Wednesday, January 04, 2023

Lagi, mabuk punya hal.. lawan arus. & dirogol inspektor.

 

Gambar tangkap layar. Sebuah lori dipandu lawan arus merempuh kenderaan di lebuh raya Linkedua-Tanjung pada petang hari ini.

1. Pemandu lori lawan arus bawah pengaruh alkohol

ISKANDAR PUTERI: Tindakan seorang pemandu lori melawan arus di lebuh raya Linkedua-Tanjung Kupang di sini, hari ini nyaris meragut nyawa beberapa pengguna jalan raya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian sebelum kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Kupang.

itu pada jam 4.31 petang hari ini.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 13 anggota dihantar ke tempat kejadian dengan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Syuhaidy Fazly Yahya.

"Kemalangan membabitkan lori lima tan yang dipandu melawan arus sebelum merempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz E250 dan kereta jenis Nissan Almera.

"Pemandu kereta Mercedes Benz E250 iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan.

Lelaki berusia 41 tahun yang memandu lori tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Nissan Almera iaitu seorang wanita berusia 46 tahun juga selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pemandu lori berkenaan didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan awal mendapati pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan sebaik tiba di R&R Gelang Patah menghala ke selatan, suspek lori terlepas susur ke PTP.

"Dia kemudian memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta yang berada di laluan itu," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.


2. Remaja dakwa dirogol inspektor, kesan air mani ditemui pada cadar 

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit dan walaupun ketakutan, dia hanya mampu membiarkan inspektor terbabit merogolnya.

PETALING JAYA: Seorang remaja membuat laporan mendakwa dirogol pegawai berpangkat inspektor di sebuah balai polis di Kedah pada Rabu lalu.

Sumber dipetik Harian Metro berkata, gadis berusia 16 tahun itu membuat laporan tiga hari kemudian mendakwa dirogol inspektor berusia 30-an itu ketika berada di bilik pejabatnya di IPD berkenaan kira-kira 6.30 petang.

Katanya, mangsa pada mulanya dipanggil pegawai polis terbabit ke IPD untuk membantu siasatan kes rogol membabitkan dirinya yang dikatakan dilakukan bapa tirinya.

“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan memintanya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan terhadapnya.”

Sumber itu berkata, inspektor terbabit kemudiannya memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik itu dalam keadaan bogel.

Tetapi pada masa sama, katanya, pegawai polis itu gagal mengawal nafsunya dan merogol mangsa.

“Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.

“Walaupun takut, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan.

Menurut sumber itu, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit, sebelum diminta memakai pakaian semula, selain diberitahu kes itu belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

Katanya, mangsa yang sudah tidak bersekolah dipanggil ke IPD memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan di hospital, susulan laporan dibuatnya Sabtu lalu.

“Sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal.”

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan itu dan penahanan pegawai terbabit, tetapi enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan. (Sumber I FMT Malaysia)

Komen Weblog Ibnu HasyimLagi, mabuk punya hal.. lawan arus.  & dirogol inspektor.

Semuanya kerja-kerja maksiat, patut didisiplinkan dengan 'patuh syariah'. 

Al-hamdulillah, Islam menjamin keselamatan. Bukan Islam itu ekstrim seperti yang didakwa oleh si 'dungu politik'.

8 comments:

Anonymous said...

Siri 1 , Nasihat pada Abg Jo : Kg Baru Melayu KL vs Kg Cina Kepong KL

Orang Melayu juga tak suka pemimpin Melayu Mcm ini. Keluarga penghasut, adu domba fitnah sama seperti keluarga Tun

Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...

https://pakdin-my.cdn.ampproject.org/v/s/pakdin.my/residensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab/?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16416084484379&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fpakdin.my%2Fresidensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab%2F

Padan muko kelian yang termakan hasutan Nurul Izah semasa jadI MP Pantai Dalam dolu.

Nurul terkinja kinja di Istana Bukit Segambut yg terhasut ditinggal terkontang kanting.

22 tahun dolu ada sekor mamak jadi belukang tanah di Kg Baru... broker belukang menyebabkan prnduduk Kg Baru lokos kena kencing oleh mamak ini. Akhirnya perniagaan 'Buisness Fokus' melingkup satu satu dan gelaran Datuk pun ditarik balik...

Datuk broker@belukang ini akhirnya lesap ke luar negara dengo2 melingkup ke Afrika Selatan... macam Jho Low jugak lah lesap melingkup tah ke mana ada yg kata jadi beruang ini berlaku semasa PM ke 4 dan PM ke 7 dan 10 berkuasa... mcm sial akhirnya..!!

Anonymous said...

Siri 2 , Nasihat pada Abg Jo : Kg Baru Melayu KL vs Kg Cina Kepong KL

Soalan mantan Mentri Wilayah@belukang tanah yg tak kesampaian nak sapu tanah Kg Baru menyoal soalan yg bodo dan nampak bangang. Adakah pembangunan Kg Baru dikatakan pembangunan secara runcit dan tak effektif.? Sedangkan kertas bluprint dan plan susunatur Kg Baru sudah diwartakan..!? Soalan klise yang tak mengambarkan IQ seorang menteri.

Sedarkah di Kg Baru ada 3 pembangunan berskala mega sudah tertegak depan biji mata org Kg Baru sekarang ini...!? Pemaju orang tempatan Kg Baru sendiri.

Beliau seorang gelaran Datuk memiliki ciri ciri seorang pemaju Melayu dan projek pembangunan nya yg berjaya dilakukan semasa era Najib sebagai perdana menteri.

3 Projek kondo dan servis apartment hampir 100% sudah terjual oleh pembeli bumiputra sahaja. Sbb syarat jualan khas untuk Melayu bumiputra sahaja dan Melayu mampu membeli hampir keseluruhan unit unit kondo dan pangsapuri tersebut..!!

Tahu kah mantan menteri dan menteri Wilayah saiz keluasan ke tiga projek tersebut... lets me explain slowly and clearly sebelum menteri jadi belukang tanah.

Saiz setiap keluasan tanah tersebut kurang dari 1 ekar... saya ulangggg.. kurang 1 ekar sahaja. Projek kondo ini lebih dulu siap walau masa pendemik Covid 19 melanda jika dibandingkan dengan projek 'non malay' lebih dulu dibuat smpi skg tak siap lagi diseberang sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Baru...!!

Hanya kurang 1 ekar dengan bilangan unit unit kondo dan servis apartment yang sudah terjual hampir RM400 jota..!! Nilai GDV bagi keluasan tanah kurang 1 ekar saja mencecah RM400 juta untuk satu projek.

Bayangkan nilai GDV bagi 3 projek yang sudah pun tegak siap, terjual dan diduduki dengan keluasan setiap projek itu kurang dari 1 ekar... Pemaju Melayu Bumiputra ini sudah memiliki GDV bagi keseluruhan 3 projek dng jumlah keluasan lebih kurang 3 ekar sahaja nilai GDV hampir RM 1 billion..!!!

Yang pelik mantan menteri wilayah tak tahu apa yang disoal dan tidak tahu apa yang dinilai berkenaan tanah di Kg Baru.

Spatutnya tugas Menteri Wilayah hanya lengkapkan infrastruktur yang kondusif dan teratur supaya pembangunan Kg Baru dapat dimajukan secara total...

Renung renungkan menteri sekalian renung renungkan wahai penduduk melayu Kg Baru jangan mudah nak gadai tanah dan sedekah tanah Kg Baru semudah sedekah kan Pulau Batu Putih ke Singapura dulu... cukup cukup la otak otak bangang gadai sana gadai sini dihentikan...!!

Asal ada tanah suma nak jual. Beri pada penduduk Kg Baru fikirkan terbaik utk tanah mereka. Kerajaan perlu jadi penisehat saja. Jadi kan pemilik pemaju seorang Datuk ini sebagai role model kelian bukan untuk dicemburui dengan hasad dengki...!!

Dari dolu lagi dah pesan bawak otak bukan pisau. Kalau kampung sendiri pun tak bawak otak... elok lah pisau tu dicucuk kat badan sendiri... tumpooo bebenoo yeopp..!!

Anonymous said...

Siri 3 : Nasihat pada Abg Jo : Kg Baru Melayu KL vs Kg Cina Kepong KL

Kampung Baru Cina di Jinjang dan Kepong sudah transform jadi Bandar Metropolitan yg hebat.

Kampung Baru orang Melayu harus setanding Kg Baru Cina di Kepong dan Jinjang.

Faktor mudah kenapa Kg Baru Kepong dan Jinjang transform jadi Kota Metropolitan sebab MP dan Wakil Rakyat kaum Cina lebih menekankan perlunya kemudahan infrastruktur yg moden dan canggih baru lah Kg Baru Cina tsb boleh di bangunkan...!!

Stesen Projek MRT dibawah Najib sedang dibangunkan di Kg Baru mari kita tengok infrastruktur yg kondusif akan melonjakkan tanan di Kg Baru. Perlukah Menteri Wilayah bertindak jadi broker dan belukang tanah..!?

Nnpk tak MP dan Wakil Rakyat kaum Cina mengeksploitasi kerajaan supaya menyediakan pasarana infrastruktur yg moden di tempat mereka... sebab mereka bawa otak bukan otak belukang bagi majukan tempat mereka..!!

Berbanding dengan MP dan wakil rakyay Melayu suka jadi broker dan belukang tanah. Otak bangang mengadai tanah sana sini masih tebal ..!!

Bawak otak bukan bawak pisau kat kawasan sendiri....!!

Pada mantan menteri wilayah kalid samat next PRU 16 otak MP jenis mcm ini elok dilingkupkan terus...

Ramai lagi MP Melayu jenis ini yg bawak pisau ditempat sendiri bila PRU 15 nnti perlu dilingkupkan dan disimen terus...!!!

Calon MP Melayu Ampang yg favor pada skim pinjaman along semasa Pandemik Covid 19 hari itu pun patut di simen trus PRU 16 nnti...!!!

Ramai lagi MP Melayu yg bertindak bawa pisau ditempat masing masing dalam dalam senarai untuk di lingkupkan dan simen PRU 16 nanti..!!

KHALAS

Anonymous said...

Syukurlah belukang2 otak udang ni sudah dihapuskan!

Anonymous said...

Siri Akhir : Nasihat pada Abg Jo : Kg Baru Melayu KL vs Kg Baru Cina Kepong KL

Teringat kisah penduduk Kerinci Residensi apakah nasib penduduk yang termakan hasutan pemimpin Pakatan Harapan sekarang ini...!

Penduduk termakan hasutan Nurul Izzah kini menyesal - Najib

https://m.malaysiakini.com/news/373868

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini cuba menggagalkan pembangunan semula flat empat tingkat di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur dengan menyifatkan ia demi kepentingan politik semata-mata. Apakan nasib penduduk yang termakan hasutan pemimpin Pakatan Harapan itu sekarang..!?

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1

Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

Jika dahulu penduduk flat berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971, namun kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2017/02/residensi-kerinci-18-tingkat-tanpa-apa.html?m=1

Pada penduduk yang termakan hasutan MP Lembah Pantai Pemimpin Pakatan Harapan masa itu... ada otak guna bukan letak kat lutut sepanjang hayat... padan muko..!!

lu fikir lah sendiri...!!

#lingkupkanbaruaDAP@LeeKwanYewPRU16

KHALAS

Anonymous said...

Hanya Najib saja yang mampu kalahkan Zahid Hamidi dan Tok Mat sekali gus melenyapkan kuasa Brother Anwar Bin Ibrahim..

Bahkan mereka angkuh mengatakan UMNO adalah ‘king maker’ politik sedangkan hakikat nya UMNo semakin pupus dan ditolak kaum Melayu..

Tidak keterlaluan katakan sekali lagi, bahawa pengundi UMNO celaru, keliru dan tidak boleh menerima tindakan Presiden UMNO memuji-muji Anwar dan DAP.

DAP hanya akan menang di kawasan majoriti besar Cina. Kawasan majoriti Melayu, DAP tidak laku, kecuali UMNO bersama DAP. Pastikan PN kuat di Semenanjung. Ultra kiasu cukup takut dengan kamu.

Dibuatnya pilihan raya segera kerana tersangat yakin yang mereka bukan sahaja boleh menang dengan bersendirian tanpa bantuan PAS dan lain-lain parti Melayu. Malah mendakwa mampu peroleh 2/3 kuasa Parlimen. Sedangkan PRN Melaka Sarawak dan Johor semua nya itu pengaruh dan aura Bossku..!!

Jauh sekali kemenangan 3 PRN tersebut pengaruh Zahid dan Tok Mat...!! Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO sekarang ini..!!

Zety mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.

Di hitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah 23 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?

Kes Mohd Nazlan Ghazali, Zeti Aziz dan Tawfiq Ayman masih ‘terperuk’ di Pejabat Peguam Negara sehingga hari ini.

Hanya dekor Cina Jho Low saja dimana semua PM yang ada lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!! Zety depan lubang hidung pun tak mampu ditangkap mereka..!!

Apa tindakan pemimpin UMNO semua buat diam dan buat bodoh semuanya selepas PRU 15 tadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO setelah mereka menadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Anonymous said...

Semalam kita ada menteri yang sebuk jual reserve melayu. Hari ini kita menteri yang jaga harga babi..
Tiada beza atok ngan abam.

Anonymous said...

Pengerusi seven eleven jatuh kepada bekas su abam. Ingatkan dah pupus kroni. Rupanya hampa belaka. Sama sama naik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails