Tuesday, January 03, 2023

Judi: Syabas Kedah! -Mufti PP. Tahniah -DUPAS.

 

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

1. Syabas Kedah! - Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, mengucapkan syabas kepada Kerajaan Kedah kerana mengambil serta melaksanakan pendirian tegas menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri itu.

Wan Salim berkata, pengharaman judi dan minuman arak ke atas umat Islam sudah dinyatakan secara jelas dalam kitab suci al-Quran (Surah al-Maidah: 90-91).

Beliau menjelaskan, sebab pengharaman itu sebagaimana dinyatakan dalam ayat sama ialah arak dan judi diperalatkan oleh syaitan bagi mencetuskan perseteruan serta kebencian dalam kalangan anggota masyarakat, selain menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT dan menunaikan solat.

"Al-Quran juga ada menyebut bahawa antara fungsi utama pihak yang diberi kuasa pemerintahan ialah menyuruh kepada kebajikan, mencegah kemungkaran dan memastikan solat didirikan oleh masyarakat yang beragama Islam (Surah al-Hajj: 41)," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya, kelmarin, susulan keputusan kerajaan negeri itu untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian yang tamat tempoh pada 31 Disember lalu.

Sehubungan itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan berkenaan yang diputuskan pada November 2021.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, bagaimanapun terdapat dua perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dalam isu terbabit.

Pertama, beliau berkata, hukum Islam hanya mengikat umat Islam, manakala orang bukan Islam pula tidak boleh dipaksa mengikut hukum Islam, termasuk dari segi mematuhi larangan berjudi dan minum arak.

"Kedua ialah membanteras sesuatu perbuatan mungkar perlu dilaksanakan secara berhikmah. Ia bagi mengelakkan reaksi yang berkemungkinan boleh menyebabkan suasana menjadi kucar-kacir serta huru-hara dalam kalangan mereka yang tidak memahami sebab larangan berkenaan, bukan saja orang Islam tetapi juga bukan Islam," katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, memandangkan situasi di Pulau Pinang agak berbeza di mana masyarakat bukan Islam mewakili kira-kira separuh daripada bilangan penduduknya, beliau berpendapat pihak berkuasa boleh membenarkan premis judi terus beroperasi di negeri ini tetapi hendaklah dihadkan kepada masyarakat bukan Islam saja.

Beliau menekankan, orang Islam mesti dilarang mengunjungi premis berkenaan dengan penguatkuasaan peraturan yang ketat dan tegas.

"Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa agama Islam dengan bantuan polis memantau premis berkenaan secara konsisten. Jika ada mana-mana orang Islam didapati terbabit kegiatan judi atau loteri, maka hendaklah dikenakan hukuman keras.

"Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) perlu mempertingkatkan lagi kempen membanteras amalan berjudi dalam segala rupa bentuk dan sentiasa mengingatkan masyarakat Islam supaya tidak terbabit amalan haram ini.

"Peringatan itu boleh dibuat melalui khutbah Jumaat dan program ceramah serta kuliah di masjid dan surau di negeri ini," katanya. (BH)


2. Tahniah Kedah: Tegas selamatkan rakyat daripada bahana judi  

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas ketegasan menghapuskan lesen premis perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Pelaksanaan dasar itu sekali gus memenuhi sebahagian daripada tuntutan Al-Quran sendiri yang mencegah umatnya daripada najis judi.

Tindakan sedemikian menjadikan Kedah negeri ketiga selepas Kelantan dan Terengganu yang menamatkan lesen premis perjudian di bawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS.

Diharapkan dasar ini berterusan dan najis judi tidak lagi bertapak di bumi Jelapang Padi.

Di sebalik pelbagai reaksi yang meragui kemampuan negeri meneruskan kelangsungan akibat penutupan premis judi ini, Kedah mendapat pelaburan tertinggi dalam sejarahnya sepanjang tahun 2021, menghasilkan deretan projek mega berimpak tinggi selain berjaya menghasilkan ratusan ribu peluang pekerjaan di negeri itu.

Alhamdulillah, satu pintu kerosakan ditutup, jutaan pintu keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah dibuka. Inilah tunjang keberkatan daripada Yang Maha Esa, insya-Allah.

DUPP ingin menyeru Kerajaan Persekutuan supaya turut mempunyai tekad politik yang sama.

Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini. Ketengahkan dasar yang mendidik rakyat dalam neraca manusiawi yang betul berpandukan agama.

DUPP yakin dan percaya bahawa tidak ada dapatan yang menunjukkan aktiviti perjudian boleh membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Ia hanya ilusi ibarat sebuah fatamorgana.

Bahkan, lebih malang aktiviti perjudian sebaliknya membawa kepada keruntuhan moral serta mengganggu keharmonian keluarga dan masyarakat.

Justeru, pelaksanaan dasar yang tegas terhadap judi wajar dilaksanakan tanpa syarat.

YB USTAZ DATO’ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat
9 Jamadilakhir 1444 | 2 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 2/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Judi: Syabas Kedah! -Mufti PP. Tahniah -DUPAS.

Al-hamdulillah. Melihat sejarah penubuhan PAS pada tahun 1951, ulamak-ulamak dalam UMNO terpaksa keluar dari UMNO, kerana mempertahankan 'haram'nya judi loteri yang dilaksanakan oleh UMNO pada waktu itu, sehingga lahirnya PAS.

Lihat & rujuk..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim

8 comments:

Anonymous said...

Mana pergi nya "Formula Hari Ini ke Putar Jaya Esok Harga Minyok Turun....!?"

Harga ayoom dan telur pun, tidak dapat dibendung, demikian juga sayur mayur, harga makanan laut juga tidak dapat dibendung, apa tah lagi barangan lain.

Nescafe 3 ini 1 dalam paket original yang berisi 25 sack sebelum pandemik Covid-19 dijual di Speedy99 RM9.99 kini berharga RM10.99, akan tetapi di jajaran pasar raya CKS dijual pada harga RM14.99.

Perbezaan harga di dua setor kerana perbezaan tarikh luput. Murah kerana tarikh luput singkat, mahal kerana tarikh luput lebih lama.

Buah-buahan pula, cukup ketara kenaikkannya. Buah papaya misalnya, biasanya penulis eli pada harga RM2.50 sekilo sebelum pandemik Covid-19, sejak akhir-akhir ini telah meningkat pada harga RM4.50, itu lah sebabnya, sebiji berharga antara RM7-10 di CKS Bundusan.

Makanan laut, misalnya ikan beliak mata/ujirashid kini berharga RM18.50 sekilo berbanding sebelum ini antara RM3-5.50 sekilo.

Ikan kekek mak iloi iloi pun sudah RM12.50 sekilo, jangan kata ikan basung (sudah menjadi ikan pilihan kerana kegemaran restoran-restoran kecil atau gerai-gerai makan) kini dijual antara RM16-18 sekilogram. Tulur dah naik..!! Hargo Minyok turun naik... Balun Cinadoll tetap naik..!!

Bayangkan ikan basung adalah ikan termurah sebelum ini, kini bukan lagi murah, tetapi lebih mahal daripada daging ayam!!!.

Bagaimano pulok amanot taun baru PM ke 10 kekayaan berbillion billion yang dipunggah semasa pemimpin2 jadi mintri kewangan dolu nak dirampas dari anak cucu dan kroni memasing..!?

Takkan gebang saja..!!

Mana pergi nya Formula Rapiji ni..!? Ooo Rapiji tengah betapa dlm gua nuntut dng tok guru mintok formulanya...

Anonymous said...

Alasan ada bangsa lain yang main judi. Haramkan saja. Bukan turun 22 ke 8.
Kat kelantan pulak mereka tentang perlaksanaan Islam.

Anonymous said...

Anwar pengerusikan mesyuarat PH peringkat pusat sebelum Tahun Baharu Cina – Guan Eng. Power betul mat cina ni.

Anonymous said...

Bertambah2 kasih dan sayang kepada pemimpin dan kerajaan Kedah! InsyaAllah negeri2 lain akan menyusul dan mengikut jejak Kedah selepas PRU negeri2 tahun ini.

Anonymous said...

Harap pihak polis/SKMM lebih agressive memantau, menyiasat dan mendakwa dakwaan judi pasaran gelap!

Anonymous said...

judi online tak susah pun nak sekat.. web sugardaddy.com okey jer selamber boleh sekat... judi online sekat jer laman web tu... abis citer

bukan nak pergi rampuh permis pun.. sekat online lingkup ler suma


nak sibu daya tak nak sibu dalih..

Anonymous said...

Tubuhkan satu jawatankuasa aduan orang ramai judi online secara online..

Kumpulkan semua laman laman web judi online dalam dan luar negara tsb..

Langkah akhir... sekat ajer ler laman web itu...

Pulis boleh pantau, SKMM lagi lah boleh pantau dan sekat...


Nak sibu daya tak nak sibu dalih...


Atau duit kau tim dah masyukkk oleh tokey judi online....

Keje senang pun liat nak buat... Acah acah power Islamik kott



Lantokkkk la yeopppp oiiii... skg ni yeop yang berkuasa



kikiko

Anonymous said...

Macam judi on line lebih advance banding penguatkuasa.
Yang penguatkuasa mungkin kurang inteligent banding the crook.
Jaga sejahtera rakyat, bukan lindung sejahtera judi.
Ganti kerajaan sudah.
Judi on line masih tak sudah.
Susah sangat ker nak faham.
Yang judi itu haram.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails