Wednesday, January 18, 2023

7 ladang babi komersil dijangkiti di PP. & Hala tuju UMNO, jahannam!

 


1. Pulau Pinang isytihar penyakit demam babi Afrika sebagai bencana

PENYAKIT demam babi Afrika (ASF) di Pulau Pinang kini diisytihar sebagai bencana setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri itu mengesahkan setakat hari ini tujuh buah ladang babi komersil dijangkiti penyakit terbabit.

JPV Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak tujuh buah ladang babi komersial itu masing-masing lima di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT).

Menurutnya, pengesahan penyakit itu dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah, pada 4 hingga 12 Januari lalu ke atas sampel babi dari ladang-ladang tersebut.

”Bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPV Pulau Pinang telah menjalankan ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF.

“Pemusnahan tersebut dijalankan menggunakan kaedah gas CO2 (High Concentration) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum ditanam secara sempurna,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, sehingga hari ini, sebanyak 929 ekor babi telah dimusnahkan dari ladang di daerah SPS.

Jelasnya, pemusnahan akan diteruskan pada hari ini di ladang kedua setelah terdapat banyak kematian babi di ladang terbabit dan dijangka memakan masa kira-kira satu minggu untuk diselesaikan.

“Aktiviti pemusnahan tidak dapat dimulakan dengan lebih awal akibat kekangan kawasan untuk dijadikan tapak pelupusan babi,” katanya.

Tambahnya, bagi mengesan jangkitan dan perebakan penyakit ASF di kawasan berhampiran aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan bagi kesemua ladang ternakan babi dalam radius lima kilometer (km) dari ladang yang terlibat terus aktif dijalankan.

Katanya, aktiviti pemantauan dan pemeriksaan karkas juga giat dijalankan di semua rumah sembelihan babi berlesen di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, sekatan jalan raya (SJR) telah mula dijalankan di jalan-jalan masuk ke kawasan perkampungan Valdor bermula 10 Januari lalu.

“SJR ini dijalankan bagi mengawal pergerakan keluar dan masuk babi hidup serta karkas babi dari kawasan jangkitan seterusnya mengawal penularan penyakit ASF ini ke kawasan lain,” katanya. (1Media.my)


2. Ke mana hala tuju Umno selepas ini? 

UMNO nampaknya berusaha keras untuk men’suci’kan kerjasama mereka bersama Pakatan Harapan yang sedia maklum didominasi DAP.

Kata mereka, kerjasama bersama PH ini adalah strategi politik terbaik untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Kononnya jika Umno bekerjasama dengan PERIKATAN NASIONAL, akan berlaku perebutan kerusi dalam segmen yang sama seterusnya akan membunuh Umno sedikit demi sedikit. 

Tidakkah tuan-tuan ingat dalam 8 siri PRK yang ditandingi ‘Muafakat Nasional’, kesemuanya adalah calon-calon daripada Barisan Nasional? Adakah ini yang dikatakan hendak membunuh Umno?

Jika kita imbas data semasa PRU15 lalu pun, sokongan orang Melayu Islam kepada PN adalah sebanyak 54 peratus, BN 33 peratus manakala PH 11 peratus. Terbukti bahawa PH mendapat bilangan tertinggi kerusi pada PRU lalu disebabkan oleh sokongan solid non-Malay yang melebihi 90 peratus. 

Tetapi Umno-BN tetap memilih bekerjasama bersama PH yang telah mengakibatkan semakin lemah kuasa politik Melayu Islam dalam negara ini. 

Jadi, benarkah Umno masih memperjuangkan ‘Hidup Umno, Hidup Melayu’

Tidakkah sekiranya penyatuan Melayu-Islam itu kuat, lebih mudah untuk parti-parti teras Melayu Islam ini mentadbir negara Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam? Kenapa dipilih PH yang jelas ditolak oleh orang Melayu sendiri?

Perhatikan rekod prestasi BN dan Umno sejak PRU11 sehingga PRU15,

PRU11 (2004) – 198 kerusi BN, 109 kerusi Umno.

PRU12 (2008) – 140 kerusi BN, 79 kerusi Umno.

PRU13 (2013) – 133 kerusi BN, 88 kerusi Umno.

PRU14 (2018) -79 kerusi BN, 54 kerusi Umno.

PRU15 (2022) – 30 kerusi BN, 26 kerusi Umno.

Mungkin fakta ini boleh memberikan sedikit makna buat rakan-rakan Umno yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 13/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 7 ladang babi komersil dijangkiti di PP.  &  Hala tuju UMNO, jahannam!

Ya, semuanya jahannam.

3 comments:

Anonymous said...

Hala tuju bawah wak, caca marba. Tak keruan. Hanya kerana jawatan. Sumpah keramat no anwar no dap akar umbi, jadi mentera pilihan raya.

Bawah bro an, juga caca marba. Lagu keramat hoi hoi ya hoi, juga mentera pilihan raya.

Seluruh rakyat jelata, tertipu oleh skrip pembohongan dua makhluq perosak. Siri pembohongan yang berterusan.

Dulu pembohongan 90 juta. Juga pembohongan harga petrol. Hari ini pembohongan bantuan banjir kepada kelantan dan trengganu.

Tak sunyi dengan pembohongan, dulu kini dan selamanya. Gabungan hipokrit. Satu standard yang sudah ujud sejak dulu.

Anonymous said...

Apa kesudahan cerita fitnah/pembohongan 90 juta tu? Agak lama juga isu ini dimainkan sehingga ramai yang percaya! Sudahkan pemfitnah2 tu meminta maaf?

Anonymous said...

yg buat fitnah jijik tu masa orang tua bodoh tu berkuasa... kurang sket dosa fitnah jijik rakyat bila orang tua tu melingkup dengan anak cucunya..

Lingkup kan struktur Badan Kehakiman yang ada sekarang maka makin bertambah demam lah orang tua dan keturunan tak berguna tu

puiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails