Thursday, July 11, 2019

Sukan Sebagai Ibadah. Patuh Syariah, Wajib Ikut K'tan/T'ganu Dan Bangun Bersama Islam.

Imej yang berkaitan
KOTA BHARU: Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan akan mempromosi sukan sebagai ibadah pada Karnival Sukan Kelantan (Kasukel) 2019, 1 Ogos hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, sukan patuh syariah itu meliputi pematuhan pakaian menutup aurat selaras dasar Membangun Bersama Islam.
Katanya edisi pertama kejohanan itu akan melibatkan 17 acara sukan yang akan diadakan di 16 lokasi.
“Lokasi Kasukel termasuk Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri di pejabat Majlis Sukan Negeri Kelantan, hari ini.
Wan Roslan juga berkata, penganjuran Kasukel untuk mencungkil bakat baharu yang akan mewakili negeri itu ke Sukan Malaysia (Sukma).
Katanya kejohanan pertama kali diadakan itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Majlis Sukan Negara dan kerajaan negeri.
Kata beliau karnival tersebut bagi mengenal pasti bakat baharu yang akan diketengahkan Persatuan Sukan Negeri serta mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan mereka.
"Kita adakan Kasukel sebagai program dwi-tahunan, selain persediaan untuk menghadapi Sukma yang juga diadakan dua tahun sekali,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/7/2019 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Pusat PH wajib kena ikut Kelantan/Terengganu, contohnya dalam bersukan. 

IKLAN

Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
011 33111321 (KL) 018 2018342 . Kedai Gunting Rambut 91. No 10 Ground Floor, Jalan Damai Perdana, 5/1B,56000,Cheras, KL

1 comment:

Anonymous said...

Bukan sukan sahaja paTuh syariah...bohong pon patuh syariah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails