Friday, January 16, 2009

Kisah Dari Usbekistan.. Imam Bukhari Lawan Kerajaan!

Ibnu Hasyim:
Cata
taan Santai
Bendera Usbekistan


“LEPAS ziarah China, jom ziarah Usbekistan pula! Pergi ke Taskent, Bukhara d
an Samarkhand..” Kata kawan saya.

“Ada apa di sana?”

“Lihat kesan-kesan sejarah! Ribuan pelawat-pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, telah menziarahi maqam seorang ulama hadis terkenal, iaitu Imam Al-Bukhari di sebuah kampung bernama Khartang di sana. Bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal maqam beliau yang ada sekarang, telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran. Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian nya," kata kawan saya itu.

Beliau berkata kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991, yang sebelum itu mengharamkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan. Kompleks Imam Al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Okt 1998. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung hanya dibenarkan melawat bangunan itu sahaja, manakala maqam asal Imam Al-Bukhari yang terletak di bawah bangunan berkenaan, hanya boleh diziarahi dengan melalui satu pintu khas setelah mendapat keizinan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus kompleks itu.

Selain maqam ulama terkenal ini, kompleks berkenaan mengandungi Masjid Al-Bukhari dan sebuah muzium yang mempamerkan kitab suci Al-Quran dari beberapa negara Islam, kata beliau. Bila kita lihat sejarah, nama sebenar Imam Al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail Al Bukhari. Beliau dilahirkan pada tahun 194 Hijrah, bersamaan 810 Masehi, di Poyikent, sebuah kampung di Bukhara. Dikatakan sejak kelahirannya, Imam Al-Bukhari tidak memiliki daya penglihatan, sehinggalah beliau berusia dua tahun.

Apabila mencapai usia enam tahun, beliau mampu menghafaz seluruh kitab suci Al-Quran dan ulama besar ini menetap di Arab Saudi selepas menunaikan ibadah haji ketika berusia 16 tahun bagi mengumpul dan menyusun Hadith mengikut urutan asalnya. Imam Al-Bukhari mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul Hadith dan hanya menulisnya setelah meneliti perawi semua hadith terbabit bagi menjamin kesahihannya. Setelah urusan ini selesai, beliau kembali ke Bukhara untuk mengajar di madrasah.

Sebagai intelektual yang berdisiplin tinggi, Imam Bukhari dikenal sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadits, tapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fikih, dan tarikh. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat, sehingga ia menduduki darjat sebagai mujtahid mustaqil (ulama yang ijtihadnya independen), tidak terikat kepada mazhab tertentu, sehingga mempunyai otoriti tersendiri dalam berpendapat mengenai hukum. Diantara puluhan kitabnya, paling terkenal ialah kumpulan hadits shahih yang berjudul Al-Jami’ Ash-Shahih, atau lebih populer dengan sebutan ‘Shahih Bukhari’.

Imam Al-Bukhari adalah seorang yang tetap berpegang teguh dengan prinsipnya. Beliau sanggup diusir atau diperintahkan tinggalkan Bukhara oleh keluarga diraja atau pihak kerajaan ketika itu, hanya apabila beliau enggan datang ke istana bagi mengajar anak raja. Kerana dia tetap dengan pendiriannya bahawa ‘bukan guru yang pergi mencari murid, tapi muridlah yang perlu datang kepada guru untuk menuntut ilmu!’.

Ulama Hadith ini tidak berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa bertentangan atau berlawan dengan pihak raja, yang kemudiannya beliau pun membawa diri ke perkampungan Khartang dan menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi. Kata penduduk kampung berkenaan, selepas beliau dimasukkan ke liang lahad di Khartang, seluruh kampung itu harum dengan bau kasturi untuk beberapa lama.. dan pada malamnya sekitar kawasan kubur beliau telah diterangi cahaya..

“Bukan melawat saja, tapi kita kena ambil iktibar dari ilmu Imam Al-Bukhari. Beliau yang berprinsip dan tetap tidak berganjak dari prinsipnya. Beliau mengamalkan ilmu yang beliau tulis, walaupun dianggap membinasakan diri. Ertinya, beliau sanggup menulis kitab dengan darah sendiri… Ulama-ulama dan pemimpin seperti itulah yang amat dikehendaki sekarang.” Kata saya.

Sekian catatan santai kali ini. Insya Allah, kalau ada kesempatan kita akan sambung mengenai Imam Al-Bukhari lagi.

Ibnu Hasyim
Catatan Santai,
KL Jan16, 2009.


3 comments:

Qorie Afifi said...

Haji dah balik mai malaysia ka? Bila sampai sini?

Ibnu Hasyim said...

Qarie Afifi,

Dah!Baru sari dua.. Salam perkenalan, kalau ada kelapangan boleh kita jumpa, insya Allah.

Boleh kenal-kenal lagi..

Qorie Afifi said...

InsyaAllah boleh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails