Saturday, January 10, 2009

Yala: Maaflah Kawan...


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan di Thailand.

KERETA kami sampai di suatu simpang, ke kiri bertulis Yala, ke kanan bertulis Mayo. "Kita pergi ke Mayo dulu, nak tunjuk kat mu kedai kasutku, baru buka.." Kata Haji Hamid sewaktu berjalan-jalan mencari kawan-kawan lama kami semasa berada di Makkah.

Yala dan Mayo, mengingatkan saya mengenai e-mail seorang kawan lama kepada saya baru-baru ini pada pertengahan Disember lalu. Beliau anak Mayo yang tinggal berkhidmat di Yala. Beliau menunggu saya, yang akan singgah ke rumahnya selepas pulang dari Bangkok hari tu, tapi tak jadi.

Saya berhasrat nak ke rumahnya kali ini. Saya kenal dengannya kira-kira belasan tahun yang lalu, sewaktu beliau menjadi Pegawai Pembangunan Anak-anak Thai di Malaysia, di bawah sebuah NGO persatuan belia Islam di Thai. Kawan-kawannya pernah menjemput saya beberapa kali berceramah agama dan motivasi, antaranya ialah dari Persatuan Doktor-doktor Islam Thailand.

Saya masih ingat markasnya ialah di Sirorot Road, Yala. Melalui kawan-kawanaya juga saya pernah dijemput memberi taklimat kepada pelajar-pelajar Islam di sebuah unversiti di Pattani. Pernah selepas berceramah kepada persatuan doktor itu, seseorang bangun bertanya...

"Persatuan kami perlukan kewangan, apa pandangan dan saranan saudara yang boleh kami lakukan atau niagakan untuk tambah pendapatan kami?"

"Oo senang sahaja." Jawab saya spontan. "Kan tuan-tuan semua doktor? Sekarang di sini terdapat masalah air bersih, lebih-lebih lagi dari perusahaan orang Islam.. dan di bawah bumi pejabat yang tuan-tuan sewa ini ada air meneral. Bagaimana kalau tuan-tuan cuba keluarkan dan pasarkan? Kan tuan-tuan mahir dalam bidang kesihatan dan segala rintangan mesti ada jalan keluarnya?"

Nampaknya ramai yang bersetuju. Akhirnya, beberapa bulan selepas itu, bila saya datang lagi ke Yala, kawan saya itu membawa saya ke tempatnya menunjukkan perusahaan itu sudah berjalan, dan menghadiahkan ole-ole barang untuk bawa balik ke Malaysia air bersih berjenama 'Ummah' keluaran persatuan doktor-doktor mereka. Itulah antara kenangan yang tak dapat saya lupakan bersama kawan-kawan di Yala.

Kereta yang membawa saya masuk melintasi pekan Mayo dan terus ke hujungnya, berhenti di sebuah kedai yang menjual kasut-kasut dan beg-beg. Lama juga saya perhatikan.. kebanyakan barangan tersebut adalah barangan dari negara China.
Selatan Thai..
"Apa pandangan mu??" Haji Hamid tanya saya.

"Bagaimana kalau mu cuba jadi pengimport dan pengedar barangan dari China di kawasan ini? Terutama di pasar-pasar nat yang kebanyakan penjualnya adalah orang-orang kita?"

"Bagus tu. Bagaimana nak mulakan?"

"Pertama, jom ke China.. Kedua, kalau tak ke China, selidik betul-betul apa barangan di China yang boleh dijual di sini. Soal cara membeli, mengimport dan segala pengurusan berkaitan boleh diurus, tak dak masalah.. Boleh beli dari China dan barang akan sampai ke depan pintu rumah." Jawab saya. "Oo ya, jom kita ke Yala, jumpa kawan saya sekejap..."

Sambil melihat jam, katanya, "Tak cukup masa! Sekarang bukan macam dulu, malam mesti ada di sekitar rumah, tak boleh keluar jauh-jauh.. Jangan sampai kita dituduh 'pengebom berani mati' oleh pihak pemerintah. Besok pagi boleh."

"Oh. Besok saya terpaksa ada di Alor Star. Nampaknya tak jumpa lagi kawanku itu, kali ni." Kata saya.

Melalui tulisan ini, saya nak sampaikan kepada beliau, "Maaf kawan, kali ini kita tak dapat jumpa lagi.. Insya Allah lain kali pula.

Sekian catatan perjalanan kali ini.

Ibnu Hasyim
Ban Palas, Thai.
10Jan 09.

Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

1 comment:

ibnu marzuki al firdaus said...

http://nikah-siam-berkat.blogspot.com/

MAJLIS AGAMA ISLAM YALA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails