Saturday, September 09, 2023

Ini bukti rasuah amat buruk, perundangan jadi bangkai & malapetaka negara!



Tindakan Peguam Negara sesuatu yang tidak bermoral -Pengerusi PN.

TINDAKAN Peguam Negara menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menarik balik 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Zahid Hamidi selepas beliau dipanggil membela diri di mahkamah adalah sesuatu yang tidak bermoral. 

Dalam kes ini, Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi. Ini bermakna mahkamah telah berpuashati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas mengenai perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

Yang peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan. Ini amatlah tidak munasabah. Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya benar terdapat arahan sedemikian, pengguguran pertuduhan ke atas Zahid selepas beliau diarah membela diri di mahkamah merupakan titik hitam yang amat gelap dalam sistem keadilan di negara kita. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini. 

Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang sedang berlaku dalam sistem keadilan negara yang saya percaya berpunca daripada kerakusan beliau sendiri untuk mengekalkan kuasa. Ia membuktikan sikap munafik beliau yang nyata. Slogan reformasi institusi dan tatakelola yang sering beliau dilaungkan hanyalah suatu pembohongan dan omongan kosong sahaja.

Keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu pastinya menggoncang keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di Malaysia. Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan. Malaysia telah menjadi ‘a rogue state’ atau negara penyangak.

Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 5/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti rasuah amat buruk, perundangan jadi bangkai & malapetaka negara!

Lihat juga komen ini..

(i) Apa jadi di negara ini pengguguran kes Zahid adalah bukti rasuah amat buruk. Sistem perundangan negara bakal menjadi bangkai..


Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, seharusnya Timbalan Perdana Menteri juga perlu menjalankan proses mahkamah yang adil dan saksama lebih-lebih lagi beliau mempunyai 47  pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Dana Yayasan Akalbudi (YAB).

“Kerajaan Madani sering mendakwa kononnya mereka membawa agenda reformasi undang-undang, keadilan serta tegas menentang rasuah tetapi mengapa perkara sebegini pula terjadi?” katanya kepada HarakahDaily.

Perkara ini menunjukkan bahawa tadbir urus peguam negara kita sendiri telah dihancurkan dan sistem tatakelola negara berada pada tahap yang sangat merbahaya. Sistem perundangan negara bakal menjadi bangkai yang semakin membusuk jika dibiarkan terus.(Rujuk HARAKAHDAILY  5/9/2023)

(ii) Tarik semula kes Zahid adalah malapetaka negara – Fayhsal  

Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kes melibatkan TPM tersebut telah berjaya dibuktikan oleh ketua pendakwaan sebelum ini, Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai kes prima facie (kemunculan pertama).

“Namun, ini merupakan sesuatu perkara yang amat mengejutkan yang mana Ahmad Zahid tidak dibiarkan untuk membela diri tetapi menarik semula kes ini sedangkan kes ini semakin hampir menemui penyelesaian di akhir perbicaraan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam akaun laman sosial Facebook miliknya yang memberikan pandangan dan respon terhadap isu tersebut semalam. (Hanya dipetik dari beberapa suntingan)

Tambah beliau, keputusan sebegini telah mewujudkan contoh yang buruk dan memberikan kecelakaan kepada sistem keadilan yang sedia ada di negara ini.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

2 comments:

Anonymous said...

Kes ni lebih kurang sama macam kes banglo murah LGE. Geng2 BERSIH reforbasi kena jawab ni?

Anonymous said...

Dengar cerita orang2 Cina sangat gembira dangan pembebasan Zahid? Terutama pemimpin2 DAP, betul ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails