Monday, October 16, 2023

PAS/PN k'sama S'pura. Tapi DAP/madani, beruk atas canggung.

 


Potensi kerjasama Singapura dengan 4 negeri PN

KUALA LUMPUR: PAS membincangkan potensi kerjasama Singapura dengan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang berada di bawah pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menerima menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Negara, Singapura Desmond Lee, pada petang semalam.

“Alhamdulillah, saya telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara, Singapura pada petang ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam hantaran di Facebook beliau, semalam. Turut serta ialah Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairul Nizam Khirudin, Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu) dan Ustaz Kamal Asaahri (Kuala Krau).

Menurutnya, mereka telah mengadakan perbincangan mengenai fokus pembangunan di Malaysia dan Singapura.

“Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama Singapura dengan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang berada dibawah pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional,” jelasnya.

Katanya, beliau juga mengambil kesempatan mengalu-alukan Singapura untuk melabur di Malaysia dalam industri yang berpotensi seperti industri nadir bumi.

“Kami juga bertukar pandangan berkenaan dengan pelaksanaan gaji progresif yang telah dilaksanakan di Singapura,” ujarnya lagi.

Seterusnya, kata beliau PAS turut menyatakan kebersamaan dengan Kerajaan Malaysia dalam mengecam kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin.

“Terima kasih YB Tuan Desmond Lee dan delegasi atas kesudian mengadakan kunjungan hormat dan bertukar pandangan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 10/10/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS/PN ke depan: K'sama dengan S'pura. DAP/madani, beruk atas canggung.

Sila lihat komen ini..

(i) Apa alasan k'jaan M'sia jual tenaga hijau kepada S'pura? Rugi RM80 bilion setahun, kenapa tak cerdik sangat?


KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) meminta penjelasan kerajaan berhubung keputusan Kabinet membenarkan tenaga hijau dijual kepada negara jiran, Singapura.

Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, Malaysia masih memerlukan tenaga hijau untuk memastikan pelepasan sifar karbon pada 2050 dapat dicapai.

Menurutnya, kerajaan perlu menyimpan tenaga hijau yang besar bagi menarik lebih ramai pelabur dengan simpanan tenaga yang banyak dan tidak diusik di negara.

“Apabila dieksport sedangkan pada waktu sama kita sangat memerlukan tenaga hijau kerana penjualan ini menyebabkan kadar pelepasan karbon untuk offset karbon tidak cukup.

“Kalau benarkan penjualan tenaga ini berlaku, mereka nak lama sebab dia akan menarik pelabur luar ke tempat mereka kerana tenaga hijau merupakan syarat pelaburan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) AKta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

(ii) Lagi kisah beruk atas canggung. Apa kerana beruk terhinggut-hinggut atas canggung jadi penyebab berlakunya PRK Parlimen Kemaman dan Mesyuarat khas SPR 17 Okt?

Maaf, gurau-gurau sikit.


Di KL, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 17 Okt ini. 

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya susulan keputusan petisyen yang membatalkan keputusan bagi Parlimen P040 Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov lepas. Beliau berkata sehingga tamat tempoh 14 hari rayuan, tiada notis rayuan difailkan terhadap keputusan itu.

Sehubungan itu, selaras dengan Seksyen 36C Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengeluarkan notis pilihan raya bagi mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir ditetapkan untuk pemfailan rayuan' dalam kenyataan hari ini.

Maaf, gurau-gurau sikit.

Di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails