Thursday, January 26, 2023

Madani acuan barat, gagal.. & ‘tamadun luar tabii’..

 


1. Madani acuan barat menuju kegagalan

KUALA TERENGGANU: Konsep ‘Malaysia Madani’ yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini diramal menempah kegagalan sekiranya menjadikan barat sebagai rujukan pentadbiran.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kalimah madani perlu diterjemah dengan makna sahih dan amanah yang wajib diamal mengikut perintah Allah.

“Acuan madani selain daripada petunjuk Allah dan teladan Nabi pastinya menterjemah kegagalan seperti yang berlaku kepada tamadun sebelum ini bahkan sedang membakar tamadun sekarang.

“Di negara kita, penjajah sudah keluar namun dasar penjajah masih lagi diamalkan. Islam masih tidak diamalkan sepenuhnya, Islam tidak lagi mentadbir dan memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Negara Madani Acuan Allah’ dalam Program Meet & Greet Halaqah Darul Iman (HaDI) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Neger, Dato’ Yahaya Ali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri, Senator Dato’ Husain Awang serta seluruh ahli kelab Wisma Darul Iman.

Abdul Hadi yang juga mantan Menteri Besar Terengganu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan pelbagai fahaman barat yang kian meresap.

“Umat Islam tidak boleh terpengaruh dengan idea civil society yang dibawa oleh mereka yang tidak beriman.

“Lagi malang bagi Ilmuan Islam yang turut terperangkap dan terpengaruh dengan ideologi tersebut,” tambahnya.

HaDI menjadi program bulanan bagi penjawat awam di Terengganu bagi meningkatkan kefahaman tentang Islam sejak dilancarkan awal tahun lepas. – TRDI.my


2. Inikah ‘tamadun luar tabii’ yang hendak diikuti? 

SATU lagi kajian dikeluarkan oleh Pakar Perubatan di UK. Nama kajian adalah PROUD Study yang mendapati keberkesanan pemberian PrEP terhadap golongan MSM hanya 86 peratus sahaja. 

Kajian ini mengambil sampel dalam golongan yang di bawah kawalan dan hanya di bawah pemantauan serta preskripsi ubat oleh Pakar Perubatan penyakit berjangkit di klinik yang khas sahaja. 

Kajian ini masih dalam progress dan belum pun habis, tetapi dapatan awal boleh diperolehi seperti yang dinyatakan di atas. 

Nah! Lihat negara UK sendiri pun cukup berhati-hati di dalam pemberian ubat PrEP ini. Sebagaimana yang kita tahu UK adalah satu daripada negara yang cukup panjang perjuangan pengiktirafan golongan di luar tabii ini. 

Sejak daripada 1,533 lagi terdapat kumpulan yang begitu tegar berjuang tegakkan seks sesama jenis sehinggakan pada tahun 1970 kumpulan tersebut telah pun membentuk satu persatuan Gay liberation Front. 

Akhirnya pelbagai pindaan akta telah dibahas, ada ketikanya mendapat tentangan dan ada masa disokong. Sejak 2013 negara UK telah luluskan perkahwinan sesama jantina dan iktiraf LGBT. Saya tampal semula statistik di sana: 

“More than 1.3 million people in England and Wales identify as lesbian, gay or bisexual, census data has revealed for the first time.
“For people aged 16 and over, more than 1.5% – 748,000 – identify as gay or lesbian, and 624,000 (1.3%) as bisexual.
“Some 165,000 people identify as “other” sexual orientations.
“And 262,000 people (0.5%) said their gender identity was different from their sex registered at birth.”

Inilah sebenarnya punca kebimbangan, asakan demi desakkan yang boleh mengheret kita mengikuti ‘tamadun’ mereka. 

Kita yang berada dalam apa jua bidang sekali pun sama ada bidang politik, ekonomi dan juga perubatan yang setiap waktu akan mudah digasak oleh mereka yang sudah celaru itu. 

Akhir sekali kita terpaksa membuat keputusan yang terdesak dan sedikit demi sedikit memasuki lubang itu. 

Tujuan saya menyatakan di sini supaya kita mengambil ibrah dari apa yang berlaku. Di mana sedikit demi sedikit kita dihimpit dengan kefahaman liberal dan normalisasi sehingga terpaksa membuka ruang-ruang fitnah dalam masyarakat. 

Niat kita baik adalah untuk menghindarkan penyakit umat, tapi dalam masa yang sama kita menggali lubang yang ‘dalam’ itu. 

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 25/1/2023

4 comments:

Anonymous said...

Harga bahan mentah makanan tidak turun sejak 2020, kata Mydin. Masa terbaik untuk wujudkan rangkaian kartel mafia Melayu..!!

Rafizi nak goreng rakyat atau nak geli geli kan walaun bodoh bodoh dng formula bangang sekadar nak bagi walaun terkinja kinja rupanya..

Rege bahan asas utama makanan tidak turun malah tidak juga menunjukkan trend berkurangan sejak 2020, kata pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Ameer Ali Mydin.

Mydin adalah sebuah rangkaian pemborong dan peruncit terbesar di Malaysia.

Harga bahan mentah yang dipakai oleh peniaga makanan sebaliknya naik antara 10% hingga 15% pada tempoh yang sama, katanya.

“Nak kata harga ayam, tak turun. Nak kata telur, tidak cukup. Nak kata daging, harga memang sudah lama naik. Kalau tepung atau gula, harganya stabil tapi tidak turun,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

Ameer mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini yang menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran turun.

Masa terbaik wujudkan rangkaian kartel kartrl mafia Melayu selesa 60 tahun dibawa kartel mafia mata sepet LeeKwanYew@ DAP ...

Ini masa wujudkan beratus ratus taikun Melayu menguasai perkhidmmatan, servis, bekalan pembuatan dan supplier dikalangan kartel kartel mafia Melayu...

Kartel gabunagan Pertubuhan Peniaga Melayu, gabungan kartel Pekida, Kartel NGO NGO Melayu Islam dan mafia mafia Pengguna Melayu dan gangster gangster Melayu...Semua Kartel Mafia Melayu kena tunjukkan solidariti misi dan visi yang jelas bersaing dengan taikun kartel kartel Cina ini

Kena jadi kurang ajar, kena jadi mafia gangster Melayu dan kena NGO dan Persatuan Melayu kena ujudkan rangkaian kartel kartel mafia Melayu..

Ayohh..!! PRN ini kita ubah semuanya supaya barua barua Melayu DAP@ LeeKwanYew kita lingkup kan dulu dari tampuk kekuasaan...

Celah mana harga bahan turun..!? Harga barangan mentah makanan tidak turun sejak 2020, kata Mydin.

Dari nak lawak bodoh sambil nak geli geli kan rakyat harga barang dah turun, helok juga Rafizi beri formula formula turun harga..!! Kan dia menteri formula pH..!!

Anonymous said...

Merepek juga geng umno. Depa yang kata pas rasuah. Depa pulak yang minta pas tunjuk bukti yang tidak rasuah.

Kamu yang bukak kes. Kamulah sediakan bukti. Bukan tak biasa.

Macam wak. Pendakwa sedia bukti.

Anonymous said...

Dulu 90 juta. Sekarang sedekah rasuah.

Kesian walaun liberal.

Anonymous said...

Jika umno kata ada bukti rasuah, dedahkan. Bawak ke mahkamah bukti tu. Supaya semua orang tahu. Katanya ada video.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails