Saturday, March 25, 2023

Konsert hiburan Iron Maiden, Metallica Indonesia. T'ganu lain..

 

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berharap kumpulan muzik heavy metal legenda dunia, Iron Maiden dan Metallica akan kembali sekali lagi ke negara itu untuk mengadakan konsert. - Foto Facebook

HALAMAN HIBURAN

1. Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia

JAKARTA: Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berharap kumpulan muzik heavy metal legenda dunia, Iron Maiden dan Metallica akan kembali sekali lagi ke negara itu untuk mengadakan konsert.
Harapan itu disuarakan Sandiaga susulan kejayaan pementasan kumpulan dari Amerika Syarikat, Slipknot yang menarik perhatian ribuan peminat mereka ketika di pusat riadah Ancol, Jakarta, pada hujung minggu lalu.
Kejayaan konsert itu turut disifatkan sebagai petanda baik untuk sektor yang dikategorikan sebagai ‘pelancongan muzik’.
“Harapan saya Iron Maiden dan Metallica akan kembali ke Indonesia,” kata Sandiaga seperti dilaporkan portal berita Jakarta Globe.
Kali terakhir Metallica dan Iron Maiden beraksi di Indonesia ialah masing-masing pada 2013 dan 2011.
Awal bulan ini, band masyhur dari Britain, Deep Purple mengadakan konsert di Jawa Tengah yang turut ditonton Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
Presiden Jokowi sememangnya diketahui ramai sebagai seorang peminat muzik rock.
2. Kerajaan Terengganu tetapkan panduan program hiburan 
Terengganu Haramkan Tayangan Filem Pulau

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sentiasa menetapkan garis panduan yang jelas kepada mana-mana pihak ingin menganjurkan sebarang program terutama berbentuk hiburan di negeri ini bagi memastikan ia tidak melampaui batas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri terbuka untuk menerima sebarang penganjuran program, namun ia perlu mengambil kira sensitiviti agama dan masyarakat di negeri itu.
"Sebenarnya bagus (program/karnival), tapi kena ada syarat... kalau tiada makluman di pihak kerajaan negeri, apabila berlaku sesuatu (di luar batasan), yang dikecam adalah kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Karnival Jom Heboh Terengganu 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata selainkan memastikan setiap program mengikut garis panduan ditetapkan, kerajaan negeri juga berharap agar para pengunjung dapat menjaga adab masing-masing ketika berada di majlis umum.
Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima banyak permohonan penganjuran pelbagai program hiburan termasuk untuk penggambaran filem di Terengganu, namun ada program terpaksa ditolak setelah mengambil kira suasana masyarakat di negeri itu.
Sementara itu, mengenai karnival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Okt ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Ariffin berkata pihaknya akan menyelaraskan perkara itu dengan pejabat agama dan menempatkan anggota penguat kuasa untuk memantau program tersebut.
"Untuk menjaga nama baik penganjur dan kerajaan negeri, ada juga pihak sukarela menawarkan diri untuk memantau program tersebut bagi memastikan program ini jadi 'comel' dan kehadiran pun baik.
"Kita berharap agar program ini dapat diadakan dalam keadaan terkawal... besar juga harapan kerajaan negeri agar pihak terlibat dapat menjaga sensitiviti umat Islam kerana sehari sebelum program tersebut, diadakan program Maulidur Rasul," katanya.
Antara garis panduan ditetapkan untuk penganjuran program itu termasuk hanya artis lelaki dibenarkan membuat persembahan pentas, pemilihan artis dan lagu perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri serta pengasingan tempat dan ruang pengunjung kepada ruang keluarga, lelaki dan wanita.
Selain itu para artis, selebriti serta peniaga yang terlibat perlu menutup aurat dan berpakaian sopan, manakala pertandingan karaoke hanya dibenarkan untuk peserta lelaki, manakala bagi peserta wanita, hanya kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan menyertainya. -- BERNAMA (Oktober 5, 2022)
Komen Weblog Ibnu HasyimKonsert hiburan Iron Maiden, Metallica Indonesia. T'ganu lain..
Walaupun Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia, namun dalam aktivti hiburan tiada disiplin 'patuh syariah' seperti yang di'garis panduan'kan oleh parti-parti Islam di Malaysia.
Islam itu indah, undilah parti-parti Islam sedunia. Insya Allah, Islam kembali gemilang!

11 comments:

Anonymous said...

Akhirnya dolly tunduk juga pada tekanan pas. Supaya tebatan banjir dilaksanakan dengan kadar segera.

Boleh segera arah perbendaharaan untuk segerakan projek. Jangan dok sebut nak tibai titm. Beliau lebih dulu dan terkehadapan. Serta tidak rasuah.

Tapi rundingan terus ker, tender ker. Bukan orang parti yang dapat. Atau orang politik. Kalau gaji pun tak ambik, nak buktikan ikhlas, projek pun jangan ambik.

Jangan lupa sebut team amal pas yang banyak bantu tenaga mangsa banjir.

Anonymous said...

Pasai pa depa kata Islam ekstreme. Sebab depa tu Islam basic. Kalau buat puasa sunat senin kamis, dah depa kata ekstreme. Kalau buat wirid panjang panjang, depa kata ekstreme. Kalau tak amik rasuah, depa kata ekstreme.

Amik rasuah, depa kata normal. Beri janji manis, tapi tak tunai itu normal. Resam orang politik. Dalam politik musuh, luar politik rakan. Boleh kongsi projek.

Dolly pulak tibai Islam dengan Islam ekstreme. Sebab nak dapat sokong komunis dapig. Kerusi penting banding aqidah. Kerusi penting banding agama Islam. Kerusi penting banding bangsa melayu.

Wak jowo pun kecundang. Kata no anuar no komunis dapig. Hingus yang dah keluar disedut dengan straw. Takpe asal dapat jawatan.

Kerusi dapat spy pun dah boleh masuk. Kerusi dapat aqidah liberal pun tersebar. Kerusi dapat komunis dapig pun masuk dalam pentadbiran. Kerusi dapat rasuah boleh bikin lagi.

Kalau ucapan nak pelihara agama. Nak jaga bangsa. Nak tolak rasuah. Itu ucapan orang politik yang tak boleh dipercayai. Sejak dulu sama jer kontent ucapan. Tindakan tiada.

Jom pakat pakat sokong pas. Cakap kurang. Rasuah tiada. Agama terjaga. Bangsa dimartabatkan.

Anonymous said...

Sapa tu yang dick'tator.

Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

Baru layak digelar diktator. Tunggu sampai malam sebelum Ramadan. Suruh media datang saksikan dan buat live coverage. Geledah rumahnya untuk beberapa hari.Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

Beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit. Beku juga akaun-akaun bank parti dia. Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

Biarkan orang tuan renta ti berbunuhan sesama Brother...Orang Melayu' lain siapkan pop corn tambah... Jaga diri jangan kena bodoh bamgangkan lagi macam Jho Low sampai sekarang bebas lepas kaya raya tepok tangan terbahak tengok barua barua Melayu' DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri.

Itu baru dikatakan diktator.... Celaka punya orang tuan renta ni ...aleutoh mak lu lahh..!!

Anonymous said...

Si fudin tu lebih ulamak dari tghh. Ngaji bidang ulamak. Tu pasai dia rasa lebih betui dari tghh. Bahasa arab pun macam air. Jika tidak mana berani dia memperlekehkan tghh. Nanti jadi fitnah.

Anonymous said...

"bukan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Taikun Melayu"?

Ada yg nak kene saman plak orng pn nihh..

Minta maaf lagi?

Siapa yg sokong pn mmng x cerdik

Anonymous said...

Patut waktu perintah....

Buat undang2 haram konsert terus.

Geng Islam extreme ni cakap ja pandai, keje yilek

Anonymous said...

Dolly dah defend eng guan. Eng guan pernah ker minta maaf pasai 90 juta. Takde kan. Lepas macam tu jer.

Ni muka pandai pura pura.

Anonymous said...

Dulu bmx defend si fudin. Sekarang defend komunis dapig.

Anonymous said...

Kah2 walaun x cerdik lagi ke.

DSAI cakap dlm Parlimen. Bukan menipu walaun mcm p end

Anonymous said...

D'Spin aka D'papaspin kerajaan bumi sentiasa seiras dengan D'ayahspin kerajaan langit mengauta membelit level dewa tadak satu masuk akai sihat,

aritu cakap ala kunun nasihat kwsp takleh di izin takut nan bila tua jadi merempat pasai takdak duit kwsp berbaki macam ler yg mintak tu orang yg dah pencen bahkan yg mintak tu orang yg lagi muda jada masih boleh kerja dan boleh lagi simpan duit bila ekonomi pulih setelah kejatuhan kerajaan d'spin bumi nih yg telah menyebabkan ekonomi meleset tahap mugabe cuma dlm masa tiga bulan mendewa diputera jaya.

and then cakap yg mintak keluarkan kwsp tu sikit jer.. dan kemudian cakap kalau dia bagi lulus keluarkan maka pelabur asing akan lari.
Apa ke jadah logik dia nih kalau sikit jer yg mintak keluarkan tu diluluskan sampai pelabur mahu lari keluar tu yer?
Ker ada rancangan menyakau duit kwsp tu yer geng d'spin melalut belit membelit yg akhirnya semacam terdedah clue yg ada komlot disebalik putarbelit kata²nya tu yer?

"menipu lama2 mencuri" kata2 orang tua2 dulu dan dia nih papaspin ayahspin dah berpuluh kali menipu so kena awasi lebih sikit nih.

Anonymous said...

Kih kih kih berangan le nak rampas kerajaan. Duit dah kene rampas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails