Monday, August 17, 2020

Morbidelli 'terbang'. "hampir membunuh saya" -Rossi. Merbahaya, Wajarkah?

 Penunggang Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi (kiri) dan Maverick Vinales bersaing pada GP Austria dekat Spielberg. - AFP Penunggang Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi (kiri) dan Maverick Vinales bersaing pada GP Austria dekat Spielberg. - AFP

SUKAN

Jentera Morbidelli hampir membunuh saya - Rossi

SPIELBERG BEI KNITTELFELD, Austria: Bintang sukan permotoran, Valentino Rossi berkata jentera lawan yang memecut pada sekitar 300 kilometer sejam hampir "membunuh saya" pada kemalangan di Grand Prix Austria, malam tadi.

Penunggang Itali berusia 41 tahun itu, juara dunia sembilan kali, terkejut apabila jentera Yamaha Franco Morbidelli 'terbang' melintasi litar dan hanya beberapa sentimeter daripadanya.

Morbidelli dan penunggang Ducati, Johann Zarco berlanggar hanya beberapa saat sebelum pelumba mengambil selekoh di Spielberg pada pusingan kelapan.

"Jentera Morbidelli hampir membunuh saya," kata Rossi.

"Jentera Ducati Zarco juga melintas hanya beberapa meter di depan saya, ia saat yang bahaya."

Rossi berjaya mengawal dirinya dan selepas perlumbaan bersambung dia berjaya meraih kedudukan kelima.

"Saya sangat takut. Saya menggigil, menyambung semula perlumbaan adalah sukar. Saya mengambil risiko terbesar dalam karier saya," kata Rossi kepada Sky Italia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan ini merbahaya, wajarkah bagi rakyat Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails