Sunday, December 07, 2008

Penipuan Egensi Ternak Lintah? Ekoran… artikel Wak Dukun Lintah.




Ibnu Hasyim
Catatan Santai

MAAF, agak terlambat saya baca komen kepada tulisan saya Friday, November 16, 2007 Kisah Wak Dukun Lintah.. Walaupun saya bukannya ‘wak’ seperti yang dimaksudkan, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan. Komennya berbunyi..

Bunga said... Assalammualaikum wak...saya ni dah 2 tahun membuat terapi lintah ni secara kecilan. Sekarang saya nak menternak lah pulak.. saya nak bagi makan apa lintah yang khusus untuk terapi.. sebelum ni saya cari di paya atau dalam ladang.. untuk pengetahuan wak, lintah yang dah saya gunakan utk terapi, saya akan lupuskan. Boleh x nak no fhone wak.. bolehlah kita bekongsi cerita .. December 5, 2008 12:49 AM .

Teringat saya kepada kepada pertemuan dengan beberapa kawan dari Johor Baharu beberapa hari lepas. Seorang darinya bernama Ustaz Zainudin, adalah seorang usahawan pernah mengikuti kursus Memborong Di China yang julung-julung kali di adakan di KL, di mana saya juga terlibat sebagai salah seorang penceramah motivasinya, beberapa bulan lepas.

“Saya berterima kasih kepada penganjurnya, kerana hasil dari kursus itu bulan lepas saja saya sudah beberapa kali berulang-alik ke China dan memperkenalkan beberapa produk baru. Agak berjaya.. dan bulan depan saya jemput pihak tuan merasmikan kedai baru yang akan kami buka di Johor Baharu!” Katanya.

“Tapi…” Sambut teman yang berada di sebelahnya, “..saya tertipu dengan satu kursus yang saya telah hadiri, kursus ternak lintah. Musnah puluhan ribu RM kerana gagal, bila sudah laksanakan projek dongengannya!”

“Tertipu?” Saya tanya. “Kenapa??”

“Ya. Bayangkan, waktu hadir kursus dulu begitu lunak dan lumayan janji penganjurnya untuk beli balik. Terpaksa kami peserta-peserta kursus beli benih lintah darinya se ekor RM3. Tetapi bila sudah berhasil ternak, dia beli balik dengan harga RM50 se kilo. Se kilo terdapat kira-kira 150 ekor… jadi, kira-kira RM0.333 se ekor. Tak kira lagi modal yang kami keluarkan, makanan yang kami beri dan pelbagai kelengkapan dan rawatan.. rugi akhirnya. Tu sebab saya kata, tipu!” Jawabnya.

“Oo. Jadi masalahnya, pasaran le..” Sambut kawan saya, penganjur kursus borong di China pula. “Teringat saya sewaktu lepas adakan kursus borong di China dulu, ada seorang penganjur ternak cacing atau wakilnya, bertemu dan bertanya saya kalau-kalau dapat cari pasaran cacing di China. Saya terkejut. Bagaimana boleh jadi begitu, hampir seluruh Malaysia sudah dicanangkan dan diadakan kursus ternak cacing, sedangkan pasarannya masih belum ada?”

Begitu juga kursus-kursus lain seperti tanam cili, cendawan, ikan keli dan sekarang tanaman serai pula? Jangan cuma yang untung ialah penganjur-penganjur kursus sahaja? Mengapa tidak diatasi masalah-masalah seperti pasaran, penyakit, permakanan dan sebagainya, yang boleh meruntuhkan keusahawanan belia-belia atau pelajar-pelajar kita baru keluar pusat pengajian? Lihat, banyak tapak-tapak semaian dan tanaman yang terbengkalai! Mana tanggung jawab kementerian-kementerian atau agensi-agensi berkaitan dalam mengawasi, membimbing dan memajukan perusahaan anak-anak negeri??

Itulah penjelasan mengenai komen (Bunga said..) di atas. Berjaga-jagalah dan cari punca-punca supaya dapat diatasi masalah-masalah yang berbangkit. Jangan sampai perusahaan tersebut jadi macam isu-isu semasa dalam politik yang akhirnya hilang lenyap ditiup angin lalu. Yang menanggungnya adalah anda sendiri dan berseorangan. Kalau pucuk paku tak laku boleh dibuat kerabu, tetapi kalau lintah dan cacing takkan nak buat kerabu juga??

Sekian, harap maklum. Wallahu aklam.

Dari

Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember7, 08. KL

1 comment:

laziaf said...

Kenapa nak disalahkan agensi kerajaan dan pihak-pihak sewaktu dengannya. Sedangkan semasa menjalani Kursus dan memepelajari semua itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada pihak kerajaan. Dah terhantuk baru nak pergi berubat. kaji dahulu semua aspek. itulah orang kita, nak buata sesuatu nak berniaga tak kaji selidik terlebih dahulu dari segi undang2, pasaran, pemasaran tahu-tahu dah kena tipu. Tipah tertipu bang....tipah tertipu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails