Saturday, January 07, 2023

Apapun, PAS tetap bersama rakyat, bina jambatan. Walau KM Sabah goyang?

 


1. Penduduk hargai PAS bina semula jambatan roboh

SANDAKAN: Penduduk Kampung Forest yang ditimpa bencana air pasang meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan berupa papan dan kayu yang diberikan oleh PAS untuk membina semula jambatan, pagi semalam.

Menurut penduduk yang dikenali dengan panggilan Sakkam, kebanyakan mereka terpancar kegembiraan di wajah setelah keperluan yang sangat diinginkan telah dipenuhi oleh PAS.

“Kami penduduk di sini berbanyak-banyak terima kasihlah atas sumbangan yang cukup besar bagi kami supaya jambatan di kampung kami ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, beliau mewakili PAS Sandakan menghulurkan sumbangan tersebut bagi membina semula jambatan yang musnah akibat bencana berkenaan.

“Jambatan ini akan memberi manfaat kepada penduduk untuk urusan harian termasuk anak-anak ke sekolah, para pemuda serta ayah yang pergi bekerja, urusan ibu-ibu dan lain-lain.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat memberikan kelegaan buat penduduk yang bersusah payah mengeluarkan dana sendiri sebelum ini untuk membina jambatan,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Beliau turut berharap agar lebih banyak pihak tampil khususnya wakil rakyat sekali gus membela nasib mereka yang amat memerlukan.

Pada 24 Disember lalu, lebih 100 rumah atas air dilaporkan roboh akibat dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar

Kejadian yang berlaku pada 10.30 malam itu melibatkan dua kampung iaitu Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua.

Susulan kejadian itu, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2. 

Di Kampung Tinusa Dua pula, 13 keluarga melibatkan 130 orang berlindung di masjid manakala keluarga lain berpindah ke rumah jiran yang berkedudukan lebih tinggi.

Lima jambatan turut roboh di itu namun tiada mangsa dilaporkan cedera. – HARAKAHDAILY 5/1/2023


2. Hajiji sudah tiada sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri - ADUN KDM  

Presiden KDM, Peter Anthony. - Foto fail NSTP

KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini percaya, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, berkata perkara itu merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai ketua parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

"Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu KDM menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan dan budi bicara Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang Di-Pertua Negeri Sabah untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Dengan tindakan KDM, serta UMNO dan BN Sabah menarik sokongan malam ini, Kerajaan Sabah diterajui Hajiji hanya mempunyai sokongan 38 ADUN iaitu 29 daripada GRS, PH (tujuh), dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.

Parti Warisan mempunyai 19 kerusi, BN (18), KDM (3) manakala PAS satu kerusi.

Terdahulu, Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pihaknya menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak PRN pada September tahun lepas. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimApapun, PAS tetap bersama rakyat, bina jambatan. Walau KM Sabah goyang?

Itulah politik kebajikan Islam yang dibawa oleh PAS.. Al-hamdulillah!

4 comments:

Anonymous said...

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata beliau percaya sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan diketuainya dilakukan pihak yang takut salah laku mereka terdedah.

Perdana menteri berkata, pentadbirannya tidak akan menekan mana-mana pihak jika mereka tidak terlibat dengan rasuah, kezaliman dan pemerasan terhadap rakyat.

“Saya tidak akan dianggap berjaya kalau gunakan kuasa untuk menekan musuh tanpa fakta dan data dan bukti yang nyata,” katanya ketika ditemubual dalam program naratif khas bersama perdana menteri.

Anonymous said...

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi mempunyai kawalan ke atas parti itu seperti yang ditunjukkan oleh apa yang berlaku di Sabah, menurut penganalisis politik Jeniri Amir.

Jeniri, yang juga felo Majlis Profesor, berkata walaupun Umno Sabah mempunyai autonomi, ini tidak bermakna pemimpinnya dibenarkan mencetuskan krisis melalui gerakan politik.

Anonymous said...

Menarik ni. Yang ada 47 kes terlibat sama ker.

Anonymous said...

Kroni2 atok dahulunya kini dikhabarkan sedang sibuk mengagih2kan kerusi2 penting syarikat kepada bekas2 pemimpin PKR? Adakah amalan kronism dan rasuah kedudukan terus subur dibawah kerajaan minoriti sekarang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails