Monday, January 02, 2023

Tangguhkan kemasukan pelancong China.. Gelombang Hijau landa P.P?

 


1. PAS gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China

PETALING JAYA: Pas menggesa kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong daripada China berikutan lonjakan kes Covid-19 di republik itu.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan perlu memerhati perkembangan di China dan negara-negara lain yang sudah menerima pelancong dari negara berkenaan sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam Malaysia.

Katanya, Malaysia perlu mengambil iktibar daripada penularan wabak pada 2020 yang terjadi disebabkan tiadanya langkah mencegah masuk pelancong berisiko sehingga membawa masuk Covid-19 ke dalam negara.

“Pas terpanggil dengan kenyataan Menteri Kesihatan (Dr. Zaliha Mustafa) daripada kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengenai isu kemasukan pelancong asing khasnya daripada negara China memandangkan penularan kes baharu di negara itu semakin meluas.

“Pas menyarankan kerajaan berwaspada dengan penularan kes baharu Covid-19 selepas China membenarkan rakyatnya mengembara ketika kes pandemik di negara republik itu melonjak sehingga 62,439 kes dalam seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penduduk China yang sebelum ini disekat daripada ke luar negara selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19 kini sudah dibenarkan melancong ke pelbagai destinasi impian mereka.

Biarpun kadar jangkitan Covid-19 di China ketika ini meningkat mendadak, situasi itu tidak menghalang rakyatnya daripada menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke luar negara, terutama menjelang musim sambutan Tahun Baharu Cina.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menetapkan semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di pintu masuk antarabangsa perlu melalui saringan demam dan sekiranya dikesan bergejala akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Malah, pemantauan di pintu masuk juga di perkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan daripada pesawat yang datang dari negara China dan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif Covid-19.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, kerajaan perlu mengenal pasti dan memeriksa pelancong-pelancong yang sudah berada di dalam Malaysia bagi mengetahui status Covid-19 mereka.

Tambahnya, masyarakat turut perlu berwaspada dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan wabak berkenaan.

“Sementara itu, rakyat dinasihatkan kekal menjaga SOP dengan menitikberatkan penggunaan pelitup muka dan tidak berada di kawasan yang sesak,” katanya. – UTUSAN


2. Kemungkinan 'gelombang hijau' landa P Pinang dalam PRN?

Chow Kon Yeow

Pada PRU15, PN menang 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah. Di Pulau Pinang, dua kubu kuat BN, iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor, juga dirampas gabungan itu.

Namun kekalahan paling mengejutkan adalah di Permatang Pauh, apabila Nurul Izzah Anwar tewas di tangan calon PN Fawwaz Md Jan. Kerusi itu dipegang keluarga Anwar sejak 1982.

Tiga kerusi ini adalah kerusi separa bandar dengan orang Melayu merangkumi 70 peratus pengundinya.

Jika trend semasa beterusan, tidak mustahil PN akan menang di kerusi-kerusi majoriti Melayu dalam PRN akan datang.

Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat September lalu menunjukkan 26 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang adalah kerusi campuran di mana Melayu bukan majoriti pengundi, manakala 14 kerusi lagi memiliki sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi Melayu.

Daripada 14 DUN tersebut, 11 terletak di Seberang Perai.

(IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangguhkan kemasukan pelancong China.. Gelombang Hijau landa P.P?

Kita sokong Pas, yang menggesa kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong daripada China berikutan lonjakan kes Covid-19 di republik itu.

Bahaya tu..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Tak ker nanti dikatakan perkauman. Sebab yg dilarang cuma dari cina. Di sini ramai juga cina. Apa kata bro an. Telinga ada kena jentik.

Anonymous said...

Pakar kata bila kedah tutup premis judi, nanti ada black market. Itu kata pakar. Hebatnya.

Tapi sekarang pun banyak judi black market. Tidak pulak pakar kata bila judi dilesenkan, akan tiada black market.

Ini pakar taik kucing. Nak galakkan kerja jahat.

Kerja jahat ni hanya oleh dan untuk orang jahat. Pasti nya bukan orang pas. Tu sebab orang jahat tak suka pas. Ekstreme kata mereka.

Pas sangat jaga kebajikan. Termasuk jaga pemakanan halal. Politik yang ikut hukum. Kemanusiaan yang sejagat. Qatar telah menunjukkan kebajikan yang menggembirakan peminat bola sepak. Begitu juga kelantan, trengganu dan kedah.

Ayuh berubah.

Anonymous said...

Hapus kan judi online dolu.. ini paling mudah nak dibuat... SKMM sekat judi online.. SKMM ujudkan pemantau judi online ini... jika ada aduan judi online berikan saja link tsb pada pemantau dan sekat saja laman web tu... sekat link web dari meja bukan nak serbu permis punnnn...

Laman sugardaddy ok jer disekat.. judi online susah ke na di sekat atau dah kena kena rasuah dng bapak judi online...!!


itu pun tak boleh nak buattt....!! kanina SKMM

SKMM nak seribu daya tak nak seribu dalih...!!

Anonymous said...

Scammer dapat rampok jutaan ringgit dari jelata. Nasihat untuk jelata jer pun. Yang scammer tu tak pulak ada tindakan. Ada pakatan kut. Macam pakatan harapan. Harapan jer pun. Jadi belum tentu. Taklah kuat sangat untuk tunai janji.

Anonymous said...

Azam tahun baru. No rasuah. No salah guna kuas.
Hanya pas yang istiqamah dengan azam yang sejak dulu tolak rasuah dan tolak salah guna kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails