Monday, August 04, 2008

PAS PP Boikot P'raya P.Pauh..



Ibnu Hasyim:Catatan Santai


DALAM sehari dua ni saya terima SMS menyebutkan PAS Pulau Pinang memutuskan dalam mesyuaratnya ‘boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh’. Berkali-kali sms saya terima ..dan yang terakhir menyuruh rujuk web PAS Bukit Bendera..


Bila saya lihat web Bukit Bendera, tertulis tulisan bertajuk…


“PAS Penang Dapat Apa Faedah’ - Aug 02, 2008 at 04:21 PM.

SEMUA orang sebuk bincang Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi. Macam-macam janji akan ditaburkan dalam kempen ini. Macam-macam jenis manusia akan hadir untuk lihat pertembungan PKR lawan UMNO. Macam-macam jenis manusia akan mencari tempat tinggal sementara , gerai-gerai makanan tubuh bagai cendawan.

Macam-macam manusia ingin tunjuk kehebatan pidato masing-masing. Jalan-jalanraya penuh sesak dengan berbagai-bagai kenderaaan. Persoalan akhir sekali PAS Penang dapat apa.....PAS Penang dalam kerajaan yang dikatakan Pakatan Rakyat dapat apa...apa-apa...faedah bersama. Tolong Buktikan..”


Begitu maklumat tak rasmi yang sampai pada saya. Betulkah? Atau berita termasuk salah satu strategi musuh untuk lumpuhkan lawan? Saya tertarik dengan kata-kata, ‘Persoalan akhir sekali PAS Penang dapat apa.....PAS Penang dalam kerajaan yang dikatakan Pakatan Rakyat dapat apa...apa-apa...faedah bersama. Tolong Buktikan…’ Hal ini yang saya akan bongkarkan! Sama-sama kita bincangkan dan akan lihat.


Tulisan catatan santai kali ini sebagai muqaddimah ke arah pembongkaran ini, jika tidak merosakkan jamaah. Isya Allah, bersambung!.


ibnuhasyim. com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) Ogos4, 08. KL.





1 comment:

Anonymous said...

ni memang loyar buruk UMNO... saje nak porak perandakan PAS. Klu betul itu datang dari orang PAS. Memang dia tak tau politik. Lebih baik duduk diam. sebenarnya PAs banyak untung di permatang Pauh. Sekiranya DSAI menang dan InsyAllah saya mengharapkan sangat dia menang. Sekiranya menang dan Anwar Jadi PM, PAS akan lebih bebas berkerja dan berdakwah. Islam dan Keadilan akan tertegak di bumi Malaysia. Rakyat akan terbela...!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails