Sunday, June 21, 2009

M/Urai: K/Perpaduan Dilawan Dengan Poster MB Kelantan.


‘KERAJAAN Perpaduan’ telah dijadikan isu oleh pemimpin Umno dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, 'walaupun begitu, jentera PAS akan berjuang habis-habisan untuk menang..' Begitu kira-kira kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Haji Abdul Fatah Haron.

Sementara itu Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya DUN Manek Urai, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan 'poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.' Jelasnya hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

“Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi,” katanya. Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. “Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,” katanya ketika dihubungi. Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang telah digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

“Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masing-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham, ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.. Kita tidak menggesa jentera negeri (lain) untuk datang awal sampai akhir.. ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah.. memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung,” jelas beliau.

PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini iaitu pada hari bekerja dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan. Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut. DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS. (AK)

Sila lihat berita terdahulu..

1..Manik Urai: Terburai Terurai, T/Kasih MAFREL,..
2..Bagaimana Lawan UMNO? -Wan Abdul Rahim Kelantan




2 comments:

anti munafik said...

Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. “Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,”

Mudahnya dapat pahala ! Mudahnya masuk syurga ! INilah KHURAFAT dalam pas mengagungkan nik aziz walaupun nik aziz menidakkan sunnah nabi bersatu padu di antara sesama Islam. dia melebihkan kafir laknatullah daripada saudara sesama ISLAM. kerananmu dap kafir laknatullah, kami sanggup goodbye to negara ISLAM, goodbye to hukum hudud!

Sai said...

Sedara anti-munafik, imam tu anggap seolah-olah dapat pahala je, bukan dia ckp dapat pahala pun. Apa UMNO selama ni ada ke niat nak tegakkan hukum Allah? Langsung takde, tentang dan putar belitkan ada la sampai buat bukan Islam kat Malaysia ni tolak Islam. Tu semua kerja UMNO putar belitkan hukum Islam. Anda cakap pun putar belit. Lain kali pi mengaji Islam tu sampai pandai, kita ni boleh pakat dgn bukan Islam selagi kita tak langgar syarak. Sekarang ni PAS susah payah nak terang kan kebaikan Islam pada bukan Islam yang dah terkeliru dengan orang-orang UMNO yang putar belitkan Islam sebelum ni. Dah dapat fahamkan bukan Islam barulah PAS dapat laksanakan Islam kat Malaysia ni InsyaAllah. Anda memang kaki putar belit UMNO yang tak faham Islam, yang tolak hukum Allah, yang dah kelirukan orang Islam dan bukan Islam kat Malaysia ni berpuluh-puluh tahun tapi cakap macam hebat sangat........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails