Monday, January 09, 2023

Seks bebas, homoseks itu bukan penyakit, WHO gila! &11,807 kes Covid-19 masih aktif.

 


1. Pengaruh liberal dalam bidang kesihatan?

BESAR cabaran kita apabila WHO sendiri mengeluarkan kegiatan perbuatan seks bebas seperti Homoseks itu bukan sejenis penyakit. Tetapi memasukkan komplikasi kepada kegiatan itu seperti HIV dan penyakit berjangkit kelamin sebagai satu kategori penyakit. 

Sebelum ini dalam International Classification of Diseases (ICD 10), kecelaruan gender (Gender Incongruence) duduk dalam kategori mental dan behavioural disorder. Selepas ini nanti review semula dalam ICD 11, kecelaruan gender akan duduk bawah kategori conditions related to sexual health.

Kenapa WHO ubah? Kerana alasannya untuk elak stigma tambahan pada golongan tersebut. Berikut kenyataan WHO;

“2020, we have a better understanding of the issues surrounding this condition, and they are not related to a mental health condition. Treating gender incongruence in a mental health chapter was causing additional stigma for an already stigmatized condition. WHO officials added the hope that adding this condition to a sexual health chapter of the ICD codes would “help increase access to care for health interventions” and “destigmatize the condition.””

Bahkan bukan setakat itu sahaja, di negara Barat sudah pun diiktiraf Penjagaan Kesihatan Pengukuhan Gender (gender-affirmative health care). GAHC ini membantu individu trans (menukar jantina) supaya berupaya menghadapi cabaran hidup yang mungkin dihadapi sama ada sudut social, psychological, tingkah laku atau bantuan perubatan (seperti rawatan hormon atau surgeri).  

Saya cukup bimbang jika perkara yang sama yang sejak sekian lama diperjuangkan oleh golongan liberal di luar sana terus menyerap masuk dalam negara kita. Ya, sebagai doktor mungkin kita akan merasa pasrah dan terlalu ‘desperate’ sehingga tidak boleh berbuat apa-apa dek kerana kita mempunyai etika kedoktoran. Doktor tidak boleh mendiskriminasikan pesakit yang telah terstigma dalam suasana orientasi seks mereka. Namun jauh di lubuk hati kita sebagai seorang manusia dan juga mempunyai nilaian adat budaya serta pegangan agama perlu mengembalikan dan membawa mereka supaya tidak terikut-ikut dengan budaya Barat tersebut. 

Adakah salah daku berpegangan sedemikian? atau masih lagi dituduh sebagai pendiskriminasi atau penghukum? Tolong betulkan pandangan saya!

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 3/1/2023


2. COVID-19: 360 kes jangkitan harian, 1 kematian dicatat . 
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 11,807 kes Covid-19 masih aktif.

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan setakat semalam, dengan 360 kes dilaporkan, berbanding 420 pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 359 kes jangkitan tempatan dan 1 kes import.

Satu kematian dicatatkan.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,027,457 kes, dengan 44,712 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 11,807 kes masih aktif, termasuk 30 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 580 pesakit atau 4.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 423 pesakit dilaporkan sembuh.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seks bebas, homoseks itu bukan penyakit, WHO gila!   

..&11,807 kes Covid-19 masih aktif.

7 comments:

Anonymous said...

Yang paling ramai gila bila judi turun 22 ke 8.
Yang 8 tu halal.
Boleh masuk akaun dana pilihan raya.

Gila nombor dua yang suka mabok mabok.
Bila mabok boleh lgbt.
Yang waras, praktis normal bukan songsang.

Sekarang sedang bincang nak stabil harga babi.
Isu yang bukan kaleng kaleng.
Kata menteri.

Anonymous said...

PBB dan WHO adalah pertubuhan dunia yang bermatlamat/berpaksikan kehidupan tidak bertuhan, jadi apa nak hairan?

Anonymous said...

Hari pertama bekerja terus bincang bagaimana nak stabilkan harga BABI. Itu kata menteri PH...

zack said...

Kahkahkah isu nk stabil harga babi pun depa bawak masuk mesyuarat kabinet.. Ini lagi giler, apa penting sangat ke babi? Makanan semua rakyat malaysia atau dapigs nk test water mungkin lepas ni boleh ternak babi lagi lgi besar besaran diseluruh ceruk pelusuk perkampungan melayu islam.. Ni lah bahananya bila umnodapigs bersekutu.. Dewan perniagaan cina atau apa saja boleh tentukan xpayah masuk kabinet mesyuarat pun.. Alahai hoi ya hoi..

zack said...

Kita namakan mereka menteri camna agaknya.. Mesti ok xmarah..

zack said...

Menteri babi! Tertinggal pasal syok dan ghairah.. Hahaha

Anonymous said...

Depa dah tak nak berkawan dengan orang melayu dah.
Sebab dah ada juah dari dap.
Babi jadi keutamaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails