Thursday, November 23, 2023

Peningkatan kualiti Skuad Harimau Malaya. Tapi ini kurang ajar..

 

Gambar atas: Dr Siti Mastura.
Gambar bawah: Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Taipei pagi ini, bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan pada Selasa ini.


Semoga Malaysia kalahkan Taiwan – Dr Siti Mastura

KUALA LUMPUR: Inisiatif penambahbaikan kualiti padang dan rumput di Stadium Bukit Jalil turut memainkan peranan terhadap peningkatan kualiti persembahan skuad Harimau Malaya pada masa ini, kata Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas).

“Mohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perincikan sehingga kini, stadium-stadium yang telah menyertai projek naik taraf padang dan adakah terdapat syarat atau pra-syarat, tatacara penggunaan padang yang ditetapkan bagi menjaga kualiti padang dan rumput kepada operator stadium yang bersedia menerima tawaran tersebut,” katanya.

Berucap ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat, hari ini, beliau turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya di atas kemenangan menewaskan Kyrgyzstan baru-baru ini.

“Semoga skuad negara dapat meneruskan momentum perlawanan menentang Taiwan pada malam ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mastura mencadangkan inisiatif kerjasama antara KBS dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan untuk menempatkan jurufisio di sekolah atau klinik kesihatan.

“Adakah terdapat perancangan untuk memanjangkan fungsi perkhidmatan perubatan sukan bersepadu ke peringkat tempatan bagi membantu proses pemulihan ataupun rehabilitasi dalam kalangan masyarakat marhaen, terutama pelajar sekolah.

“Tujuannya adalah bagi menawarkan perkhidmatan perubatan dan pembangunan sukan dalam usaha KBS agar rawatan yang sesuai dapat ditawarkan bagi memastikan kecederaan sukan dapat dikurangkan dan direndahkan kesan cedera jangka panjang.

“Ia juga selaras dengan matlamat KBS untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia dan selain itu dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang fisioterapi, terutama graduan belia negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/11/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Peningkatan kualiti Skuad Harimau Malaya.  Tapi ini kurang ajar..

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, sokong cadangan usaha bawa balik sukan F1 ke M'sia.


Di KL, Ir TS Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, sukan permotoran F1 yang bermula pada tahun 1999 sehingga 2017 menarik minat ramai pelancong datang ke negara ini. 

Menurutnya, sukan tersebut berjaya menarik minat ramai orang dalam sukan berkaitan permotoran kereta.

Katanya, Menteri Belia dan Sukan (KBS) menyatakan bahawa kerajaan akan dapat mengembalikan semula sukan tersebut jika mendapat tajaan sebanyak RM200 juta daripada pihak korporat.

“Persoalan saya, apakah inisiatif kerajaan, khususnya KBS untuk memastikan dan mencari penderma atau penganjur yang mampu untuk membantu kita menganjurkan sukan berprestij ini?” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, hari ini.

(Rujuk 'Usaha bawa balik sukan F1 ke Malaysia'-HARAKAHDAILY 21/11/2023)


(ii) Kurang ajar, kenapa Coldplay di bawa ke M'sia ketika Gaza sedang dimusnahkan Israel laknatullah?

Konsert Coldplay yang diteruskan berlangsung di Kuala Lumpur pada malam esok, 22 Nov 2023 ketika Semenanjung Gaza dimusnahkan Zionis Israel dipersoalkan.

Nuri Muhammad.

LKKR DMPM (PAS) menggesa k'jaan (DAPmadani) menarik balik kebenaran konsert Coldplay.  Pengerusi, Nuri Muhammad antaranya  menegaskan bahawa Coldplay telah menyatakan sokongan untuk komuniti lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBTQ) dalam pelbagai cara sepanjang kerjaya mereka. 

“Pada 2017, Coldplay menderma sebanyak RM19,000 untuk membantu organisasi LGBTQ di Australia berkempen untuk kesaksamaan perkahwinan.

“Vokalis Coldplay, Chris Martin merupakan penyokong hak asasi kumpulan songsang itu dan pernah beberapa kali mengibarkan bendera ‘pelangi’ yang mewakili golongan berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, ketika Malaysia sedang fokus kepada keadaan getir rakyat Palestin di Gaza, persiapan mangsa-mangsa menghadapi banjir, kekangan ekonomi, peningkatan harga barang;  kerajaan Malaysia pula membenarkan konsert Coldplay yang jelas penyanyinya menyokong LGBTQ dan ia  langsung tidak membawa keuntungan kepada rakyat pada masa sekarang jika dianjurkan. 

(Lanjut sila rujuk HARAKAHDAILY 21/11/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails