Friday, August 08, 2008

Tak Reti Tadbir..Pak Lah Bole Belaah!!



Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


“HUTANG Malaysia pada 2006 berjumlah RM 242.2 bilion yakni 44.3% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun lalu berbanding RM228.7 bilion atau 46.2% pada 2005. Dari jumlah itu, RM217.2 bilion atau 89.7 % merupakan hutang dalam negara manakala RM25 bilion atau 10.3% lagi adalah hutang luar Negara.” Kata seorang kawan yang baru pulang dari Permatang Pauh.


“Mana hang tau?”


“Pak Lah jawab pertanyaan YB Salahuddin Ayub PAS Wakil Rakyat Parlimen Kubang Kerian di Dewan Rakyat hari tu..”


“Pulau Pinang macam mana pula?”


“YB Hamdan PAS, wakil rakyat Permatang Pasir pernah tanya kerajaan BN di DUN Pulau Pinang, berapakah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sehingga tahun 2005 dan bagaimana kaedah bayaq balik dibuat? Depa jawab…. Hutang kerajaan negeri hingga 31 Disember 2005 berjumlah RM446,696,252.94…


..dan kedudukan baki pinjaman mengikut jenis adalah…
1..Pinjaman Membiayai Projek Bekalan Air RM 397,672,232.79
2..Pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah RM 49,973,299.19
3..Pinjaman Perbagai RM 2,050720.96
Maka jumlah semua ialah RM 446,696,252.94”


“Hoo banyak tu.. Nampaknya, puak-puak ni tak reti perintah negara, bole belah la cepat-cepat… Jom kita tolak BN sekali lagi!!”


Sekian, catatan santai kali ini. Undilah PKR!!


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos08 KL.

3 comments:

Anonymous said...

X setuju undi PKR....sbb prinsip perjuangan buka nak menegakkan ISLAM.....harap PAS boikot permatang pauh dan serah kepada TAKDIR ALLAH siapa yang akan menang........pengundi PAS harap x kuar ngundi........TAKBIR!!!!!!!!!!

Amri Mat Saaid said...

salam Pak sheikh
silap eja tu takbir tu Allahu Akhbar
tadbir tu memerintah

pasal PAS Pulau Pinang dapat apa rujuk le pimpinan PAS dulu sebelummengeluarkan kenyataan,paling tidak sahabat saya Sdra. fadzil Kemi S/U Perhubungan PAS dilantik menjadi ahli majlis.

Ibnu Hasyim said...

Terika sih.. pembetulan anda. Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails