Monday, April 28, 2008

Tidak Wajar Anwar Saja Disebut Bakal PM..


Ibnu Hasyim:
CATATAN SANTAI


“MENGAPA Datuk Seri Anwar sahaja yang disebut-sebut sebagai bakal PM, tidak Ustaz Abdul Hadi atau lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat?” Kata seorang pengarang sebuah akhbar yang saya temui semalam. “Apakah Anwar saja yang mampu mencari 30 kerusi parlimen tambahan untuk merampas jawatan PM, sedang beliau sendiripun masih belum jadi ahli parlimen? …dan ada pula yang menguar-uarkan isteri beliau sebagai PM wanita pertama di Malaysia?”

“…Kerana PKR memenangi 31, DAP 28 dan PAS 21 kerusi parlimen, yakni PKR lebih dari parti-parti Pakatan Rakyat lain. Bahkan dikatakan beliau yang mendominasi bagi dapatkan 30 kerusi itu sekurang-kurangnya dari kerusi wakil rakyat BN yang melompat!” Saya jawab.

“Tetapi hal penambahan kerusi 30 ini masih belum terbukti… Kalau terbukti pun, bukanlah bererti mereka itu lompat parti semata-mata kerana Anwar atau PKR, bahkan kerana Pakatan Rakyat termasuk DAP dan PAS. Kalau salah satu parti-parti ini keluar dari pakatan, tentu Anwar tidak akan dapat jadi PM juga! Kerana itu kelebihan kerusi semata-mata inipun tidak boleh dijadikan ukuran!”

“Jadi siapa yang kamu fikir layak jadi PM selain Anwar? Ustaz Hadi?” Saya tanya lagi.

“Sudah tentu! Atau ramai lagi pemimpin-pemimpin muda PAS menang parlimen yang berwibawa.. Seperti Ustaz Nasarudin Md Isa, Dr Hatta Ramli, Ir Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Mujahid dan lain-lain, kalau nak disegandingkan dengan isteri Datuk Seri Anwar Dr Wan Azizah yang disebut-sebut sebagai PM..” Jelas kawan kita itu lagi.

“Apa alasan yang kamu pilih Ustaz Abdul Hadi sebagai PM?”


“Pertama.. Menurut saya, parti yang bertapak hingga ke ‘akar umbi’ di kalangan orang Melayu di Malaysia cuma dua, iaitu PAS dan UMNO. Ini adalah kerana sejarah geraknya yang panjang juga lama. Banyak cawangan-cawangan dari dulu hingga sekarang membantu gerak kerja pilihanraya, juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber, berjasa dan lain-lain. Apa lagi bila ada yang mengkategorikan Parti Keadilan sebagai ‘parti serpihan’ seperti Parti Negara pimpinan Dato’ Onn, Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleith dan lain-lain yang tiada asasnya, bahkan boleh berubah ke sana ke mari. Pemimpin-pemimpin dari parti ‘akar umbi’ sebenarnya yang layak jadi PM.

Kedua.. Disebabkan PAS adalah parti Orang Melayu dan Islam 100% yang terbesar selain UMNO. Hal ini memudah dan meyakinkan pihak Yang Di Pertua Agung dan Sultan-sultan berkerjasama dan merestuinya. Apa lagi bila dasar PAS adalah Islam yang menjadi agama bagi orang Melayu berbanding Keadilan yang pelbagai kaum dan agama.

Ketiga.. Buat masa ini di kalangan PAS ramai tokoh-tokoh berkelayakan dan berwibawa berbanding dengan Keadilan yang baru ditubuhkan ekoran dari kezaliman yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tokoh-tokoh PAS terdiri dari gabungan golongan agama dan professional, yang tidak ada dalam parti lain seperti DAP dan lain-lain.

Keempat.. Pemimpin PAS yang ada sekarang masih bersih rekod kepimpinannya, tiada kes rasuah, penyelewengan pembaziran dan pengumpulan harta, kes jenayah di mahkamah, bersekongkol dengan kezaliman seperti kes Mamali, tiada pemimpin partinya terlibat dengan kes tidak bermoral seperti rogol atau bunuh. Bahkan ada contoh pemimpinnya hidup sederhana seperti tuan guru Haji Abdul Hadi dan Nik abdul Aziz.


Hal-hal seperti ini perlu diambil kira di dalam parti yang pemimpinnya akan memimpin negara masyarakat majmuk, di mana agama rasminya adalah agama Islam.” Kawan kita itu merumuskan.

Saya tidak komen apa-apa, cuma hal ini saya paparkan ke haribaan pembaca untuk renungan dalam catatan santai kali ini.

Wallahu aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 28-04-08. KL.

18 comments:

Redhuan D. Oon said...

Makin ramai calon pemimpin makin sihat sesebuah daulah. Sama seperti dalam sebuah masjid makin ramai calon Imam makin mantap saf-safnya. Jika Imam itu terbatal atau gugur dengan senang yang lain tampil berganti.

Zaman Nabi pun bila wafatnya baginda, ramai juga yang sesuai mengambil tempatnya.

Kita tidak mahu keadaan macam seolah kita ketandusan pemimpin sehingga apabila dia berlaku zalim kita seolah hilang punca lalu terima saja, dan pelapis yang ada pun tidak wibawa macam yang berlaku hari ini dengan BN.

Calon kedua, ketiga sehingga kelima BN tidak diyakini rakyat sebagai bersih dan berwibawa. Alangkah sedih keadaan sedemikian.

SYAHAMIN said...

Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh....

Pertamanya, suka saya mendengar celoteh dalam ruangan ini.... SIAPA YANG PATUT JADI PM....

Apa yang saya sedang pikirkan memang sama dengan celoteh ini, cuma bezanya apabila SITUASI POLITIK MALAYSIA yang makin meruncing menyebabkan UMNO sedang mebuat provokasi2 BODOH yang merintih mendapat sokongan RAKYAT!!!

Saya berpendapat, situasi ini perlu dilihat oleh RAKYAT sebagai satu ujikaji terhadap BARISAN KEPIMPINAN di negara MALAYSIA... semasa ini, kita boleh melihat PEMIMPIN SEBENAR yang kita PILIH dan agung2kan....

Saya tidak nampak CIRI2 KEPIMPINAN yang ada dala BARISAN NASIONAL dalam menangani SITUASI ini dan juga dalam PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA... Kerakusan, Penganiayaan (MAHATHIR ADA MEMBUAT PENGAKUAN) dan juga KEANGKUHAN yang ditunjukkan PEMIMPIN2 MALAYSIA membuatkan saya terpikir, MENGAPA RAKYAT MASIH MEMUJA PEMIMPIN YANG TIADA CIRI2 KEPIMPINAN?

APa yang saya dapat buat kesimpulan ialah, MALAYSIA bukanlah ketandusan PEMIMPIN, tetapi tiada peluang diberikan kepada RAKYAT yang mempunyai ciri2 KEPIMPINAN apabila ORANG YANG SAMA atau GOLONGAN ATASAN sahaja diberi peluang....

AKhir kata, Saya nampak ciri2 KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM disenangi oleh PEMIMPIN2 di BARISAN RAKYAT dan juga RAKYAT MALAYSIA.... namun begitu, AGeNDA ataupun TATACARA yang diselenggarakan oleh PAS lebih BAIK dan DISENANGI rakyat apabila kebanyakan program2 yang dianjurkan PAS tidak membawa kepada perkara2 yang MELALAIKAN....

P/S: Saya tidak setuju PAKATAN RAKYAT meniru MODEL POLITIK BARISAN NASIONAL....

Anonymous said...

See Please Here

Anonymous said...

Memanglah calon Pas tidak mendapat sokongan DAP yang kini menguasai PR. Anwar sesuai untuk strategi jangka pendek DAP.
Bagaimana Pas boleh selesa dalam keadaan ini saya tidak faham. Ramai orang Islam yang mengundi Pas terhina apabila pemimpin DAP dan PKR menolak Islam.
Kenapa PR sanggup berkompromi dgn Sarawak dan Sabah utk meraih sokongan mereka, teapi tidak mahu berbuat demikian dengan negeri wilayah Pas?

Anonymous said...

Hentikanlah pertikaian siapa nak jadi PM.

Selama ini dah 50 tahun, selain UMNO mengangap pemimpin parti-parti yang mendakwa mendokong BA tak berjaya melakukan sebaliknya hanyalah retorik untuk memerintah.

Akhirnya degan izin Allah s.w.t, Anwar melakukan percaturan satu lawan satu sehingga membentuk gabungan semua komponen PR.

Seterusnya menzahirkan kita dengan cubaan yang lebih besar iaitu kemenangan.

Maka sekarang ini tumpukanlah bagaimana untuk mendampingi rakyat dan menghala perjuangan lebih besar untuk menakluki persekutuan.

Anonymous said...

Apa-apa pun mengenai pemerintahan negara yang mempunyai masyarakat majmuk, jangan kita katakan "tidak" sebelum mencubanya.

Saranan saudara agar barisan kepimpinan dalam PAS menerajui pemerintahan negara amat wajar diberi perhatian sungguh-sungguh. Alasannya, sebagaimana yang telah saudara utarakan, sebahagian besar tokoh-tokoh yang ada dalam PAS sememangnya telah merujuk kepada banyak kitab-kitab mu'tabar dari segi pemerintahan negara.

Yang jelas dan pastinya mereka telah mengkaji aspek pemerintahan Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat baginda, para tabi'in dan tabi'ttabi'in.

Kalau permuafakatan dan penyelarasan sebenar dapat dilaksanakan antara 3 komponen utama PR ini, saya yakin dan percaya seluruh bangsa/ keturunan dan agama yang ada di Malaysia ini akan dapat menerimanya, insya Allah Ta'ala.

Tambahan pula, setiap apa juga yang akan dilaksanakan dengan niat mencari keredhaan Allah Ta'ala, wajib bagi Allah Ta'ala membuka seluas-luas jalanNya, taufik dan hidayahNya dan berbagai lagi yang tak terjangkau oleh fikiran terhad kita yang juga dianugerahkan olehNya ini, kerana segala itu adalah hakNya, milikNya dan IaNya tidak berkongsi dengan siapa-siapa.

Syabas saudara yang menulis isu ini, yang pastinya tidak ramai orang yang menyetujuinya. Tetapi itulah hakikatnya.

Al-Islaamu ya'lu wala yu'laa 'alaih.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Apa-apa pun mengenai pemerintahan negara yang mempunyai masyarakat majmuk, jangan kita katakan "tidak" sebelum mencubanya.

Saranan saudara agar barisan kepimpinan dalam PAS menerajui pemerintahan negara amat wajar diberi perhatian sungguh-sungguh. Alasannya, sebagaimana yang telah saudara utarakan, sebahagian besar tokoh-tokoh yang ada dalam PAS sememangnya telah merujuk kepada banyak kitab-kitab mu'tabar dari segi pemerintahan negara.

Yang jelas dan pastinya mereka telah mengkaji aspek pemerintahan Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat baginda, para tabi'in dan tabi'ttabi'in.

Kalau permuafakatan dan penyelarasan sebenar dapat dilaksanakan antara 3 komponen utama PR ini, saya yakin dan percaya seluruh bangsa/ keturunan dan agama yang ada di Malaysia ini akan dapat menerimanya, insya Allah Ta'ala.

Tambahan pula, setiap apa juga yang akan dilaksanakan dengan niat mencari keredhaan Allah Ta'ala, wajib bagi Allah Ta'ala membuka seluas-luas jalanNya, taufik dan hidayahNya dan berbagai lagi yang tak terjangkau oleh fikiran terhad kita yang juga dianugerahkan olehNya ini, kerana segala itu adalah hakNya, milikNya dan IaNya tidak berkongsi dengan siapa-siapa.

Syabas saudara yang menulis isu ini, yang pastinya tidak ramai orang yang menyetujuinya. Tetapi itulah hakikatnya.

Al-Islaamu ya'lu wala yu'laa 'alaih.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

haji hadi tak layak jadi Pm - anwar seribu kali lebih hebar dr haji hadi.. ilmu agama haji hadi seribu kali hebat dr anwar. faham faham jerla . ni babit jutaan org -bkn semua suka dan lih trima. end-

Anonymous said...

Setakad nak jadi PM! cuba cari MP UMNO masuk PAS dulu dan tawan Federal baru nak sembang nak jadi PM.

Anonymous said...

Bukan seratus, bukan serbu, dan bukan juga sejuta yang mahu lihat YAB Tuan Guru Nik Aziz menjadi Perdana Menteri Malaysia. Melayu, Cina, India dan lain-lain keturunan memang ramai yang meletak angan-angan dan impian supaya manusia yang bergelar Nik Aziz itu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam.

Bagi mereka, Tuan Guru Nik Aziz ini merupakan contoh pemimpin sebenar yang amat-amat diperlukan rakyat Malaysia. Hidupnya sederhana, kuat imannya, tinggi ilmu, dan mesra dengan semua bangsa. Anutan agama malah bangsa tidak pernah sesekali menjadi pengukur baginya. Dan keikhlasannya dalam memperjuangkan Islam tidak boleh dinafikan lagi samada oleh kawan mahupun lawan.

Tapi sedarkah kita, semasa PAS mula2 merampas Kelantan tahun 1990 dulu, lebih daripada 3 rombongan telah dihantar oleh PAS untuk memujuknya memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Dan Tuan Guru menerima jawatan itu dengan berat hati, demi kepentingan ummah dan gerakan Islam.

Itu baru jawatan Menteri Besar, kalau jawatan Perdana Menteri lagilah susah rasanya nak pujuk. Bukan apa, dah jadi amalan pimpinan PAS, berjuang ikhlas kerana agama, bukan untuk cari pangkat kedudukan.

Apapun, kalau dibuat bancian siapakah yang layak jadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini… jawapan dari Pok Nik ialah YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK AZIZ BIN TUAN GURU HAJI NIKMAT.

Anonymous said...

Salam,
Boleh tak mana-mana blogger mulakan bancian? dan kita tengok yang mana lebih mendapat sambutan ramai. Atau macamana pendapat anda semua?

Anonymous said...

Saya bersetuju bahawa ramai tokoh dari PAS yang boleh di ketengahkan sebagai calon PM seperti TG Hj Hadi, Nasaruddin Mat Isa, & Husam Musa. Bagi TGNA, saya respect dia sebagai spritual leader yg unggul dan berkarisma tapi mungkin faktor usia & kesihatan agak menghalang.

Lagipun TGNA sudah banyak berjasa, eloklah ditonjolkan tokoh lain pula sebagai pengganti. Dalam PKR, rasanya tiada tokoh yg agak menonjol selain DSWA, Saifuddin, & Azmin. Dulu ada Ezam. Anyway DSAI bagi saya adalah tokoh yg paling layak. Punyai pengalaman yg cukup, dikenali di peringkat antarabangsa, punyai karisma sebagai leader, strategist, economist, educationist, tokoh agama, presentation skill yg hebat, punyai jatidiri, tokoh yg dapat diterima oleh masyarakat majmuk Malaysia, dan umur serta fizikal yg sesuai.

Sekiranya dibandingkan dgn tokoh2 dari UMNO seperti Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Sharir, Hishamuddin, Rustam, Hamid Alba, Rais Yatim, Khir Toyo, Ku Li dll rasanya DSAI lagi menonjol dan sesuai buat era ini.

Anonymous said...

A`kum..
bagi pndapat saya selain DSWA dan DSAI orang yg layak sbgai PM Malaysia ialah YB Husam Musa…dia idola saya selapas Ezam yg sudah saya tolak ke tepi..dulu dia idola saya..Tq

Anonymous said...

Salam,

Apa kurangnya LGE, KM PP yang sungguh unggul keperibadiannya. Mungkin cadangan ana terlalu mengguris hati, tapi ingatkah kita, TGNA pernah berkata, beliau akan menyokong walaupun bangsa cina sebagai PM, asalkan menerima Islam.

Mungkin yang menjadi halangan skang adalah papanya LKS, tapi LGE, insyaAllah tidak akan menjadi Lee Kuan Yue (Singapore)yang kedua. Semoga hidayah kepada saudara LGE.

Ini hanya nukilan rasa, jangan maki ana pulak hendaknya. Salam.

Anonymous said...

Islam itu mudah dan indah. kalau anwar ibrahim layak jadi pemimpin kerana ia pilihan rakyat tak salahpun. Tapi penasihat anwar hendaklah terdiri drp kalangan alim ulamak bukan alim dunia. InsyaAllah rahmat Tuhan akan turun mencurah kelak. Buat apa bergaduh sesama sendirikan?

Anonymous said...

Jika kita berlindung di bawah payung ulamak, kehidupan kita akan berkat. Jika kita berlindung selain dari ulamak, kehidupan kita akan kaya raya. Buatlah pilihan yang tepat.

Jika di bawah ulamak kita dapat makan nasi ngan ikan kering. Jika sebaliknya kita dapat makan nasi ngan ayam,daging dan sebagainya yg sedap-sedap.

Tapi kedua-duanya menjadikan kita kenyang dan kedua-duanya akan kita buang dalam bentuk najis.Fikirlah…..

Anonymous said...

Salam semua!
Saya berpendapat TGNA lebih dari layak. Jadi, beliau tak perlu jadi PM, letakkan sebagai Musyid ‘Am PR. Pelapis DSAI pula ialah Husam dan Saifuddin.
Salam.

Anonymous said...

Jibam terpanggil untuk memberi sedikit komen dalam hal yang amat menarik ini. Pada jibam, apa yang diutarakan oleh Pengasas patut disokong. TGNA rasanya amat-amat perlu dilantik sebagai Mursyidul AM Pakatan Rakyat memandangkan perwatakannya yang boleh dijadikan contoh semua pimpinan PR. Kewarakannya, kesederhanaan yang diamalkan, ilmunya dan sikap timbang rasanya dengan rakyat amatlah dikagumi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails