Sunday, August 16, 2020

Bahrain pula jalin hubungan diplomatik dengan Israel?

 

MANAMA, 26 Zulhijjah 1441H, Ahad – Bahrain kemungkinan akan mengikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam menandatangani perjanjian damai dengan Israel, kata seorang pegawai Israel semalam. 

Saluran televisyen Hebrew, Kan memetik pejabat yang tidak disebutkan namanya mengatakan ‘Bahrain diharapkan menjadi negara berikutnya, yang akan menjalin hubungan rasmi dengan Israel.’

Tidak ada jangka waktu yang ditentukan, atau perincian lebih lanjut diberikan, walaupun laporan daripada penyiar itu juga menyebutkan bahawa seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) memberitahu media Palestin bahawa Bahrain dan Oman diharapkan dapat menormalkan hubungan dengan negara haram Israel dalam waktu dekat.

Bahrain adalah negara Teluk pertama yang secara rasmi mengulas mengenai langkah diplomatik antara UAE dan Israel. 

Menurut agensi berita Bahrain, Manama menyambut baik perjanjian damai itu dan mengucapkan tahniah kepada UAE kerana ‘mengambil langkah untuk meningkatkan peluang  perdamaian Timur Tengah.’

Sementara itu, penasihat kanan dan menantu Presiden Donald Trump, Jared Kushner juga mengisyaratkan bahawa negara Arab lain dapat membuat perjanjian dengan Israel ‘dalam waktu terdekat’.

Terdahulu, Trump membuat pengumuman bahawa UAE dan Israel secara formal telah menormalisasi hubungan. 

Sebagai pertukaran, Israel dijangka akan ‘menangguhkan’ rancangan untuk mengilhak sejumlah besar Tebing Barat yang diduduki. 

Bagaimanapan pemimpin Palestin menganggap perjanjian itu sebagai pengkhianatan dan mengecam perjanjian trilateral (tiga pihak) yang dibuat antara UAE, Israel dan AS.

Sebelum ini, Israel telah menandatangani perjanjian damai dengan Mesir dan Jordan, masing-masing pada 1979 dan 1994. – Agensi

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Pengkhianatan pemimpin-pemimpin Arab terhadap Islam dan umat Islam mendedahkan kemunafikan pemimpin-pemimpin Arab tersebut kerana mereka sanggup bersekongkol dengan rejim pengganas Israel yang sangat memusuhi Islam dan umat Islam.

Maka sesungguhnya pemimpin-pemimpin Arab tersebut tergolong kepada musuh Islam sebagaimana pemimpin-pemimpin munafik bersekongkol dengan parti kafir harbi DA-Pigs yang telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).


(An-Nisaa' 4:139)

Anonymous said...

Pembetulan:

(An-Nisaa' 4: 138-139)

Anonymous said...

So bila PASUMNO nak demo dpn kedutaan UAE?
Ke salah Dap lg??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails