Monday, March 20, 2023

Jenayah lucah AS = Rasuah TPM M'sia? Padi 5X & Zahid tebu..

 

Pelakon filem lucah, Stormy Daniels, yang didakwa menerima wang daripada bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Foto AP

1. Trump mungkin didakwa kerana bayar pelakon lucah

NEW YORK: Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) semalam bertemu dengan Stormy Daniels bagi memutuskan sama ada akan mendakwa bekas presiden, Donald Trump, berhubung wang yang diberikan kepada bintang lucah itu, sebelum pilihan raya 2016.

Menurut peguamnya, jika peguam di Manhattan mendakwa Trump, beliau yang berusia 76 tahun itu akan menjadi presiden pertama didakwa kerana melakukan jenayah.

Tindakan itu juga akan menjejaskan usahanya untuk memenangi pencalonan parti Republikan untuk bertnading dalam pilihan raya presiden pada 2024.

Siasatan berkenaan tertumpu kepada bayaran sebanyak $130,000 (RM585,390) yang diberikan seminggu sebelum pilihan raya 2016, untuk menghalang Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford, mendedahkan mengenai hubungan sulitnya dengan Trump beberapa tahun sebelum itu. Trump bagaimanapun menafikan beliau mempunyai hubungan sulit dengan Daniels.

Peguam Daniels, Clark Brewster, dalam ciapan di Twitter, berkata anak guamnya itu bertemu dengan pendakwa raya selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat peguam daerah.

"Stormy menjawab persoalan yang diberikan dan bersetuju untuk menjadi saksi atau memberi kerjasama untuk siasatan lanjut sekiranya diperlukan," kata Brewster.

Daniels kemudian menciap kembali mesej peguamnya itu dengan mengucapkan terima kasih atas sokongannya 'dalam perjuangan untuk kebenaran dan keadilan'.

Trump turut diberi peluang untuk memberi keterangan oleh pasukan Peguam Daerah, Alvin Bragg, tetapi berkemungkinan akan menolak untuk berbuat demikian bagi mengelakkan dirinya ditampilkan sebagai orang bersalah.

Pakar berkata, peluang untuk memberikan keterangan itu adalah petanda bahawa Trump berkemungkinan akan didakwa.

Dalam catatannya di dalam pentas media sosial, Truth Social, Trump memaklumkan bahawa mengenai 'isu Daniels', dia 'bergantung kepada peguamnya untuk menyelesaikan peras ugut.. yang sudah lama berlaku' dan tidak memberi penjelasan sama ada dia mengaku bahawa pembayaran berkenaan dibuat.

Isnin lalu, bekas peguam Trump, Michael Cohen, turut memberikan keterangannya di hadapan sekumpulan juri di New York.

Difahamkan, bayaran kepada Daniels dibuat oleh Cohen, yang mendakwa ia kemudiannya sudah dibayar balik kepadanya.

Pembayaran itu boleh mengakibatkan pertuduhan salah laku yang berkaitan dengan pemalsuan rekod perniagaan.

Ia mungkin juga sebagai satu jenayah sekiranya perakaunan palsu dilakukan untuk menutup jenayah kedua, umpamanya pelanggaran kewangan ketika kempen, seperti mana dilaporkan oleh The New York Times. - AFP


2. Pastikan tanam padi lima kali diteruskan 


KUALA LUMPUR: Program penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) perlu diteruskan bagi meningkatkan pengeluaran beras negara.

Malah Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yakin negara tidak lagi perlu bergantung kepada beras import jika projek MADA dijalankan dengan baik.

“Sebelum ini, ketika saya diberi tanggungjawab mempengerusikan agensi ini, iaitu projek penanaman padi lima kali dua tahun, saya yakin projek ini amat wajar diteruskan oleh kementerian pada hari ini.

“Bagi meningkatkan hasil tahap sara diri (SSL) beras dan dalam kiraan jumlah kita dapat melaksanakan penanaman padi lima kali dua tahun sehingga dapat hasilkan lebih 120 peratus SSL negara.

“Kita yakin kalau projek ini dapat dijalankan dengan baik, kita tidak lagi perlu mengimport beras dari luar,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Tarmizi menyarankan kerajaan supaya fokus terhadap perkara ini kerana MADA telah memulakan langkah ini dengan keluasan yang sudah ditanam sebanyak 1,240 hektar.

“Namun, saya lihat peruntukan yang diberikan kepada MADA nampak tidak mencukupi untuk melaksanakan projek ini apabila hanya menerima RM30.5 juta pada tahun ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/3/2023


3. Zahid datang Kelantan sebagai TPM atau Presiden Umno? 

AGAK lucu membaca laporan laporan akhbar tengahari ini apabila media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang sekali lagi datang menanam tebu ditepi bibir di Kelantan. 

Situ ketawa sini tersenyum. Malahan ‘Pak Guard’ bank tadi pun menyebut, ‘Baso tok kabar ko Zahid ni? Ore taksey dah Umno, nyo mari jjanji belawok pulak. Kohong eh‘. Saya berlalu pergi sambil mengiyakan seloroh pakcik tadi. Benar Umno kini telah tinggal 26 kerusi sahaja. Belum sedarkah mereka? Masih guna skrip sama untuk tawan Kelantan?

Rakyat Kelantan telah lama tahu air di negeri ini bukan benda baharu, bukan isu yang muncul kini, tetapi sekian lama sejak zaman Umno memerintah sebelum 1990 lagi. Pembatalan projek BAKU, kezaliman kerajaan BN terdahulu yang menyebabkan ‘lost development years‘, sekatan projek pembangunan ke Kelantan yang ‘diakui’ dalam sidang DUN Kelantan serta pelbagai lagi polemik.

Pendek kata orang Kelantan kenal sudah sosok bernama ‘amnu‘. Bukan kenal sikit sikit, tetapi ke tulang hitam kita kenal ia. Justeru, bila Zahid datang berjanji hari ini dengan menyebut, ‘Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji Umno dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu Umno untuk sekali ini. Cuba beri peluang untuk Umno hanya untuk lima tahun sahaja’, rakyat sudah terbiasa.

Biasa lama dah dengan janji bulan bintang yang Umno laungkan dalam pertandingan merebut Kota Darulnaim. Zahid membayangkan perihal ‘wajibnya’ bekalan air diselesaikan sekiranya Umno menang PRN nanti. Eh Zahid, selesaikanlah dahulu masalah air di Pahang dan Melaka yang kamu tadbir itu. 

Pahang terbelit dengan isu air sama seperti negeri-negeri lainnya. Bahkan mereka meletakkan keazaman untuk cuba menyelesaikan masalah air dalam tempoh 5 tahun akan datang. Masalah utama di negeri tersebut adalah bekalan air yang kerap terganggu, paip pecah, tekanan rendah, banjir, kerosakan loji, gangguan di muka sauk ketika kemarau dan kapasiti tangki serta keperluan menaik taraf loji rawatan air. 

Itu belum lagi kita meneliti laporan media tahun lepas berkait kira-kira 200 penduduk dan peniaga di arked perniagaan di Pekan Awah yang berdepan krisis bekalan air bersih sejak 30 tahun kerana kapasiti air disalurkan tidak mencukupi. Kawasan Pekan Awah, dalam Daerah Maran mempunyai 1,400 akaun pengguna mendapat bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Seberang Temerloh.

Begitu juga di Melaka yang Umno memerintah. Gangguan bekalan air sering berlaku di Cheng Ria, Cheng Heights, Pokok Mangga, Taman Asean, Pulau Gadong, Taman Merdeka dan Taman Malim Jaya. Ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, beberapa bulan lalu oleh ADUN PH.

Bakri Jamaluddin (PN- Tangga Batu) juga pernah meminta Kerajaan BN Melaka supaya memberi perhatian serius terhadap masalah bekalan air di Kem Terendak dan Sungai Udang yang kian parah. Kem askar pun bermasalah wahai Zahid!

Lalu kalau Zahid berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika Umno menang PRN nanti, ia adalah satu janji muluk yang tiada asas. Negeri mereka tadbir sendiri masih bergelut dengan isu sama. Apa yang penting juga adalah kenapa berjanji sebegitu? Tuan Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan. Kenapa mahu bantu negeri ini hanya jika Umno menang? Kenapa tidak bantu sekarang?

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/3/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jenayah lucah AS = Rasuah TPM M'sia? Padi 5X & Zaid tebu..

AS, Trump mungkin didakwa kerana bayar pelakon lucah, TPM Malaysia kini sedang didakwa kerana rasuah. Semuanya jenayah  Begitu juga 'liwat'.

Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

Abam kat ada pemimpin parti politik yang cium tangan tn syed. Cer tunjukkan bukti. Gambar ker. Video ker. Tik tok ker. Nak tau juga siapa pemimpin yang cium tangan tu.

Sebab abam ni dah terkenal banyak kali bohong. Tak taulah dah dapat pangkat munafiq atau belum.

Bohong harga petrol.
Bohong tak perpaduan dengan hoi hoi ya hoi.
Bohong jawatan bm dan menteri duit bukan orang sama.
Bohong 90 juta.
Bohong guna fotostat gelap.
Bohong currency kukuh.

Anonymous said...

SKMM please ban the Mentega Terbang

Fahmi said this when commenting on Twitter posts relating to social media photos showing vehicles which allegedly belong to the director and acting crew of Mentega Terbang film being damaged and plastered with threatening notes by unknown individuals.

“I strongly condemn such threats. Follow the law, don’t take matters into your own hands,” he said in a post on Twitter today.

Rakyat feel hopeless KDN and PM no nothing against this Mentega Terbang.

The problems is the is no further action against crew, actor actress director in this filem..!!

Anonymous said...

Sebuk sangat bm guna undang undang tangkap pasai kes rasuah. Cuma masalah nya dalaman pun ada kes rasuah. Melibatkan kaki tangan sendiri. Melibatkan parti perpaduan sendiri. Kes trowong. Ngapa sebuk hal orang. Sedangkan di kelilingnya banyak najis. Dalam mesyuarat perpaduan pun setiap parti ada najis. Keputusan mesyuarat mengandungi najis.

Kalau betul bersih, cuci najis tu dulu. Kalau rasa gagah, buang najis tu dulu. Kalau rasa kuat, singkir najis dulu. Kalau tidak ia hanya retorik seorang lembut yang berhipokrasi gagah. Retorik seorang lembut yang berhipokrasi bersih. Retorik seorang lembut yang berhipokrasi kuat.

Baru rakyat percaya perikatan lain itu mengamalkan rasuah. Jangan nanti nak bersihkan parti orang lain, sedangkan parti sendiri banyak najis. Barulah boleh percaya gabungan perpaduan.

Anonymous said...

MRT projek kerajaan terdahulu, tapi muka tak malu tu hanya bijak ambil kredit merasmikannya... kah..kah..kah..

Anonymous said...

Dahulu anak2 muda ramai yang berbakat berkarya dalam dunia animasi, menulis, mengkritik. Sayang sekali idea2 baharu tu kini tiada lagi dibawah kerajaan pakatan hancing sekarang, semua takut tindakan tegas, kena saman..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails