Monday, January 02, 2023

Tahun Baru, PAS terus gempur! Jangan ulangi PH. T/Ibrahim angkat sumpah..

 


1. Covid-19: Jangan ulangi kesilapan kerajaan PH dahulu 

KUALA LUMPURJangkaan kira-kira 300,000 pelancong dari China yang akan berkunjung ke Malaysia pada tahun depan adalah membimbangkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan perlu ambil tindakan tegas bagi menyekat kemasukan pelancong China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

“Ambil iktibar dari kesilapan PH pada dua tahun lalu. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut menyarankan agar kerajaan berwaspada dengan penularan kes baharu Covid-19 dalam kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.

CHINA BUKA SEMULA SEMPADAN: CEGAH DAHULU PENULARAN

PAS terpanggil dengan kenyataan Menteri Kesihatan Kerajaan PH-BN mengenai isu kemasukan pelancong asing khasnya dari negara China memandangkan penularan kes baharu di negara itu yang semakin serius.

PAS menyarankan agar kerajaan berwaspada dengan penularan kes baharu Covid-19 selepas China membenarkan rakyatnya mengembara ketika kes pandemik di negara republik itu melonjak sehingga 62,439 kes dalam seminggu.

Malaysia perlu mengambil iktibar daripada penularan wabak pada tahun 2020 apabila tidak melakukan langkah mencegah kemasukan pelancong yang berisiko membawa Covid-19.

PAS mencadangkan agar ditangguhkan secara sementara kemasukan pelancong dari China, memerhati perkembangan di China dan negara-negara lain yang telahpun menerima pelancong dari China sebelum membenarkan semula mereka masuk ke dalam negara.

Bagi pelancong yang telah berada di negara ini, mereka perlu dikenal pasti dan diperiksa tentang status Covid-19.

Sementara itu, rakyat juga dinasihatkan untuk kekal menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menitikberatkan penggunaan pelitup muka dan tidak berada di kawasan yang sesak. – HARAKAHDAILY 31/12/2022


2. Tuan Ibrahim ketuai Adun PN Pahang angkat sumpah 

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cheka yang juga Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai 17 Adun PERIKATAN NASIONAL mengangkat sumpah pada persidangan penggal pertama DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Beliau yang merupakan Ketua Pembangkang mengangkat sumpah selepas Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 Exco berbuat demikian.

Selepas beliau, disusuli Adun Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan diikuti semua ADUN PERIKATAN NASIONAL mengangkat sumpah.

Sebelum itu, bekas Adun Lanchang, Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Yang Dipertua DUN.

Wan Rosdy mengemukakan usul melantik Mohd Sharkar dan disokong Exco, Dato’ Seri Mohd Soffi Abd Razak manakala ADUN Bilut, Lee Chin Chen sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, PERIKATAN NASIONAL dan Barisan Nasional masing-masing memenangi 17 kerusi DUN sementara Pakatan Harapan 8 kerusi. – HARAKAHDAILY 29/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahun Baru, PAS terus gempur! Jangan ulangi PH. T/Ibrahim angkat sumpah..

Jom gempur terus!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

6 comments:

Anonymous said...

BEIJING: Wilayah perindustrian besar Zhejiang berhampiran Shanghai, China sedang bergelut dengan kira-kira sejuta jangkitan baharu COVID-19 setiap hari.

Jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata kerajaan wilayah itu pada Ahad.

Walaupun terdapat peningkatan rekod kes di seluruh China, tiada kematian COVID-19 dilaporkan di tanah besar selama lima hari hingga Sabtu lalu, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China semalam.

Rakyat dan pakar meminta data yang lebih tepat apabila jangkitan meningkat selepas Beijing membuat perubahan besar kepada dasar 'Sifar COVID-19' yang meletakkan ratusan juta rakyatnya di bawah sekatan tanpa henti dan menjejaskan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Anonymous said...

Kementerian Luar Maghribi akan mengenakan sekatan kemasukan pelancong dari China berkuatkuasa 3 Januari ini. Langkah itu diambil susulan peningkatan kes Covid-19 dan kelonggaran mengembara yang dibuat oleh China.

Anonymous said...

Bro An kata dah turun 22 ke 8. Sanusi kata yang 8 tu mungkin halal. Lok lak juga si liberal. Tapi kelantan trengganu dan kedah dah hapus terus. Bukan 22. Bukan 8. Tapi 0.

8 tu sebab nak ambik hati parti yang beri kerusi semayam. Gitu lah bila nak kerusi.

Anonymous said...

Kanada, Australia, Sepanyol dan Maghribi menjadi negara terbaharu yang mengenakan sekatan perjalanan ke atas ketibaan pengembara dari China berikutan lonjakan kes COVID-19 di sana.

Memetik kebimbangan mengenai gelombang jangkitan baharu dan kekurangan maklumat mengenai varian dari China, lebih daripada 12 negara telah mengenakan sekatan baharu COVID-19 ke atas pengembara dari China.

Anonymous said...

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berharap pasukan ini akan terus bersemangat dalam menyumbangkan bakti kepada mereka kepada negara tercinta.

Anonymous said...

Pihak pendakwaan terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Dalam petisyen rayuan difailkan semalam, pendakwa raya selaku perayu mengemukakan 14 alasan tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa terhadap persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes itu.

Pendakwa raya mendakwa Hakim Mohd Yazid terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan ia gagal membuktikan kes prima facie dan gagal menilai secara menyeluruh keterangan bagi membuktikan setiap elemen kesalahan dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails