Saturday, July 13, 2019

DAP Sasar 40 Cawangan Ditubuhkan Di K'tan Tahun Ini


Hasil carian imej untuk dap
DAP Kelantan menyasarkan 40 cawangan baharu ditubuhkan di negeri ini sehingga akhir tahun ini.
Pengerusinya, Chua Chin Hui berkata, setakat ini kesemua kawasan Parlimen di negeri ini sudah diwujudkan cawangan kecuali di Jeli.
Apa yang membanggakan pihaknya juga berjaya menubuhkan cawangan DAP di kawasan yang selama ini dilabelkan sebagai ‘kubu kuat’ PAS seperti Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
“Buat masa sekarang, ada 36 cawangan DAP di Kelantan termasuk cawangan baharu di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kelaboran dan Wakaf Bharu.
“Daripada jumlah itu, 26 daripadanya sudah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahlian DAP cawangan Kelaboran di sini, hari ini.
Pada majlis, yang turut dihadiri Naib Pengerusi I DAP Kelantan Datuk Azaha Abdul Rani itu, 100 borang keahlian dari cawangan Kelaboran dan Wakaf Bharu turut diserahkan kepada Chua.
Dalam perkembangan sama, Chua berkata penubuhan cawangan DAP di Kelantan bukannya mahu memberi persaingan kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata apa yang dimahukan adalah supaya khidmat kepada rakyat dapat diselaraskan dengan sempurna berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Sekarang ini, kita mempunyai keahlian seramai 5,000 orang dengan majoritinya Melayu, Orang Asli berbanding India, Cina dan Siam,” katanya. (Malaysiadateline)


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails