Monday, November 10, 2008

YB Balik Pulau, Baca Ni…

Cikgu Mat Isa (kiri) bersama penulis.

Catatan Santai Ibnu Hasyim

LAGI merujuk kepada tulisan saya yang lalu Saturday, October 4, 2008, ‘Kisah YB Balik Pulau…’, terdapat 7 komen, antaranya dari abdrahim kassim, bumilangit, Anak Bakaq Kapoq, Syed Ali Syed Hamid, Dr Hasan P.Pg., shafarina, dan yang memakai nama Eh. Terima kasih atas komen-komen anda. Saya pilih dan muatkan komen ini untuk pengetahuan dan tindakan kita bersama ...buatlah apa yang patut.

Eh said...

Sebelum AKU ulas sikit..biaq kita renung sat tujuan manusia menjadi khalifah muka bumi ni.. Ulasan AKU:

1) Bab YB yg popular dgn rungutan ni bagi aku kes di mana DIA disayangi dan digalangi sejuta harapan rakyat Balik Pulau untuk tiup arus pembangunan dan modified sistem pemikiran sedia ada ni.. YANG NI alhamdulillah dia ada visi dia yang sebelum ni nama dia MAKMUR dan kemedian tukaq jadi MUAFAKAT..harap-2 lepaih ni jangan jadi nama lain pulakk..kerap tukaq nama pun masalah juga.. RAKYAT FENINGGG !!!

2) VISI yg dalam MUAFAKAT ni nampak cantik la pasai YB ni ada bawa dua tiga visi yg dok kuat hendak AKU sendiri nak majukan..contoh PENDIDIKAN, TARAF SOSIO-EKONOMI dan PEMAHAMAN UNDANG-2.. bab yg baik AKU kena akui dan yg kurang lagi sama-2 kita tambah asam garam bagi dia sedapp..

3) Tapi YB.. please look forward a a mile not a step ahead.. RAKYAT ni dah mempunyai pendidikan yg terbaik takat yg depa mampu dan taraf sosioekonomi depa pun alhamdulillah baik la dari tahun awal 90-an dan sebelumnya..AKU ingat lagi kalau awai 90-an dulu belia Jalan Baru contohnya cukup sennag hang nak pi jumpa kalau singgah sat kat kilang PLAAT, WOODARD, EMICO dan BAXTER... tapi la ni alhamdulillah ramai dah dari kelompok ni yg berjaya dalam bidang niaga sbg kontraktor kecil dan lain2..

DEPA ni bukan paksa YB pi mengadap muka di kedai kopi atau paksa diri makan kenduri masa hari cuti..tapi depa nak satu ACTION that firmly changes even a 1% of current Local Authorities Dissabilities.contoh paling senang la sepanjang Jalan Baru dari rumah AKU (rumah agam putih tinggalan arwah Tok Wan AKU) sampai ke Sg.Burung pantang hujan 30minit ayaq bertakung ataih jalan.... yg dok meniaga tepi-2 tu oghang seagama dgn AKU sebangsa dengan AKU...tiap-2 kali lepas hujan jenuh depa dok kena parking kerusi tak bagi oghang langgaq ayq takut merecik masuk dalam makanan...ni kira kalau YB berjaya selesaikan...paling tidak bonuslah bagi sapa-2 yg alami kesusahan punca daripada ni..budak-2 sekolah pun takdalah kena langgaq dengan LORI TANAH yang HARAM JADAH dok bawa laju-2 pasai budak kayuh basikal sampai ke tengah jalan nak elak kena percik air bertakung... CUKUP MUDAH kalau boleh selesai benda sekecil ni Insya Allah hat yang lain pun mampu YB buat

4) Lagi satu bab lori-2 HARAM JADAH..(yang haram jadah ni drebar lori) samapi ke hari ni bawak laju tak pernah kata nak respek undang-2 jalan raya maksimum 60km/j saja BEB..tapi haram jadah ni balaih ikut dan..AKU ni pasai MALAYSIA ada undang-2..kalau tadak aku dah pinjam senapang bapak AKU haria kepala drebar lori ni sorang-2

5) Nasikat AKU kat YB paling kurang masa balik hujung minggu ni at least spend 45minit setiap hari dengan wakil-2 JKKK/ Qaryah Masjid untuk dapat apa-2 feedback/input untuk YB rancang kerja YB masa depan.. paling BUSUK la 45 minit satu sessi campuq sabtu dan ahad YB dah dapat cover at least 6 kampung satu minggu... takyah dok usung laptop dgn projector tu pasai nak set up saja makan masa 30 minit..orang kampung la ni pun masing-2 tak berapa nak tengok sangat projektor tu pasai masa dulu-2 dah puas dok tengok gambaq Mr. OS dan BADUL kat padang sekolah sungai korok depan projektor van penerangan..

Yang penting YB (sahabat bagi AKU walaupun profession kita tak sama) a face to face discussion and intention worths thousands rather than a book of paper. cuba lah plan masa bukan banyak sikit saja untuk bertemu PELANGGAN anda yg dah keluaq modai masa PILIHANRAYA..bukan duit yang depa mintak tapi ITULAH kehadiran ANDA beserta dengan kata-2 yg bermanfaat Insya Allah takkan dengaq dah rungutan macam ni..

Oghang sayang itu pasai oghang komplen..kalau oghan dah meluat apa hang buat pun oghan tak ambik PORT.. berubahlah selagi diri masih disayangi..

Oghang Pulau Betong YB takyah layan pun takpa pasai sampai ke haghi ni dok jaja nama UMNO walaupun baju singlet yg dia dok pakai tu beli masa ghega RM2.00 dan lani dah ghega RM9.0..betapa lamanya UMNO dihati oghan Pulau Betong... TAPI kalau di PORT kedai Uncle Suri Insya Allah perjuangan sebenar masih segar dalam hati kami...paling kurang tak gheti nak berplotik dan berpropaganda tapi bab nak kecoh dgn pemimpin yg seleweng NO WAY BUDDY!! Oghang kg perlis YB patut kena singgah pasai daghi zaman PRM sampai ke calon PAS hingga balik calon PKR depa ni solid tak berbelah bagi.

Wadah perjuangan ni contoh terbaik tgk kat cikgu AKU (Cikgu Mad Isa)...depan pejabat bahagian UMNO dia boleh haria kempen soghang-2 dia dok ghamai-2 org UMNO keliling dia..ni barulah SOLIDARITY...cakap dia banyak tapi gheja dia buat pun dah banyak tak terkira (semoga Allah sahaja yang mampu balas budi cikgu AKU ni)... remembered well when he interviewing me for PMR English ORAL lesson test... daghi haghi tu AKU mola hilang malu cakap inggeris walaupun pelat tapi kalau nak OPEN DEBATE in English Insya Allah I'm here to participate... cuma jgn bagi tajuk AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR pasai ni kena belajaq banyak lagi... Lim Guan Eng pun kigha boleh sikit-2 cuma tang pangkai dia.. October 20, 2008 11:52 PM”.

No komen. Sekian, sebagai makluman dan kebaikan bersama, walaupun agak terlambat.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com

6 comments:

Anonymous said...

aku memang tak puas hati pasai yb balik pulau ni,dah la tak pernah mai sua muka langsung,tanya habaq pun dak.nak jadi apa ni?3 - 4 tahun lagi baru nak tunjuk muka kut...tu pun mungkin bersebab... jgn la mcm tu yb..kesian kat kami ni,jgn ikut teladan umno tu..

Anonymous said...

Balik Pualau 2008 jauh berbeza dari tahun 1975 masa menziarah bapa bertugas disana. balik Pualau memerlukan pengisian rohani di atas kerangka fizikal yang merobah warna-warna dan aroma durian dan buah pala.
Anak-anak Balik Pulau inginkan agar kemudahan asas dibangunkan semalam dan bukan menunggu peruntukan DUN 2009. Melayu Balik Pualau adalah saki-baki orang Melayu yang masih tinggal di atas pulau. Yang lain telah lama hilang dari celah-celah pembangunan di Glugor, Jelutong dan Tg ToKong.
YB ni kena sedar bahawa masa untuknya terhad dan perlu bergeak segera bukan mengikut aroma buah pala dan durin yang ditiup angin bukit Balik Pulau.
Sebelum terlewat, lakukan sesuatu YB. Demi anak bangsa demi umat Islam yang terlalu sikit di atas pulau mutiara ini.

bumilangit said...

PRU amerika dah habes, 'Obama' dah boleh balik ke pulau la kot.

(maaf brader, kena tegur kasaq sikit, kalau hang tak tegoq aku lepas ni pon takpa, aku tak kesah; janji hang terkesan. anak muda ni kalau tegur kasaq2 nanti merajuk)

Anonymous said...

Assalamualaikum ...
Saya pernah tinggal menyewa di Kongsi (rumah tepi padang bola) pada tahun 1988 semasa menjalani latihan mengajar di SK Genting... pada masa itu guru besarnya adalah seorang perempuan berasal dari Kuala Kangsar (x ingat namamya). Seingat saya masatu PAS x sehebat sekarangni ... buktinya PR menang kawasantu. Itulah kehebatan PAS yang sentiasa bersungguh - sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan. Cuma saya agar risau membaca aktikal tuan berkaitan kurangnya perhatian wakil rakyat kawasan tuan mengambil tahu perihal rakyat. Mohon tuan lakukan sesuatu agar kepercayaan rakyat dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Baru sekejab tadi saya menonton TVPAS berkaitan perbahasan di parlimen. Betapa teruknya pihak kerajaan (TPM) hingga tidak memberi laluan langsung pada PR untuk mengemukakan pertanyaan. Takkan org mcmni nak jadi PM... lagi lucu depa nak ulas kejayaan Obama di US. Jadi semoga Allah sentiasa memimpin saudara-saudara di sana untuk terus berjuang dalam usaha mendaulatkan Islam....
Amin

Anonymous said...

reti sikit2 inggeris jgn dok tulis mcm ni, buruk sgt

Anonymous said...

Semoga Che Mat terus unggul. Semoga kejayaan membangunkan Islamic Centre kat area Pekeliling dapat dibawa ke Balik Pulau. Saya amat sedih dengan prestasi Kawasan la ni tapi tetap setia membantu walau tak diperlukan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails