Monday, March 20, 2023

Lagi, mabuk punya hal, di parlimen & 2 peguam kanan PAS..

 

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (Foto daripada Facebook Parlimen Malaysia) Ir Ts Khairil Nizam Khirud

1. Hilang nyawa, mata pencarian kerana pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin ingin tahu apakah langkah tegas kerajaan dalam menangani isu kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk yang menyebabkan pihak lain menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Beliau meminta Menteri Pengangkutan menjelaskan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Tuan Wa KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin ingin tahu apakah langkah tegas kerajaan dalam menangani isu kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk yang menyebabkan pihak lain menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Beliau m n Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pihak Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha untuk mencari penyelesaian kepada konflik d Myanmar yang telah dimulai oleh Kerajaan terdahulu.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah peranan Kementerian sehingga kini bagi memastikan Projek Kedah Aerotropolis diteruskan demi meningkatkan aktiviti ekonomi di Selatan Kedah.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hak rawatan OKU yang terlibat dalam masalah penagihan dadah. Dimaklumkan bahawa pusat pemulihan AADK tidak menerima OKU sebagai pesakit. Apakah Kerajaan akan mengambil tindakan untuk membina pusat pemulihan khusus untuk orang OKU.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapa anggaran jumlah rumah mampu milik yang diperlukan di Negeri Kelantan pada waktu ini; dan

(b) berapa anggaran jumlah rumah mampu milik di Negeri Kelantan yang sedang dibina oleh pihak Kementerian pada waktu ini.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan polisi pemasangan lampu jalan awam (lampu jalan kampung / mini tar) dan berapa lamakah tempoh kelulusan permohonan sehingga pemasangan dilakukan.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan :

(a) senarai kawasan hotspot yang telah dipasang sistem amaran awal bencana banjir seluruh negara sehingga tahun 2022; dan

(b) sejauh mana penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dapat mengurangkan risiko bencana banjir pada masa akan datang.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana komitmen Kementerian untuk menubuhkan Majlis Autisme Kebangsaan.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah Kerajaan PH-BN mempunyai perancangan untuk mewujudkan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT); dan

(b) adakah kajian sudah dilakukan ke arah itu.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai pegawai kesihatan yang mencukupi bagi merealisasikan cadangan membuka beberapa klinik kesihatan secara lebih masa bagi menangani masalah kesesakan hospital terutamanya di unit kecemasan.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah tegas Kerajaan dalam menangani isu kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk yang sering kali menyebabkan pihak lain pula yang menjadi mangsa sehingga ada yang kehilangan nyawa dan mata wang pencarian.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan akan menilai semula status Penang Technology Park menjadi hab pendidikan dan kesihatan memandangkan penduduk Bertam membantah projek tersebut di Kepala Batas kerana gagal memenuhi garis panduan Environment Impact Assesment, Social Impact Assesment dan Traffic Impact Assesment.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan perencanaan jangka panjang Kementerian untuk mengurangkan impak daripada bencana alam seperti banjir besar yang melanda penghujung tahun 2021.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah keperluan untuk mengadakan pilihan raya PBT dan adakah ia nya tidak mengakibatkan berlakunya pembaziran kepada Kerajaan.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kesihatan menyatakan status kemajuan terkini projek pembinaan blok baru dan naik taraf blok lama OPD Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu dan pembinaan klinik kesihatan (Jenis 7) dengan Kuarters Paya Datu, Kuala Terengganu.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah inisiatif pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir air pasang besar dalam pekan Kuala Kedah dan sekitarnya.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan Kerajaan untuk menaik taraf Balai Bomba dan Penyelamat di Lembah Klang terutamanya di daerah Kuala Langat yang sangat rancak membangun.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan pihak Kementerian untuk mengatasi kesesakan di hospital dan klinik kesihatan sedia ada.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan intipati Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (PCA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) yang ditandatangani pada 14 Disember 2022 serta bilakah ianya akan dijangka mula berkuat kuasa.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Kesihatan menyatakan perancangan bagi menambah baik fasiliti di hospital yang lama seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana komitmen Kerajaan dalam mengekang ancaman nelayan warga asing di perairan negara yang mengaut hasil laut secara haram. – HARAKAHDAILY 20/3/2023


2. Dua peguam kanan serah borang sertai PAS 


KUALA LUMPUR: Dua peguam kanan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, malam tadi.

Menurut Setiausaha Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Ahmad Lutfi Awang mereka ialah Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi Che Abu.

Sehubungan itu, beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, LUHAM mengalu-alukan penyertaan mereka berdua sebagai ahli PAS.

Berikut kenyataan Ahmad Lutfi.

LUHAM MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN DUA PEGUAM KANAN SEBAGAI AHLI PAS

Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat mengalu-alukan penyertaan 2 Peguam Kanan – Haji Yusfarizal bin Yussoff dan Mohd Faizi bin Che Abu sebagai ahli PAS.

Majlis ringkas penyerahan Borang Keahlian PAS kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah berlangsung di Masjid Tok Guru, Rusila, malam tadi.

Turut hadir menyaksikan penyerahan Borang Keahlian PAS tersebut ialah Naib Presiden PAS, YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Setiausaha Agung PAS YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi LUHAM, Hj Wan Rohimi bin Wan Daud.

Hj Yusfarizal dan Mohd Faizi adalah 2 Peguam Kanan yang tidak asing bagi LUHAM, kerana telah lama memberikan khidmat perundangan secara probono kepada PAS dan pimpinan PAS, antaranya melibatkan kes-kes berprofail tinggi yang telah dan sedang berlangsung seperti Kes Kristian Maklin Masiau -lwn- Abdul Hadi Awang (Mahkamah Persekutuan), YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man -lwn- YB Rafizi Ramli, YAB Mohd Sanusi bin Mohd Nor -lwn- Mahfuz Omar, YAB Anwar Ibrahim -lwn- YAB Mohd Sanusi Mohd Nor, YAB Anwar Ibrahim -lwn- Datuk Hj Amzad Hashim, dan kes YAB Anwar Ibrahim -lwn- Datuk Hj Awang Solahudin Hashim.

Pada masakini, bersama-sama dengan pasukan Peguam LUHAM Pusat, kedua-duanya sedang mengendalikan 6 Petisyen Pilihanraya yang difailkan BN/UMNO terhadap PAS/PN melibatkan kerusi Parlimen Marang-Kuala Terengganu-Kemaman-Gua Musang-Masjid Tanah-Putrajaya.

Hj Yusfarizal bin Yussoff telah beramal sebagai Peguambela & Peguamcara selama 20 tahun dan pada masakini adalah merupakan Managing Partner kepada firma guaman Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid.  Beliau juga merupakan Ahli Majlis Peguam selama 4 penggal, jurulatih advokasi bertauliah Majlis Peguam, pensyarah sambilan di UIA dan USIM dan penulis buku “Civil Litigation in Malaysia: A Practical Guide to Drafting Pleading”. Beliau telah terlibat dalam banyak kes berprofil tinggi seperti SIS Forum Malaysia v MAIS (mewakili MAIS),  mewakili peneroka Kemahang 3 dalam saman sivil ke atas FELDA dan juga mewakili Batu Kemas Sdn Bhd dalam saman kecuaian ke atas TNB yang mana Mahkamah mengaward gantirugi sebanyak RM35 juta.

Manakala Mohd Faizi bin Che Abu telah beramal sebagai Peguambela & Peguamcara selama 11 tahun dan merupakan Managing Partner firma guaman Tetuan Tengku Amalin & Faizi. Sebelum menjadi peguam, beliau pernah berkhidmat selama 9 tahun sebagai pegawai undang-undang Badan Kehakiman termasuk menjawat jawatan Majistret dan mantan Pegawai Khas kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tun Md Raus Sharif (mantan Ketua Hakim Negara). Antara kes berprofil tinggi dikendalikan beliau adalah bertindak sebagai Koroner dalam kes kematian artis Sujatha (2008) dan Raqeem Rizqi melibatkan pengubahan wang haram di Mahkamah Persekutuan.

LUHAM sangat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan keduanya sebagai Ahli PAS dan berharap akan dapat menyumbang dan memperkasakan lagi sayap perundangan PAS. – HARAKAHDAILY 19/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, mabuk punya hal, di parlimen & 2 peguam kanan PAS..

Ya, jom sama-sama perkasakan PAS. 

6 comments:

Anonymous said...

bagi aku bila melihat dgn bersungguh² menggila melihat byk video sinuwar cakap tapi buka saja satu pun tak buat malah putar sana putar sini berbelit2 maka aku tidak lagi akan mempercayai satu pun yg dia cakap teriak,
tidak mana2 yg dahulu sekarang, akan datang dan pastinya apa jua yg dia cakap dlm kes liwat dia,
bagi aku dia cuma putar dan menipu saja dan tak ada satu ayat yg dia cakap tu benar, tidak sama sekali malah dia tu tipu.

contoh, kalau dulu dia kata dia tidak akan bekerjasama dgn umno tapi sebaliknya yg dia buat maka bagi aku kalau dlm pembelaan dia dalam kes liwat dia kata dia tidak liwat maka itu bagi aku sebetulnya adalah dia cuba auta

Anonymous said...

Islam extreme pandai cakap ja.

Keja x tahu..Negara/negeri mundur

Kat parlimen asyik kuliah agama ja. Idea majukan negara x da langsung.

Anonymous said...

Dolly mana berani sumpah. Mangsa dia berani sumpah. Ajib pun berani. Tapi dolly tak berani langsung. Jika mangsa berani, tapi pemangsa x brani, salah sorang betul. Satu lagi pun betul lakukan yang terkutuk itu.

Anonymous said...

pundek cai phpundek

Anonymous said...

Minyak sudah taruh, api sudah cucuh, asap sudah kepul kepul saat mola bakar marak tunggu masa saja lagi.

Lim Kit Siang sudah bersuara mencuit taikun Melayu' Syed Mokhtar dan barua nya Nazri Duta negara ke USA pun sudah beri kata dua..

https://www.thecoverage.my/3478/kit-siang-says-mahathir-financial-scandals-cost-malaysia-rm100-billion-demands-an-rci

Hah tepokkk..!!

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan melabelkan sebagai malas.

“Masa ada kuasa 22 bulan, perlekeh dan hina orang Melayu, kata orang Melayu malas. Bila sudah tidak ada kuasa, sudah kalah teruk dan hilang deposit dalam pilihan raya, nak tunjuk konon dialah yang paling prihatin kepada orang Melayu.

Lim Kit Siang Kata Skandal Kewangan Mahathir Kos Malaysia RM100 Bilion & Tuntut RCI.
portal KiniBiz membawa laporan "Syed Mokhtar mengintai Malaysia Airlines" oleh Jose Barrock, melaporkan bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih cabang pelaburan negara, kepentingan ekuiti 69.3 peratus Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines yang termasuk sebagai sebahagian daripada perjanjian subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan selama 60 tahun.

Lim Kit Siang berkata kita perlu membuka semula siasatan bukan sahaja mengenai skandal forex Bank Negara RM30 bilion pada 1992, perlu ada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian RM100 bilion yang dialami negara dalam skandal kewangan Mahathir 22 tahun. Sekarang Kit Siang sudah bersuara Dan mula menuntut RCI Atas Kerugian Forex Bank Negara dilakukan segera.

Melayu' kena pandai memilih biarkan barua barua DAP@LeeKwanYew ini iaitu Tun Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim bercakaran dan berbunuhan sekarang ini.

Anonymous said...

Minyak sudah taruh, api sudah cucuh, asap sudah kepul kepul saat mola bakar marak tunggu masa saja lagi.

Lim Kit Siang sudah bersuara mencuit taikun Melayu' Syed Mokhtar dan barua nya Nazri Duta negara ke USA pun sudah beri kata dua..

Kaum Cina DAP@PAP LeeKwanYew sedang tepok tangan lihat lagi drama Melayu' akan dibatuapikan dann dilaga laga kan. lagi sekali. Ingat angkara sekor Jho Low sedang ketawa terbahak bahak tengok sesama Melayu' berbunuhan sampai sekarang Jho Low bebas kaya raya... Cukup cukup lah Melayu' kena bodoh bangang kan oleh kaum DAP@LeeKwanYew ini..

Insaflah wooii...!!

https://www.thecoverage.my/3478/kit-siang-says-mahathir-financial-scandals-cost-malaysia-rm100-billion-demands-an-rci

Hah tepokkk..!!

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan melabelkan sebagai malas.

“Masa ada kuasa 22 bulan, perlekeh dan hina orang Melayu, kata orang Melayu malas. Bila sudah tidak ada kuasa, sudah kalah teruk dan hilang deposit dalam pilihan raya, nak tunjuk konon dialah yang paling prihatin kepada orang Melayu.

Lim Kit Siang Kata Skandal Kewangan Mahathir Kos Malaysia RM100 Bilion & Tuntut RCI.
portal KiniBiz membawa laporan "Syed Mokhtar mengintai Malaysia Airlines" oleh Jose Barrock, melaporkan bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih cabang pelaburan negara, kepentingan ekuiti 69.3 peratus Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines yang termasuk sebagai sebahagian daripada perjanjian subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan selama 60 tahun.

Lim Kit Siang berkata kita perlu membuka semula siasatan bukan sahaja mengenai skandal forex Bank Negara RM30 bilion pada 1992, perlu ada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian RM100 bilion yang dialami negara dalam skandal kewangan Mahathir 22 tahun. Sekarang Kit Siang sudah bersuara Dan mula menuntut RCI Atas Kerugian Forex Bank Negara dilakukan segera.

Melayu' kena pandai memilih biarkan barua barua DAP@LeeKwanYew ini iaitu Tun Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim bercakaran dan berbunuhan sekarang ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails