Wednesday, December 03, 2008

Perpaduan Kaum: Pejuang Melayu Juga Perlu Berhati-hati..


Ibnu Hasyim
Catatan Santai dari Parlimen

KITA sambung ke sidang Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 70, Isnie 1 Disember 2008, semasa membahaskan usul-usul berkaitan dengan perpaduan kaum, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…

{ 10.47 mlm. Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun] berucap… tapi dipangkah oleh bekas Ketua Pembangkang di parlimen Tuan Lim Kit Siang..

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan 196 apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benar faham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut. Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah
vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]: Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee: Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.

Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itu mengelirukan kita. Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yang berbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Dewan akhirnya ditangguhkan pada pukul 11.02 malam.}

Begitulah, demi keharmonian kaum, kedamaian kita bersama sebagai rakyat Malaysia, maka sampah-sampah perkauman dan asobiah perlu dibakar habis. Kikis buang daki-daki perkauman.

Catatan santai: Ibnu Hasyim (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Disember2, 08. KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails