Sunday, January 22, 2023

Tolak saman 4 ADUN P.Pinang. & Batal perumahan di lereng bukit di P. Pinang

 


1. Mahkamah Tinggi tolak saman empat ADUN Pulau Pinang terhadap DUN dan Speaker

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang terhadap DUN negeri itu dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang berhubung usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menolak saman ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang), tanpa perintah mengenai kos.

"Mahkamah Persekutuan telah pun memutuskan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah jadi mahkamah ini terikat dengan keputusan itu," katanya ketika menyampaikan keputusan berkenaan hari ini.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Bagi permohonan plaintif bahawa usul terhadap mereka adalah salah, Azizan berkata mahkamah tidak boleh membuat keputusan kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa DUN.
Beliau juga berkata mahkamah tidak boleh memberikan injunksi terhadap defendan untuk menghalang mereka daripada membincangkan usul meminta plaintif mengosongkan kerusi mereka semasa persidangan DUN.
"Mahkamah tidak boleh menghalang defendan daripada menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah perlembagaan negeri. Mahkamah tidak boleh campur tangan dan tidak mempunyai kuasa ke atas pengurusan dalaman Dewan Undangan Negeri," katanya.
Selepas Azizan menyampaikan keputusannya, Chetan Jethwani yang mewakili keempat-empat ADUN berkenaan memberitahu mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
"Kami juga akan mengemukakan permohonan injunksi untuk menghalang defendan daripada membentangkan usul sehingga rayuan ini selesai," katanya.
Pada 16 Dis 2022, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan empat ADUN Pulau Pinang itu untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar DUN berkenaan daripada meluluskan usul undang-undang antilompat parti.
Pada 2020, keempat-empat ADUN tersebut memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Sementara itu, semasa ditemui di luar mahkamah, Chetan berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
"Ini kerana kami percaya hakim telah membuat kesilapan dalam keputusannya mengenai perkara ini. Persoalan yang kami kemukakan ialah sama ada Perkara 14A benar-benar terpakai kepada empat ADUN ini.
"Kedua-dua ADUN Bersatu itu tidak pernah keluar parti dan mereka kekal dalam parti, manakala dua bekas ADUN PKR itu tidak keluar parti sebaliknya dipecat.
"Ketepikan soal perlembagaan, kami menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Perkara 14A tetapi bagi Dewan Undangan Negeri untuk melucutkan kelayakan ADUN berdasarkan Perkara ini, ia tidak memenuhi kriteria," katanya.
-- BERNAMA
2. Mahkamah Persekutuan batal kebenaran merancang bangun perumahan di lereng bukit di P. Pinang 
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini telah terkhilaf dari segi undang-undang dalam mengekalkan keputusan PBT untuk memberikan kelulusan merancang. - Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Penghuni sebuah kondominium di Sungai Ara, Pulau Pinang hari ini memenangi rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang memberikan kebenaran merancang kepada pemaju hartanah untuk membina perumahan di lereng bukit.
Keputusan sebulat suara itu disampaikan secara dalam talian oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Hakim Besar Malaya yang baru dilantik Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Hakim Nallini yang menyampaikan keputusan mahkamah, memutuskan bahawa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi kebenaran merancang untuk diberikan kepada pemaju dan pemilik tanah berkenaan, Sunway City (Penang) Sdn Bhd adalah ultra vires dan terbatal.
 "Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dalam mengekalkan keputusan PBT untuk memberikan kelulusan merancang," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan Sunway City dan MBPP membayar kos keseluruhan RM300,000 kepada penghuni kondominium Sunrise Garden.
Hakim Nallini berkata di bawah Seksyen 22 (2A) (c) Akta Perancangan Bandar dan Desa (TCPA) 1976, jawatankuasa perancang negeri, dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang, bertanggungjawab untuk meminta nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) apabila permohonan itu melibatkan pembangunan yang menjejaskan lereng bukit di kawasan yang ditetapkan sebagai sensitif alam sekitar dalam pelan pembangunan.
Beliau berkata pembangunan yang melibatkan lereng bukit bukan lagi sekadar isu tadbir urus tempatan atau negeri semata-mata tetapi juga isu persekutuan dan nasional.
Sehubungan itu, beliau berkata PBT selaku entiti yang bertanggungjawab mengeluarkan kelulusan perancangan bertanggungjawab mematuhi peruntukan TCPA.
MBPP meluluskan permohonan Sunway City pada 21 Feb 2012, untuk kebenaran merancang bagi membina 600 unit rumah termasuk 13 blok kondominium dan banglo tiga tingkat atas tanah seluas 32.69 hektar, yang 43 peratus terdiri daripada tanah bukit.
Kedudukan tapak itu melebihi 76 meter dari aras laut dengan kecerunan melebihi 25 darjah.
Penduduk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Pulau Pinang dan pada 20 Nov 2015, lembaga itu mengetepikan kebenaran merancang yang diberikan kepada Sunway City.
Sunway City, kemudian memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dengan menamakan lembaga Rayuan, MBPP dan penduduk sebagai responden.
Pada 29 Mei 2017, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepada pemaju dan membatalkan keputusan Lembaga Rayuan.
Penduduk kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan tetapi rayuan mereka ditolak pada 7 Mei 2021, menyebabkan mereka membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada prosiding hari ini, sepasukan peguam diketuai Datuk Dr Gurdial Singh Nijar mewakili penduduk manakala peguam Christina Siew bagi pihak Sunway City dan peguam Karin Lim Ai Ching mewakili MBPP.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu HasyimTolak saman 4 ADUN P.Pinang. & Batal perumahan di lereng bukit di P. Pinang
Dah terantuk baru tengadah. Dan ada yang lari dari perjuangan asal masing-masing.

4 comments:

Anonymous said...

Brother Anwar Bin Ibrahim asal orang Pulau Pinang. 29 Kg Melayu Pulau Pinang lenyap betul betul depan lubang hidung brother.

Ketua Penyelidik IRIS, Nur Hanis Mohamad Noor dalam Dimensi di TV Pertiwi bertajuk Pulau Pinang bakal jadi Singapura ke-2? malam tadi.

Berdasarkan dapatan kajian, Hanis berkata, sekurang-kurangnya 29 buah kampung Melayu sudah dihapuskan sepanjang sejarah sehingga kini.

Katanya, modem yang sama seperti di Singapura pada tahun 1995, Parti Tindakan Rakyat (PAP) membina satu lembaga dinamakan Housing Development Board (HBD).

Menurutnya, polisi perumahan di Singapura tidak membenarkan mana-mana kaum mendominasi satu kawasan.

“Kampung Melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tender kepada pemaju-pemaju swasta. Kemudian apabila terbinanya flat atau kondominium, tidak dibenarkan satu kaum apatah lagi orang Melayu untuk mendominasi satu kawasan.

“Jadi orang Melayu tiada satu komuniti yang mengamalkan kemasyarakatan Melayu dan Islam.

“Dan di Pulau Pinang, kejadian yang sama juga, 29 buah kampung Melayu dihapuskan.

Brother Anwar Bin Ibrahim boleh bantu Kg Melayu di Pulau Pinang ka...!?

Dari dolu lagi dah pesan jangan lantik PM dari Utara... kan dan mendapat... nak fakta ka..?

Anonymous said...

Ni yang Nga Khor Meng hanjing Lee Kwan Yew minta contohi Singapura dan bantu perumahan di Malaysia

Model yang sama seperti di Singapura pada tahun 1995, Parti Tindakan Rakyat (PAP) membina satu lembaga dinamakan Housing Development Board (HBD).

Ni yang Nga Khor Meng lakukan sekarang ini..bila anjing Lee Kwan Yew disini dan nak tunjuk jalan dan berlagak tunjuk pandai...

Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Nga Kor Ming... pergi mampos dengan barua barua Lee Kwan Yew di Malaysia..!!

http://kachipemas.blogspot.com/2023/01/nga-kor-ming-umum-berita-baik-pakar.html?m=1

Sementara itu, di Singapura, keluarga super nepotisme ultra kiasu Lee Kwan Yew sangat kronik dengan kronisme dan nepotisme dalam semua bidang.

Kerajaan Lee Kwan Yew sangat kronik kroni dan nepotisme dengan sikap kiasu yang sangat kejam.

Orang Cina Malaysia tahu dasar meritokrasi Lee Kwan Yew adalah sistem 'meritokrasi' bodoh & berdarah bermakna, apabila membeli rumah HDB di Singapura, semua yuran guaman perlu dibayar kepada "Lee & Lee Associate", PM Lee & Syarikat keluarga. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini.

Jika S&P & legal dibayar ke atas syarikat kroni dan anak cucu Lee Kwan Yew , jika perkara ini berlaku di Malaysia sudah tentu PM Malaysia akan menjadi bom jangka kepada pembangkang di sini..!! Tapi 'barua' Melayu Lee Kwan Yew @ DAP buat bodoh aje tak kisah..!!

Menurutnya, polisi perumahan di Singapura tidak membenarkan mana-mana kaum mendominasi satu kawasan.

Anonymous said...


Ini lah masa yang paling helok kita tukar nama nama taikun spt Vincent Tan, Leow Tiong Lay, Ananda, Lim Got Tongong, Robert Kowk,Lim Chi Pan, Lim Bia Wak, Tan Ba Bi, Kho Pan Tat, Lim Ping Pong, Tan Bu Toh dll pada nama Taikun Melayu pulak...

Bila banyak taikun Melayu menguasai pasaran maka harga barang keperluan dan perkhidmatan boleh dikawal oleh harga Melayu pulak...Ujudkan rangkaian mafia dan kartrl Melayu secara menyeluruh di Malaysia

Bila PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel mata sepet ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura

Bayangkan tak ada satu bijik tolo ayomm di Singapura tak ada satu reban ayomm pun di Singapura tapi keperluan tolo tolo ayam di Singapura mencukupi...

Tak ada satu pokok pun kelapa sawit di Singapura tapi keperluan minyak masak di Singaura mencukupi tapi bekalan minyak masak di Malaysia yang tak ada..

Begitu juga gula tak ada satu pokok tebu pun di Singapura bekalan gula mencukupi tapi disini harga gula turun naik dan stok kadang kadang tidak ada.. taikun sapa yang menguasai barangan ini..!?Taikun yang lahir di sini tapi bertuankan Lee Kwan Yew di Singapura...

Di Malaysia menteri tolo ayam melawat reban ayam di India... akai hado akai lotak kat bontot sambil tadah untuk dibontoti.!?

Sebab itu semua barang keperluan diutamakan ke Singpura dulu.. rakyat Malaysia dimangsakan sbb barang di sorok dan dj manipulasi oleh kartel dan mafia tokey dan taikun ini.

Lingkup taikun rangkaian kartel mafia mata sepet ni melingkuplah Singapura.

Dan ini lah masa kita untuk membina rangkaian produk Melayu tikun taikun mafia dan kartel Melayu pula diwujudkan untuk menstabilkan harga barangan keperluan sekarang..!!

JOM UBAH...!!

Anonymous said...

Presiden Majlis Peguam itu kelihatan begitu marah apabila Tommy disoal siasat. Species otak keling paria..Kena kat gang sendiri semua orang disalahkan..

“Ia salah guna kuasa jerit Ambiga. Dan terus menyoal adakah ia kerana UMNO berada dalam Kerajaan Malaysia Madani (dulu dipanggil sebagai Kerajaan Perpaduan) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Pantang betul untuk Ambiga melihat Thomas disoal siasat oleh polis. Terus melenting menuduh berlakunya salah guna kuasa atas sebab politik,” kata Shahrir.

Ambiga mempersoalkan sama ada terdapat motif politik di sebalik siasatan terhadap Tommy.

Ambiga mendakwa, siasatan ini adalah salah satu tuntutan UMNO kepada Pakatan Harapan.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan reformis PH – adakah ini salah satu tuntutan UMNO berhubung penyiasatan Tommy Thomas?

“Adakah ia mempunyai kaitan dengan dakwaan terhadap beberapa pemimpin UMNO? Dan saya ingin tahu daripada PH, apa lagi yang anda sudah berikan?” tambah Ambiga.

Tim Ketua Menteri P.Pinang Ramasamy pula tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK. Timbalan Pengerusi DAP P. Ramasamy mempersoalkan sama ada bilangan dua anggota bukan Melayu dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk sesi 2023-2025 mencukupi untuk bercakap mengenai pendidikan vernakular. Apakah ini juga kehendak UMNo tambah P.Ramasamy..!?

Polis melancarkan siasatan terhadap Tommy atas dakwaan kenyataan perkauman yang dibuatnya terhadap kerajaan dalam forum bertajuk “Dark Forces Towards GE15” pada 17 September tahun lalu.

Ambiga antara yang dipanggil semalam untuk membantu siasatan. Bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails