Thursday, June 25, 2009

Weblog: Pandangan Kepada PR..


Sila lihat berita ini..

PAS mesti rebut peluang 12 juta pengguna internet

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS mesti merebut peluang yang terdedah dengan sejumlah 12 juta rakyat negara ini mengakses internet sekali gus mendekatikan parti itu dengan hubungan yang lebih luas, pantas dan berpengaruh.

Mantan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang kini Naib Presiden PAS berkata, pendekatan dan pencambahan teknologi maklumat dalam era globalisasi, kini memberi peluang kepada PAS untuk berada di sisi segenap lapisan masyarakat dalam negara ini.

Katanya, fenomena-fenomena seperi Facebook dan blog seharusnya dimanfaatkan oleh PAS bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan dan pengajian tetapi dalam konteks lebih luas termasuklah panyaluran maklumat dalam bidang politik.

Dalam satu majlis ringkas penyerahan tugas, Mahfuz turut menyerahkan beberapa dokumen dan cakera padat yang mengandungi maklumat Lujnah Penerangan kepada pengerusi yang baru iaitu Ustaz Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 22 Jun lalu.

Mahfuz juga mengharapkan Lujnah Penerangan dapat mewujudkan kumpulan pembaca dan penulis media utama sebagai usaha membentuk pemikiran dan fikrah rakyat terhadap persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga yakin di bawah kepimpinan penggantinya, Idris Ahmad akan membentuk kumpulan penonton dan pemanggil khususnya dalam siri program realiti yang bersifat wacana intelektual.

"Kita memanfaatkan pendekatan ini supaya ada kumpulan penonton dan pemanggilan terus membuat panggilan terhadap rancangan yang disiarkan siaran langsung yang banyak membincangkan isu-isu semasa.

"PAS harus mengambil kesempatan ini dalam pelbagai bentuk strategi untuk menyampaikan pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu," katanya.

Bahkan Mahfuz juga percaya dengan pendekatan ini PAS mampu menguasai pemikiran masyarakat walaupun tidak boleh memonopoli media.

"Kalaupun kita tidak boleh menguasai media arus perdana ini tetapi kita boleh menguasai pendekatan kumpulan pembaca," katanya yang mengharapkan pendekatan ini akan memberi lonjakan lebih besar untuk PAS mencipta kemenangan dalam PRU-13.

Dalam pada itu, Idris optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat benar yang disampaikan kepada mereka.

"Inilah tanggungjawab besar Lujnah Penerangan untuk memberi pemahaman kepada rakyat," katanya.

Idris tidak menafikan masyarakat luar bandar lebih mempercayai medium penyiaran yang dianggap paling berkesan mempengaruhi mereka, bagaimanapun PAS akan memastikan maklumat akan sampai ke akar umbi.

Bagaimanapun, katanya dengan wujudnya akhbar alternatif dan blog-blog di dalam internet sekali gus, maklumat itu disampaikan kepada ahli keluarga yang berada di luar bandar.

"Kita akan bekalkan maklumat ini kepada jentera penerangan di peringkat kawasan kita bekalkan isu peringkat nasional serta pendirian parti serta dasar," katanya. - mns_

Lihat juga berita dibawah ini, terutama bagi pimpinan-pimpinan PAS dan PR..

1..Blogger Sokong PR Bagai Melukut Di Tepi Gantang.. Jun 9 2009/

2..Weblog Bantu Kebangkitan Rakyat & Agama, Bagaimana? Mac 25 2008

(2MA)

2 comments:

Perak Melayujati said...

Sebenarnya penyokong PAS lah yang membantu DAP dan PKR memenangi banyak kerusi di P. Pinang.

Akhirnya PAS diketepikan macam sampah. Pakatan Rakyat kunun - Pakatan Kepala Butuh!

Jiman said...

pas dan pakatan mesti merebut peluang mendedahkan siapa ahli parliman yang ponting menyebabkan akta dna diluluskan. makan gaji buta.

harakah pun tak ada guna. setiausaha agung ustaz mustafa ali yg juga menjaga harakah patut di pecat. isu penting akta dna tak keluar berita langsung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails