Friday, June 26, 2009

Shah Rukh Khan: Ulamak atau Media Yang Membela?


HALAMAN HIBURAN

Terlampau tergila-gila sampai dikurniakan Dato darikerajaan Negeri Melaka

Berita mStar Online, Jumaat Jun 26, 2009:
Ulamak bangkit membela Shah Rukh atas salah lapor isu Nabi

DATO Shah Rukh Khan yang selalu dihambat kontroversi sekali lagi terheret ke lembah yang sama apabila kata-katanya tentang Nabi Muhammad SAW telah disalah tafsir dan dicetak sedemikian rupa oleh sebuah majalah “Time’n Style Luxury.” Menurut aktor berlesung pipit itu, dia telah disalah petik oleh wartawan yang menemuramahnya.

Masalah salahfaham tentang isu 'menghina' Nabi itu menjadi begitu serius hingga sebuah laporan polis dibuat di Stesen Polis Bandra oleh beberapa pihak yang tidak puas hati. Pihak Mumbai Aman Committe juga telah membuat laporan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan dalam majalah itu.

Pejuang-pejuang Islam dan fundamentalis agama di bandar Mumbai juga tidak dapat memaafkan 'kesilapan' Shah Rukh kali ini dan bangkit memprotes apa yang dihamburkan oleh Shah Rukh dalam majalah tersebut.

Desakan demi desakan supaya dikenakan tindakan ke atas bintang terlaris Bollywood ini semakin memuncak hinggakan mengheret tokoh-tokoh agama, ulamak serta mufti-mufti yang warak tentang hukum agama untuk mengeluarkan fatwa mereka.

Antara tokoh agama yang terpaksa memberi kenyataan ialah Maulana Shahbuddin dari Markazi Darul Ifta, Ashraf Usmani dari Darul-Uloom Deoband dan Mufti terkenal bernama Maulana Yaseen Misbahi. Mereka terus-terusan didesak untuk keluarkan fatwa terhadap apa yang dinyatakan oleh Shah Rukh Khan itu.

Mujurlah, kesemua tokoh agama itu mempertahankan Shah Rukh dan membuat kenyataan balas bahawa "apa yang tercetak dalam majalah itu hanyalah satu salah faham. Kita tidak perlu keluarkan fatwa atas satu kenyatan media yang salah. Jadi soal keluarkan fatwa tidak timbul sama sekali."

Bagi menamatkan kontroversi yang sedang meruncing dari berlanjutan, Shah Rukh telah meminta sidang redaksi majalah itu membuat klarifikasi dengan segera untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pihak majalah telah cepat-cepat mengeluarkan satu kenyataan bagi meredakan suasana panas dari terus bergolak akibat dari salah lapor majalah itu.

Perenggan dalam artikel itu sepatutnya berbunyi begini dan bukan seperti yang tercetak...." kata kenyataan majalah itu.

“Siapakah yang anda anggap tokoh paling impresif dalam sejarah?

"Ramai sekali, tapi ada di antara mereka agak negatif imej mereka seperti Hitler, Napoleon dan Winston Churchill dan mereka ini adalah tokoh sejarah. Kemudian ada Nabi Muhammad dan yang terkini Nelson Mandela. Ada juga yang 'agak baik' seperti Gandhiji dan Mother Teresa.’”

Orang yang paling risau sekali di tengah kehangatan kontroversi ini ialah pengarah Karan Johar. Ini adalah kerana dia sedang sibuk menghabiskan filem yang ada unsur Islam iaitu 'My Name is Khan' yang turut dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol. Kontroversi ini menyebabkan Karan terpaksa membuat kajian semula tentang subjek Islam yang cuba diterokanya.

Inilah pertama kali Karan cuba lari dari subjek kebiasaannya tema cinta dan mencuba sesuatu yang lebih serius seperti subjek Islam. Walaupun Karan cuba meyakinkan semua orang yang 'My name Is Khan' adalah berkisarkan tentang tema kemanusiaan sejagat dan tidak ada kena mengena dengan isu politik, kini dia juga agak was-was samada pilihannya itu selamat atau tidak.

Kini apa yang memening dan menggusarkan Karan ialah bagaimana dia akan berhadapan dengan fundamentalis Islam seandainya mereka merasakan filemnya 'My Name Is Khan' itu tidak kena dengan selera mereka dan bersifat sensitif sedangkan pelaburan mengeluarkan filem ini sudahpun menelan berjuta ringgit kerana penggambaran filem ini banyak dilakukan di luar negara India seperti di Amerika.

Lihat ..Shah Rukh Khan Hina Nabi? Jun 23 2009. Apa sebenarnya? Apakah ulama atau cuma media yang membela? (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Apa apa pun Malaysia sayangkan Dato Shah Rukh Khan yang telah mempromosikan Malaysia menerusi film film nya , begitu juga dengan Todt. Malaysia berterima kasih padanya, kerana walaupun tidak dibayar gaji beliau tetap mempromosikan Malaysiasehingga berduyun duyun orang asing datang melancung ka Malaysia. Kalau tak percya tanyalah nyonya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails