Monday, December 22, 2008

Supaya Politik Cina Malaysia Berubah Ke Arah Islam?


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di China

MALAM minggu semalam, saya berjalan-jalan depan China Hotel, antara hotel terbesar di Guangzhou. Ramai manusia-manusia berkeliaran bagai kelawar mencari sasaran makanan dengan pelbagai ragam.

Saya singgah di depan seorang pelukis yang menjual karya lukisannya. Dia melukis wajah pembeli atau sesiapa yang mahu dilukis pembeli itu. Hanya dalam beberapa minit sahaja siap dilukisnya. Harganya 50 yuen, kira-kira RM25.
Sedang bercakap-cakap dengan pelukisnya, tiba-tiba seorang wanita muda bertanya mempelawa khidmat massage atau urat badan...

"Amoi-amoi cantik yang mengurutnya," katanya dalam bahasa Inggeris. "Kalau mahu khidmat seks pun boleh juga, kami sediakan."

Saya tidak pedulikan hal itu, walaupun ramai lagi wanita-wanita muda lain datang mempelawa benda yang sama sehingga menjelang tengah malam.

Yang menarik ada seorang wanita bertudung, berpakaian rapi dan kemas sesuai dengan waktu dingin malam di sana, datang berbisik bertanya, "Encik guna telefon? Saya ada jual kad telefon..." sambil mengeluarkan beberapa keping kad.

"Kamu beragama Islam?" Saya tanya.

"Ya! Encik juga Islam?"

Bila saya angguk, "as-salamu'alaikum?" ucapnya.

Lepas saya jawab salam, dia berkata, "Kami orang Islam di sini terpaksa kerja kuat sambilan hingga ke malam sesudah berkerja siangnya, untuk menyara kehidupan."

Dia memberi tahu teman-temannya, saya dari Malaysia. Akhirnya ramai yang datang berkenalan. Ramai darinya adalah kaum lelaki, seolah-olah mereka semua dari satu kumpulan orang-orang Islam. Ada juga yang menjual barangan hiasan kulit harimau di kaki lima sekitar depan hotel itu.

Jauh dari hotel itu, depan kelab hiburan ada orang Islam yang menjual daging bakar seperti satay dan makanan ringan lain. Mereka memakai kupiah orang Islam. Teringat saya siang tadi, di tempat-tempat ramai dipinggir jalan ramai orang Islam berniaga menjual makanan ringan seperti kismis, dan buah-buahan tanah Arab, yang mungkin pembelinya majoriti orang Islam.
Ada yang cuma berjual di atas satu meja kecil atau basikal roda tiga sahaja. Ertinya mereka adalah peniaga-peniaga kecil. Kecualilah pemilik-pemilik restoran makanan halal, yang mungkin pendapatannya agak lumayan.

Ibnu Hasyim bersama seorang pengusaha restoran makanan Islam di Guangzhou.

Peniaga-peniaga kecil Islam di Guangzhou yang sering dikejar pihak bandarayanya.

Al-hamdulillah, rupanya 'makanan halal' adalah suatu aset besar memberi peluang perniagaan kepada orang Islam di negara bukan Islam, yang orang bukan Islam tidak mampu melakukannya. Menurut mereka, mereka sanggup berhijrah ke negara lain kalau dapat peluang untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Sehingga terfikir-fikir di fikiran saya, kalau mereka ini dapat dibawa ke Malaysia untuk mengimbangi kemasukan orang-orang Cina bukan Islam yang masuk secara haram di negara kita. Kegigihan mereka perlu diimport dan digembeling untuk mengimbangi kegigihan orang Cina bukan Islam... Supaya politik orang Cina di Malaysia akan lebih cepat berubah ke arah Islam di masa mendatang.

Sekian.

Ibnu Hasyim,
Dis22, 2008,
Guangzhou

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

4 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
INilah yang sedang direncanakan oleh golongan anti Islam di Malaysia. memabawa masuk orang asing secara berterusan.
Kini lebih baik membawa masuk pekerja cina beragama Islam sahaja. Kerana Malaysia adalah negara ISlam dan Islam perlu menjadi syarat kepada pekerja asing masuk ke Malaysia..

Mohd Shubhi said...

Kalau nak bawa masuk yang bertudung tolong bagitau saya...

HeroHuruHara said...

Perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat agar menjadi satu resolusi yang positif. Membawa rakyat China Muslim lebih beerti dari membawa rakyat Vietnam Non-Muslim yang banyak membuat onar. Hanya satu kebaikan pekerja Vietnam di Malaysia ini iaitu membantu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya membersihkan anjing-anjing liar di kawasan pendudukan sekitar. Mereka ini rajin sehingga anjing-anjing liar dibersihkan hingga tinggal tulang.

Pengalaman saya bertahun dengan pekerja asing memang banyak untuk dikongsi. Baik dari Bangladesh, Pakistan, Nepal, Indonesia dan Vietnam. Tapi Vietnam lah yang saya paling tak boleh terima kerana terlalu banyak onarnya.

Anonymous said...

Yang perlu dinyatakan ialah statistiks masyarakat ISlam di Cina yang melebihi 100 juta orang.
Cukup ramai untuk merubah lanskap sosio budaya Malaysia sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails