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..Setuju dengan usul di atas (haramkan Sisiters In Islam), bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, bahkan demi perpaduan parti Pakatan Rakyat, kerana dikatakan ada cubaan meng'Islam Liberal'kan anggota Pakatan, di mana 'Islam Liberal' adalah induk kepada Sisiters In Islam.

2..Setuju dengan usul-usul lain yang akan memartabatkan para ulama dan Majlis Syura Ulama. Sila klik.. Thursday, March 19, 2009

PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama!

(2MA)

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO, Nik Aziz tolak idea Abdul Hadi.



SHAH ALAM Ahad Jun 7, 2009 : mStar Online melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

"Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau semalam. Bercakap dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu telah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya. Kenyataan Nik Abdul Aziz itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang terus menaruh keyakinan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan tetap diterima satu hari nanti.

Selain itu Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa. "Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.

Sambil menyifatkan Umno sebagai samseng politik, Menteri Besar Kelantan itu turut mengingatkan supaya Umno terus dimusuhi dan dibasmi. "Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.. Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah percambahan idea dalam PAS, cuma gelombang kopi dalam cawan..

(2MA)

Megan Fox: Seronok Dengan Gelaran Simbol Seks.

MERUJUK kepada komen.. 'jagatepikain said..' Boleh Pak Ibnu hurai lebih lanjut mengenai industri hiburan yang 'berkembang pesat sejajar dengan kehendak agama Islam, moral agama selain Islam dan akhlak budaya bangsa-bangsa bertamadun di dunia' seperti yang tuan sebutkan, jika ada kelapangan. June 7, 2009 10:25 AM DeleteSabtu Jun 6, 2009

Akhil Hayy: Menangis, Lagu Baru Tentang Peribadi & Masyarakat.



Akil turut menyampaikan lagu dalam satu konsert khas yang diadakan sempena Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam.

SHAH ALAM: "Saya cuba tamatkan kemelut dengan cara terbaik dan bertawakal. Apa pun saya dengan kehidupan saya. Orang lain kena hormati.. Tolong jadi masyarakat yang sentiasa mendekati dan bukan penghukum," ujar penyanyi dan pendakwah Ustaz Akhil Hayy ketika ditemui oleh Siti Azura Abd Aziz dari mStar Online, di Malam Kebudayaan Islam "Wacana Muzikal" di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Begitulah luahan Akhil mengenai kontroversi rumahtangganya sekarang. Tambahnya, "Jika mengikut kehendak, ada kehendak manusia yang nak macam ni dan macam tu.. Kita tak boleh memuaskan hati semua orang kerana kita bukan malaikat.. Saya harap orang lain memberi ruang kepada orang yang ada masalah." Akhil yang pada mulanya enggan ditemubual dan berkata 'lepas mahkamah' bijak menjawab setiap soalan yang dikemukakan.


Ditanya apa yang dia akan lakukan untuk menjernihkan hubungan rumahtangganya, Akhil berkata: 'Saya tak kan komen apa-apa pasal rumahtangga.' Hakikatnya, hidup mesti diteruskan dan Akhil hanya menerima setiap kritikan orang ramai dengan senyuman. Menyentuh tentang kerjayanya, Akhil berkata dia sedang menyiapkan album baru sejak tiga bulan lalu. "Saya selalu menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan album dan menghabiskan rakaman program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang hanya tinggal satu babak.

"Rakaman program itu dilakukan di sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan merata-rata tempat yang dramatik," ujarnya yang selesa bercakap mengenai kerjaya berbanding isu tak balik rumah dan keluarga.

Bercerita mengenai album yang dijangka akan diterbitkan dalam tahun ini, Akhil berkata sebanyak empat buah lagu berentak universal telah disiapkan. "Saya juga telah berbincang untuk berduet dengan sahabat seperti Mawi, Ramli Sarip dan M. Nasir. "Saya tidak terfikir untuk berduet dengan artis wanita," ujarnya yang menyanyikan sebuah lagu baru semasa persembahan sempena Muktamar PAS ke-55 semalam.

Kata Akhil, lagu baru berjudul Menangis itu mengisahkan tentang tangisan 'peribadi' dan 'umum' kerana apa yang berlaku di alam ini. "Masyarakat menangis..ada yang menangis kerana stadium runtuh, pasaraya runtuh dan keluarga yang hampir runtuh," tuturnya.

Ketika sesi temubual bersama pengerusi majlis, Zaidi Rustam (Wildani), Akhil menjawab 'album di mahkamah' sebelum menyebut dalam nada sinis 'siapa ada masalah keluarga, rujuk-rujuklah media' sambil tergelak. Akhil juga memberitahu yang lagu dalam album terbarunya diadaptasi dari aura yang tidak kondusif.

"Macamana keadaan seseorang itu diuji tetapi hasilnya ibarat orang yang dibaling batu-bata dan ambil untuk bina istana," ucapnya dengan penuh makna.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Semoga industri hiburan di Malaysia akan berkembang pesat sejajar dengan kehendak agama Islam, moral agama selain Islam dan akhlak budaya bangsa-bangsa bertamadun di dunia.

(Sumber mStar Online, Foto THE STAR Oleh: CHAN TAK KONG. AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails