Wednesday, June 24, 2009

Ustaz Ahmad Karim As-syahid Al-Kubra Di Patani.

JENDELA GLOBAL
Al-Fatihah untuk As-syahid..
Assyahid bersama anak-anak

PATANIKINI sebuah blog dan seluruh pencinta-pencinta keamanan di bumi Patani telah menghadiahkan gelaran penghormatan 'As-Syahid Al-Kubra' kepada Allahyarham Ustaz Ahmad Karim melalui hadiah bacaan Al-Fatihah, seperti yang dilaporkan dalam blog tersebut. Allahyarham semasa hidupnya adalah imam Msjid Kampung Keranji ,daerah Teluban, Patani, telah syahid pada Jumaat 3 Safar 1430 bersamaan 30 Januari 2009.


Menurut blog itu, beliau adalah simbol seorang rakyat Pattani yang tidak pernah mahu tunduk kapada segala bentuk kezaliman yang di lakukan oleh penjajah Thai. Beliau, seorang warga Patani yang benar-benar insaf akan nasib umat Islam Patani dan sentiasa berdakwah memberi kesedaran kapada rakyat Patani yang setiap masa ditindas. Beliau di tangkap, di penjara, dihadapkan ka Mahkamah dan setelah beliau berjaya membuktikan tidak bersalah, beliau terpaksa dibebaskan oleh pemerintah.


Namun menurut blog itu lagi, "..penjajah (pemerintah Thai) telah mengugutnya secara psikologi dengan meletakkan beberapa kenderaan tentera berhampiran rumahnya dengan harapan beliau gentar dan terus meninggalkan kampung halaman. Ada juga pegawai Melayu yang berkhidmat dalam polis Thai menasihati beliau supaya undur. Tetapi beliau tetap istiqamah dengan pendiriannya. Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kenapa harus berundur." Sehingga "..hampir kesemua keluarga dan sahabat handai telah menasihati beliau agar berundur diri dari kampung nya, kerana mereka bimbang pihak penjajah akan menggunakan kan kekerasan".


Akhirnya, pada hari Jumaat , 3 Safar bersamaan 30 Januari baru lalu, beliau ditembak sebanyak empat das, 2 dikepala dan 2 didada, ketika sedang menaiki tangga masjid untuk azan Jumaat hari tersebut. Tembakan datang melalui cermin tingkap sebuah kenderaan tentera yang terus meluru ke dalam kem tentera Ketik Siam, berhampiran, setelah menembaknya. Tetapi dalam masa tidak sampai tiga jam selepas kejadian itu, jenazah tersebut diarak ke perkuburan oleh beratus-ratus pemuda yang datang dari seluruh pelusuk tanah air sambil bertakbir , Allahu Akbar!


Menurut Blog itu lagi, jenazah tersebut telah dikebumikan bersama pakaian yang masih berdarah dan tidak dimandikan sebagai seorang yang mati syahid, walaupun pihak berkuasa Thai telah memberi amaran keras untuk menghukum sesiapa yang tidak memandikan jenazah tersebut.

Biodata 'As-Syahid Al-Kubra' Ustaz Ahmad Karim.

Tarikh lahir : 24 januari 1963

Syahid : 30 januari 2009.

Nama : Abdul Karim bin Hj. Muda baka Yusof.

Nama Bapa : Hj Muda Yusof

Nama Ibu : Maimunah.

Isteri Safiah

Adik beradik 3 lelaki 4 perempuan. Anak keempat.

Anak-anak:

Zulkarnain 13 tahun

Adnin 11 tahun

Furqan 9 tahun

Hamlah

Pelajaran :

1..Sekolah Rendah Tasban, Kg Keranji

2..Sekolah Menengah Chen Pachakan Teluban.

3..Sekolah Agama Vittaya Darul Salam.

4..Maktab Perguruan Senggora.

5..Sekolah Guru Pelajaran Fisikal

6..International Islamic University Islamabad : Diploma Dakwah

Pekerjaan: Berniaga.& Menjadi Imam Masjid Attaqwa Keranji yang dibinanya sendiri..

Ditangkap pada : 9 october 2007 & dibebas : 30 october 2008.


(Sumber http://patanikini.wordpress.com/2009/02/16/tabik-untuk-assyahid-kubra-awang-karim/)

1 comment:

Anonymous said...

Al-Fatihah ... mudah2an Ruh beliau bersama para anbia, sahabat, syuhada dan org2 yg soleh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails