Wednesday, January 11, 2023

Ini bukti k'jaan PM10 gerun.. 3 perkara

 



1. Mengapa panas bila kami menjalankan tugas?

DAP dan parti Warisan (yang kalah di semua kerusi yang ditandinginya) Pulau Pinang mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan telah bertindak melampau apabila berkunjung ke Sunway Carnival Mall Butterworth baru-baru ini atas alasan mahu berunding dengan pihak pengurusan berkenaan promosi jualan arak di premis Mall berkenaan.

Mengapa pula seorang Ahli Parlimen yang diangkat oleh rakyat tidak boleh menjalankan tugasnya mewakili suara rakyat?

Ustaz Fawwaz sendiri menyatakan yang beliau menerima aduan dari pengunjung Muslim yang tidak selesa dengan promosi arak secara besar-besaran di premis berkenaan. Salahkah beliau mewakili kepentingan rakyatnya sendiri?

Kononnya menurut ADUN DAP Daniel Gooi Ahli Parlimen PAS itu tidak punya ‘locus standi‘ atau hak perundangan untuk campur tangan dan keberadaannya di premis itu mengganggu ketenteraman awam.

Adakah seorang Ahli Parlimen tidak berhak memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya? Tiada konfrontasi atau ketegangan pun yang berlaku sepanjang kunjungan YB PAS itu, mengapa pula DAP dan Warisan yang kepanasan?

Malah menurut laporan pihak pengurusan telah duduk berbincang secara harmoni dengan YB dan akhirnya bersetuju membuat beberapa pengubahsuaian dalam tempoh seminggu.

YB bukannya melarang atau menghalang promosi arak kepada bukan-Muslim cuma beliau minta agar diadakan beberapa pengubahsuaian kerana Mall itu juga dikunjungi masyarakat Islam. 

Syabas YB kerana mengambil pendekatan berunding dan bersungguh membawa suara rakyat yang diwakilinya.

DAP dan parti nyamuk seperti Warisan janganlah panas dan meracau apabila Ahli Parlimen yang dipilih oleh suara rakyat menjalankan tugasnya.

Kita pernah lihat sebelum ini tindakan wakil rakyat DAP lebih agresif lagi sehingga memaki hamun dan mengganggu tugas penjawat awam. Lupakah kita insiden melibatkan bekas Ahli Parlimen Bentong DAP Wong Tak dulu, Ronnie Liu yang mengganggu pegawai polis dalam menjalankan tugas, begitu juga bekas ADUN DAP Pengkalan Batu, Melaka ketika beliau Exco dulu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bertindak agresif malah mengambil pendekatan damai dan sivil. DAP jangan panas tetapi belajarlah dari kami.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/1/2023


2. Pusat agih bantuan banjir melalui JPP 

RANTAU PANJANG: Bantuan banjir yang diumumkan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta dikatakan akan disalur kepada Kelantan dan Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Adun Gual Periok, Dato’ Muhammad Awang berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana dianggap melanggar konsep federalisme diamalkan.

Menurutnya, walaupun kerajaan persekutuan dan negeri tidak sehaluan ideologi politik, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya berulang semula.

“Kami difahamkan bantuan yang dijanjikan perdana menteri belum lagi sampai kepada rakyat dan dalam proses diberi kepada JPP bukannya kerajaan negeri.

“Nampaknya kerajaan PH-BN yang menguasai Putrajaya sekarang kembali semula kepada amalan politik era kerajaan Barisan Nasional yang mengamal diskriminasi kepada Kelantan,” katanya di sini.

Ketika meninjau lokasi banjir di Kelantan akhir tahun lepas Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera banjir RM100 juta kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya juga bantuan awal akan diberi kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 satu keluarga dan bantuan kematian RM10,000 bagi setiap individu terlibat.

Jajahan Rantau Panjang dan Pasir Mas antara kawasan yang terjejas akibat banjir pada akhir tahun lepas.

Mohamad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rantau Panjang bagaimanapun menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk meneruskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Beliau berkata, rakyat amat memerlukan pembinaan tebatan banjir melalui projek tersebut kerana ia mampu mengurangkan kesan limpahan air dari Sungai Golok yang berlaku setiap tahun. – HARAKAHDAILY 9/1/2023


3. Politik Penyatuan Ummah dijangka subur sepanjang 2023  

KITA meraikan kemasukan tahun 2023 dengan kerajaan baru di peringkat Persekutuan, Kerajaan Campuran PH-BN dan lain-lain yang diketuai Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peristiwa naiknya kerajaan ini cukup kontroversi namun demikian biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah sehingga dibongkar kembali satu hari nanti.

Buat PAS yang penting walaupun haknya melalui PN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan ternafi, PAS sesungguhnya mencatatkan beberapa pencapaian besar yang pasti akan ia usung dan lonjakkan lagi sepanjang 2023 bagi merintis jalan membuka laluan buat kemenangan yang lebih bermakna.

PAS melangkah gagah tahun 2023 dengan rekod 43 Ahli Parlimen, di samping menguasai Kerajaan Negeri Perlis selain Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ia hampir menguasai Pahang dan Perak, sekali lagi ternafi lantaran perkembangan di luar kawalan.

PAS melalui PERIKATAN NASIONAL berjaya memperolehi 56 peratus sokongan pengundi Melayu Islam atau Bumiputera seluruh negara sekali gus menggantikan Umno sebagai wakil sebenar suara umat Melayu Islam dalam negara.

‘Green wave‘ atau Gelombang Hijau yang membawa kemenangan besar buat PAS dan PN dikaitkan dengan kebangkitan undi Melayu Islam, iaitu blok kaum terbesar dalam negara, yang ternyata bangkit menuntut mahukan kualiti kepimpinan Melayu Islam yang lebih tinggi dan boleh memperjuang serta menjamin nasib dan masa depan mereka.

Mereka sedar dan insaf bahawa kuasa politik umat Melayu Islam mestilah disatukan, tidak lagi berpecah sehingga akhirnya menjadi lemah dan terpaksa tunduk pada tekanan puak lain. Mereka dambakan Penyatuan Ummah yang mengembalikan maruah dan harga diri umat Melayu, tidak lagi dikaitkan dengan kepincangan dan ketempangan kepimpinan yang hanya membawa aib buat semua dan dijadikan bahan senda gurau rakyat dan dunia luar.

Ternyata PN yang didominasi PAS menjadi pilihan mereka sehingga meletus Gelombang Hijau tadi membadai seluruh negara.

2023 pasti akan menyaksikan pencapaian lebih besar mereka yang bersama Gelombang Hijau ini, tambahan nanti akan ada Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 untuk enam buah negeri iaitu untuk Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kerajaan Campuran PH-BN ini bukan pilihan umat Melayu Islam. Dan Kerajaan Perdana Menteri ke-10 yang memuatkan campuran parti-parti yang sebelum ini musuh tegar dijangka akan terus porak-peranda dan lebih tertumpu pada isu-isu dalaman yang meruncing.

Justeru Gelombang Hijau tadi diyakini akan memastikan Kedah, Kelantan dan Terengganu terus kekal malah dengan lebih kukuh lagi, manakala Selangor dan Negeri Sembilan akan cuba dirampas dari PH. 

Kerusi-kerusi majoriti Melayu Islam di Pulau Pinang dijangka akan dikuasai PN menjadikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di tahun 2023 nanti cukup tercabar.

Rugilah jika parti kita parti Melayu Islam, yang berjuang untuk memartabatkan Kebangsaan Melayu dan agama Islam, tiba-tiba kita memilih untuk melawan arus, enggan meluncur bersama gelombang besar ummah ini.

Kiranya menurut rekod, Umno telah membuat pilihan itu. Dalam PRU Parlimen ke-15 Umno memilih untuk ‘go solo‘ menentang PH dan PN dengan sangkaan mereka akan mampu bangkit kembali dan menguasai Putrajaya setelah menang bergaya dalam PRN Melaka dan Johor.

Terbukti keputusan pimpinannya itu banyak melukakan hati ahli-ahli akar umbinya yang lebih yakin dan percaya untuk bersama politik Penyatuan Ummah bukannya politik pecah-belah.

Ahli-ahli dan sebahagian pimpinan Umno sendiri sudah selesa menjalin hubungan dengan PAS, tetapi atas kemahuan pimpinan mereka terpaksa melepaskan genggaman tangan persahabatan bersama PAS.

PRU15 itu menyaksikan bahawa bacaan politik pimpinan Umno itu silap dan tersasar sehingga akhirnya Umno cuma mampu bertahan di 26 kerusi, pencapaian terburuknya dalam sejarah sejak Merdeka. Mereka juga hilang sokongan pengundi Melayu Islam yang selama ini berdekad-dekad di belakang mereka.

Lebih memilukan apabila dengan hanya 26 kerusi itu pimpinan tertinggi yang sama menyeret pula Umno untuk bergabung dan memberi nyawa pada PH sehingga naik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10. 

Walau dalam PH itu ada DAP, Anwar akan jadi Perdana Menteri, unsur-unsur yang diikrarkan akan ditolak Umno sebelum ini, tetapi sekali lagi ahli-ahli dan pimpinan dipaksa menerima dengan berat hati.

Malang agenda peribadi pimpinan tertingginya lebih penting dari perjuangan sebenar Umno. Umno sudah bukan macam Umno dahulu lagi.

2023 dijangka akan menyaksikan ahli dan penyokong Umno termasuk sebahagian pimpinannya akan bertindak lebih rasional dan berkemungkinan kembali bersama menegakkan panji-panji politik Penyatuan Ummah, jalan perjuangan sebenar yang sepatutnya didukung Umno. 

Jika terpaksa meninggalkan pimpinan tertingginya sekalipun, 2023 bakal menyaksikan perubahan besar berlaku dalam Umno. Jika tidak Umno akan hanyut, dihanyutkan oleh PH yang didominasi DAP yang menunggu-nunggu untuk melihat Umno roboh dan pupus, manakala PKR pula tidak sabar mentalqinkan Umno.

Gelombang Hijau yang melonjak dan membawa arus perubahan ini bukannya gelombang yang ditaja sesiapa atau gelombang yang dibuat-buat. Ia cetusan hati nurani dibina atas semangat kesungguhan dan keikhlasan umat Melayu Islam yang mahukan perubahan demi agama dan bangsa. 

Ia ‘real‘ dan sepatutnya pasca PRU15 Parlimen baru-baru ini telah membuka mata semua pihak khasnya Umno, malang Umno terus tidak pandang serius walaupun Umno telah dilemahkan selemah-lemahnya oleh Gelombang Hijau ini.

2023 sebagaimana dinyatakan akan melihat 6 Pilihan Raya Negeri, dengan realiti semasa Umno agak sukar bangkit kembali di Kedah, Kelantan dan Terengganu setelah kalah di semua kerusi Parlimen di tiga-tiga buah negeri berkenaan.

Calon-calon Umno juga semua kecundang di Selangor dan Pulau Pinang, bagaimanakah agaknya nasib mereka dalam Pilihan Raya Negeri pula nanti?

Apakah tsunami ‘Gelombang Hijau’ ini akan terus bermaharajalela sepanjang 2023 nanti?

Selagi PH terus didominasi DAP, selagi Umno terus mengecewakan ahli-ahlinya dengan bersekongkol bersama Anwar dan DAP, tsunami ini tidak akan kendur atau lemah malah sebaliknya akan semakin bertenaga, menggunung tinggi membawa harapan umat Melayu Islam merubah landskap politik negara melalui Pilihan Raya di keenam-enam negeri nanti.  

2023 menjanjikan masa depan yang cerah buat politik Penyatuan Ummah, semoga ramai lagi akan berani dan bersama PN meluncur ke destinasi yang ditunggu-tunggu rakyat.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti k'jaan PM10 gerun.. 3 perkara

(i) Terasa panas bila Ahli Parlimen Permatang Pauh Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan  menjalankan tugas..

(ii) Bantuan banjir yang diumumkan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta dikatakan akan disalur kepada Kelantan dan Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Takut ke?

(iii) Politik Penyatuan Ummah dijangka subur sepanjang 2023 mula gerunkan  kerajaan Persekutuan sekarang.

Ini baru 3 prkara, akan didedahkan lagi.. Tunggu!

6 comments:

Anonymous said...

Enemy at the gate : Mudah saja nak baca skrip barua DAP@LeeKwanYew...

Masih ada pemimpin pemimpin yang teekinjaa kinja jadi barua Lee KwanYee @DAP

Elok kita tukar nama nama taikun spt Vincent Tan, Leow Tiong Lay, Ananda, Lim Got Tongong, Robert Kowk,Lim Chi Pan, Lim Ping Pong dll pada nama Taikun Melayu pulak...

Bila banyak taikun Melayu menguasai pasaran maka harga barang keperluan dan perkhidmatan boleh dikawal oleh harga Melayu pulak...Ujudkan rangkaian mafia dan kartrl Melayu secara menyeluruh di Malaysia

Bila PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel mata sepet ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura

Bayangkan tak ada satu bijik tolo ayomm di Singapura tak ada satu reban ayomm pun di Singapura tapi keperluan tolo tolo ayam di Singapura mencukupi...

Tak ada satu pokok pun kelapa sawit di Singapura tapi keperluan minyak masak di Singaura mencukupi tapi bekalan minyak masak di Malaysia yang tak ada..

Begitu juga gula tak ada satu pokok tebu pun di Singapura bekalan gula mencukupi tapi disini harga gula turun naik dan stok kadang kadang tidak ada.. taikun sapa yang menguasai barangan ini..!?Taikun yang lahir di sini tapi bertuankan Lee Kwan Yew di Singapura...

Di Malaysia menteri tolo ayam melawat reban ayam di India... akai hado akai lotak kat bontot sambil tadah untuk dibontoti.!?

Sebab itu semua barang keperluan diutamakan ke Singpura dulu.. rakyat Malaysia dimangsakan sbb barang di sorok dan dj manipulasi oleh kartel dan mafia tokey dan taikun ini.

Lingkup taikun rangkaian kartel mafia mata sepet ni melingkuplah Singapura.

Dan ini lah masa kita untuk membina rangkaian produk Melayu tikun taikun mafia dan kartel Melayu pula diwujudkan produk Melayu pula untuk menstabilkan harga barangan keperluan sekarang..!!

JOM UBAH...!!

Anonymous said...

Aku kalau kedai tu ada jual arak memanglah menjadi kedai pilihan terakhir untuk aku masuk...

Anonymous said...

Jom sama2 boikot kedai2 dan produk2 DAP, penyokong2 PN yang ramai punyai kuasa membeli... Anda tidak akan rugi malah akan membantu memajukan ekonomi UMMAH!

Anonymous said...

Kat tempat aku, adun buat deek jer kat 7-11 jual arak. Orang kampong jer yg buat bantahan. Dapat gaji buter jer. Tugas tak jalan. Takut hilang habuan dari komunis dapig.

Next pru, tak payah undi bn. Tak payah undi ph. Tugas tak buat. Gaji mahu.

Unnamed said...

PEMIMPIN KANAN PN DAN ARAK
Baru-baru ini telah kecoh tentang isu penjualan arak secara terbuka di Sunway Carnival Mall.
Isu tersebut kecoh selepas Fawwaz Mohamad Jan menyatakan bantahan dan video tersebut dimuatnaik ke TikTok.
Ini ulasan Timbalan Pengerusi PN (Gerakan), Dominic Lau:
“PAS PATUT MENGAJAR UMAT ISLAM, INI NEGARA BERBILANG KAUM!”
Ini ulasan Timbalan Presiden Gerakan (PN), Oh Teong Keong:
“BUKAN TANGGUNGJAWAB AHLI PARLIMEN CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN SHOPPING MALL!

Unnamed said...

DEMI CONTENT UNTUK POPULIS
Ana tak pernah minum arak. Malah ana cukup benci arak. Masa praktikal di universiti dulu ana pernah ditugaskan oleh supervisor utk tolong angkat botol arak untuk boss syarikat (seorang Melayu Islam tapi peminum arak. Nauzubillahiminzalik). Ana pergi ke tempat arak tersebut tapi ana tak tolong angkat walau sebotol pun. Lama Supervisor ana yang juga seorang Melayu Islam tunggu lastly seorang pekerja bukan Islam berbangsa India yang angkat bawak masuk. Ana memang tak mau sentuh pun. Sorry.
Tapi tindakan Fawwaz di Permatang Pauh ni bagi ana agak populis. Promosi arak di shopping mall tu untuk bukan Islam sempena perayaan mereka. Syarikat arak sudah pun menempah & membayar ruang pameran. Mereka juga terikat dengan syarat² tertentu antaranya tidak boleh promosi kepada orang Islam. Apa masalahnya? Lainlah jika promoter memberikan sample arak kepada semua pengunjung. Barulah boleh diambil tindakan kerana melanggar syarat. Simple.
Tahukah anda bahawa dalam perjalanan ana ke Mekah tempoh hari, dalam pesawat Etihad Airways itu sendiri ada menghidangkan arak. Kemudian ana transit di Abu Dhabi pun ada outlet menjual arak. Tapi jelas terpampang notis bahawa ONLY FOR NON MUSLIM. Maknanya negara Islam di tanah Arab pun tidak menafikan hak bukan Islam. Jadi, apa masalahnya di sini? Masalahnya nak populis ler. Siap buat TikTok bagai pegi ke shopping mall.
Sebab itulah bukan Islam menentang Hudud yg dibawa PAS, menentang RUU355 yang dibentang tangguh sebanyak 3 kali oleh Marang. Sebab pendekatan pepuak ni menafikan hak mereka. Ana pernah tanya seorang sahabat cina bukan Islam mengapa dia tak setuju sangat dengan Hudud & RUU355 sedangkan ia undang-undang utk org Islam sahaja? Yang kudung ialah orang Islam, orang bukan Islam tertakluk di bawah undang-undang Sivil. Mereka jawab, nanti PAS akan gunakan Hudud & RUU355 ke atas bukan Islam. Betul kaa? Ana tak percaya masa tu tapi nampaknya perlakuan Fawwaz ni menjurus ke arah itu laa. Tengok sendiri. Siap berTikTok bagai. Perkh!
Salam Maghrib
Ariff Kadir Al-Katami
Presiden Anti Lebai Populis Sedunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails