Monday, September 15, 2008

Ledakan 11 Sept: 10 Perkara Surat Tok Guru Nik Aziz..


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

SAYA terima e-mail dari seseorang, tulisan bertajuk, ‘Terengganu Tersalah Pilih Pesuruhjaya’, dikatakan surat Tok Garu Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan. Isi surat 10 perkara atau artikel yang pada asalnya disiarkan di blog http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/

Disusuli dengan artikel baru bertajuk ‘Akhirnya aku jadi mangsa, kena tarik balik artikel isu 'Tok Guru vs Mustafa Ali’.

Artikel ini juga didebatkan didalam forum di link http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=375587&extra=page%3D1.

Pihak saya juga telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat mengenai kesesuaiannya disiarkan. Maka di sini saya pamerkan surat tersebut..

Terengganu Tersalah Pilih Pesuruhjaya.

1…Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2…Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskan oleh Muktamar secara "standing ovation".

3…Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4…Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato' Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu "tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang." Sentimen Mustafa yang "terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti" betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5…Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk "meredakan keresahan rakyat" yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. "Cross over" kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. "Standing ovation" itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6…Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7…Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8…Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9…Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10…Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato' Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh :
11 Ramadhan 1429
/11 September 2008.

Semoga surat ledakan surat 11 September akan tepat sasarannya. Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
September15, 08. KL.

13 comments:

Anonymous said...

Sokong kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Kelab Penyokong PAS menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta pemimpin PAS pusat mendukung keputusan Muktamar PAS Pusat Ogos lalu.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chow menegaskan kenyataan Mursyidul Am PAS itu tidak harus dipandang ringan.

"Kita lihat hari ini ada pihak yang sudah berani membelakangkan keputusan yang dicapai dalam muktamar yang lalu," kata beliau ketika ditemui di lobi Pejabat Agung PAS.

Beliau juga menegaskan ahli-ahli kelab penyokong PAS turut menyatakan sokongan mereka terhadap teguran yang dibuat oleh Nik Aziz terhadap Mustafa Ali.

Selain itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa Ali telah menguris hati ahli-ahli kelab penyokong PAS.

"Kita sokong PAS sebab kita tak nak BN dan Umno tapi dia macam nak ajak join Umno," kata beliau.

Hu Pang Chow turut mengulangi kenyataan beliau bahawa PAS memerlukan kerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan baru bagi mengantikan Barisan Nasional.Harakah.

Anonymous said...

Adikku Ibnu Hasyim,

I setuju komen you,'Semoga surat ledakan surat 11 September akan tepat sasarannya.'

PAS perlu buat pembersihan terhadap usaha menyelewengkan PAS dari perjuangannya. Jangan biarkan dedalu bertenggek yang akan merosakkan pohon PAS.

Perlu ada seperti Osama Laden yang mengebom WTC 11 September di AS, dalam kontek PAS di Malaysia dalangnaya ialah PWTC (UMNO).

Terengganu perlu diselamatkan segera, sebelum terlewat. Hanya Tok Guru Nik Aziz orang sezaman dengan Dato' Asri, yang sesuai menyelesaikan masalah rakan sezaman dengannya.

By Veteran PAS.

Anonymous said...

Kenyataan Murshidul Anm TG Nik Aziz tentu bersebab. Pad masa yang sama juga kita semua ingin tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Cikgu Pa. Bekas Timbalan Menteri kabinet Hussein Onn ini tentu memahami dengan lanjut sesuatu yang kita semua tidak tahu.
WALAUBAGAIMANAPUN, dalam gerakan Islam, adalah wajib mengikut arahan Amir. dan di sini sudah tentu TG Nik Aziz lah Amir kita.

Anonymous said...

Selamatkan HARAKAH dari jadi kuda tunggang Mustafa Ali.

Tindakan perlu diambil ke atasnya, siasat desas-desus penyelewengan yang mula diperkatakan ahli-ahli PAS.

Salah guna wang HARAKAH? Bersekongkol dengan Dato' penyamun wang HARAKAH sebelum itu?

Tak mahu lepas HARAKAH lagi walaupun terlalu lama memegangnya dan ramai yang dah meluat?

Kekeronian? Dan segala macam lagi..

Anonymous said...

Jangan tuduh melulu tanpa bukti yoep! akan dipertanggung jawab di akhirat!

Anonymous said...

Siasatlah.

Aku boleh tolong cari bukti. Aku juga boleh jadi saksi..

Anonymous said...

Panglima Perang Cyber, sebenarnya bukan penembak tepat, tetapi penembak rambang dan buta-tuli. Adik beradik mem- babibuta-.

Cuba cek? Lihat blognya, macam penulis upahan BN..

Anonymous said...

Mengapa salin dari Blog Antihusam, tidak beri pandangan sendiri? Aku cek blog-blog Panglima Perang Cyber, ada beberapa blognyanya..

Tapi tiada maklumat siapa sebenar pengendalinya. Tiada langsung nama penulisnya. Tiada tanggungjawab. Baling batu sembunyi tangan.

Salin dari blog antihusam, yang juga menyembunyikan siapa penulis dan pengendalinya. Aku ingat inilah penempak curi..

Penembak curi pun tak apa-apa, tapi kena tahu dari pihak mana. Diri bunyi letupan tu, aku yakin ini penembak upahan dari kerajaan BN yang bimbang dengan pakatan rakyat.

Kalau orang PAS kritik Tok Guru dan pimpinanan pun ada batasnya..

Bukan nak melaga-laga pimpinan. Akan terserlah juga akhirnya. Kina kena jaga-jaga.

Aku Ahli PAS veteran,
nak beri nama & dan nombor ahli pun boleh..

Anonymous said...

Mustafa, Nik Aziz bertemu selesaikan isu 16 Sept

Jimadie Shah Othman | Sep 18, 08 1:05pm

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Pilihanraya Pusat parti itu, Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan 'empat mata' hari ini difahamkan bagi menyelesaikan 'pertelagahan' antara mereka berhubung isu peralihan kuasa yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

nik aziz 01Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan dilihat sentiasa memberi sokongan moral kepada Anwar untuk menjadikan peralihan kuasa itu satu realiti.

Manakala Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu pula dilihat tidak yakin usaha Anwar itu akan menjadi kenyataan.

Dalam pertemuan tersebut, Malaysiakini difahamkan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS telah memperjelaskan pendirian masing-masing dan 'hubungan mereka kini kembali seperti sediakala'

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mustafa mengesahkan mengadakan pertemuan tersebut di Kota Bharu pagi tadi atas permintaan Nik Aziz.

mustafa ali 01Mustafa enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan yang bermula jam 10 pagi tadi, tetapi beliau kedengaran ceria ketika bercakap dengan Malaysiakini.

Menurutnya, pertelagahannya dengan Nik Aziz itu berpunca daripada "salah faham" semata-mata.

"(Perkara ini) macam ayah dengan anak," tambahnya.

Ahad lalu, dalam ceramahnya di Taman Melewar, Gombak, Nik Aziz secara terbuka mengkritik kenyataan Mustafa yang tidak yakin pertukaran kerajaan pada 16 September.

Merujuk kepada kenyataan Mustafa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia serta wawancaranya dengan Harakah mengenai isu tersebut, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya PAS itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul serupa dengan nada presiden Umno".

Malah, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya".

Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini, enggan mengulas kritikan menteri besar Kelantan itu.

"Dalam pertemuan pagi tadi, (kami) bincang perkara itu (perselisihan faham) sekejap saja. Yang lain kita sembang-sembanglah," kata Mustafa.

Anonymous said...

Al-hamdulillah,

Mustafa sebagai anak telah berunding dengan ayahnya Tok Guru. Mungkin sudah selesai.

Yang belum selesai ialah hantu-hantu yang membaling batu, tetapi sembunyi tangannya.

Itulah bapuk-bapuk yang tak berani tunjukkan identiti. Boleh mengkritik dan berhujjah tetapi mesti bertanggungjawab. Hentikan blog hantu 'antihusaqm' itu.

Jangan jadi panglima, kalau tidak berani bertarung berdepan, bukan musuh dalam selimut. Pengganas komunis yang menentang kemerdekaan Malaya dulu pun, masih ada identiti komunisnya.

Porrah bapuk!!

Anonymous said...

Harakah Kesal Dengan Lopuran MalaysiaKini..

Kesal Malaysiakini buat kenyataan tanpa kebenaran penulis - Harakahdaily Net
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Sep 17, 08 | 7:04:11 pm MYT

Merujuk kepada laporan laman web, Malaysia kini, saya Wan Nordin Wan Yaacob ingin menyatakan rasa kesal dengan laporan yang disiarkan dalam Malaysiakini.com hari ini bertajuk ‘Fractures re-emerge within PAS over Sept 16 plan’ oleh Jimadie Shah Othman yang menyiarkan kenyataan peribadi saya yang tertera dalam blog saya.

Saya kesal dikaitkan dengan isu tersebut yang sebenarnya disalahtafsir oleh Malaysiakini dalam laporannya hari ini.

Saya menyatakan bahawa saya bukan diarah, sebaliknya hanya diminta menarik kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mana saya buat dengan rela hati saya tanpa paksaan sesiapa pun.

Dengan laporan Malaysiakini itu, saya menafikan ianya datang daripada saya dan saya percaya ia datang daripada salah seorang kakitangan yang mungkin memberi kenyataan tersebut kepada Malaysiakini tanpa kebenaran saya.

Saya akui memang wartawan Malaysaikini cuba menghubungi saya semalam, namun saya tidak mahu menjawab telefon tersebut malah tidak mahu melayan pertanyaan beliau.

Justeru ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada Malaysiakini berhubung isu yang disiarkan.

Apa yang terkandung di dalam blog saya tidak ada kena mengena dengan pekerjaan saya, malah saya menafikan sekeras-kerasnya ada usaha menekan saya. _
Analisa Penulis :

1. Malaysiakini nampaknya sudah membuat laporan tergesa gesa tanpa mendapat kebenaran penulisnya.

2. Malaysiakini tetap meneruskan usaha menerbitkan laporan tersebut tanpa keizinan penulis Harakah.

3. Adakah ini akan merenggangkan hubungan Harakah dan Malaysiakini selepas in ?

4. Adakah Harakah dapat meminta Malaysiakini memohon maaf atas kenyataan tanpa kebenaran penulisnya ?

5. Kenyataan penulis Wan Nordin juga keliru dengan ’saya bukan diarah tetapi diminta ‘ seperti juga kenyataan Anwar Ibrahim ‘ saya tidak berbohong tetapi tidak gila ‘…

6. Ramai percaya penulis di atas ingin menutup isu kenyataan Nik Aziz yang mengkritik Mustafa Taib - yang jelas melambangkan usaha menyekat suara Nik Aziz - yang sangat bahaya untuk imej Islam PAS yang ingin dilihat terbuka dan tidak menyekat suara mana mana anggotanya.

7. Politik mungkinkan apa sahaja. Dan mungkin ini juga satu lagi tindakan ‘ menyapu sampah bawah karpet’ ?

Panglima Perang Cyber said...

terima kasih tengok blog dlm team ambo.

jgn mudah emosi sangat.

kawe ajak kita semua fikir jah.

Keputusan terserah ko demo.

Kalu kawe nak sembunyi blog2 kawe lain. kawe boleh buat dgn senang jah.

tapi kawe tahu kita kena berani.

ada masa kawe akan tunjuk diri.

cuma, ada orang kata :

Lihat apa orang kata bukan SIAPA yang berkata.

yang baling batu sembunyi tangan jenis lempar fitnah.

tapi melempar idea, saranan, pandangan dikira fitnah ?

Masya Allah !

jika takut dikritik jangan bertarung di alam siber politik.

Anonymous said...

Order Cipro Thailand [url=http://blog.bitcomet.com/post/265464/ ]Buy Paxil Online With No Prescription[/url] Diflucan Medicine Online Prescription Canada Cheap Cipro Ciprofloxacin Bioavailability Paxil Lawsuit Steven Johnson [url=http://blog.bitcomet.com/post/265471/ ]Xenical Online Consultation Buy Cheap[/url] Generic Xenical Canada Cheap Non Prescription Order Prednisone Cipro And Rash Cipro Xl 500 Mg Side Effects Buy Prednisone With Out My Drug [url=http://blog.bitcomet.com/post/265404/ ]Ways To Get Prescription Online Buy Prednisone[/url] Cost Of Prednisone Diflucan Prescription Download Generic Diflucan Minus Prescription Canadian Life After Paxil [url=http://blog.bitcomet.com/post/265430/ ]Buy Cipro Online Without Rx[/url] Xenical Online Prescriptions Side Effects If Prednisone Canine On Prednisone Cr No Prescription Cheap Paxil Mg [url=http://blog.bitcomet.com/post/265444/ ]Indication Buy Diflucan Online[/url] Cipro Warning Fda Discount No Rx Buy Xenical Kitchen Cooked Tadalafil Amazon Tadalafil Prescription Online Doctor [url=http://blog.bitcomet.com/post/265457/ ]Buy Tadalafil Online Pharmacy[/url] Buy Tadalafil Prescription Online Low Cost Ciprofloxacin Tendon Joint Orlistat No Prescription Xenical Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails