Wednesday, April 30, 2008

Projek Ladang Rakyat Selangor, Perlu Dirancang & Dilaksanakan Segera - Dr Mohd Hasyim



BY ASYOK KUMAR

UKAY PERDANA 30 April – Kerajaan Selangor diminta supaya adakan Projek Ladang Rakyat untuk rakyat miskin terutama kaum Melayu dan India, setelah Projek Ladang Babi di Sepang telah diluluskan untuk kaum Cina sahaja. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presiden Group Universiti Ulu Klang, Dr Mohd Hasyim semasa di temuramah di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau telah menggesa supaya ditunjukkan cadangan projek untuk kaum Melayu dan India, yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat atau jangka panjang. Beliau bimbang dengan timbulnya cerita tentang satu lagi usul mewujudkan suatu konsep Perkampungan Cina di Pulau Indah.

“Oleh itu, pihak pimpinan Selangor perlu segera rancangkan projek yang sesuai untuk bangsa-bangsa lain selain Cina, sekurang-kurangnya bagi dapat mengimbangi projek babi di Sepang itu. Contohnya, Sila lihat kejayaan Kelantan melaksanakan program Pembangunan Ladang Rakyat bukan sahaja dapat membantu penduduk miskin di negeri ini, sebaliknya ia turut menarik minat negeri lain (Harakah 30 April 2008)

Menurut kenyataan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS Limbongan) di mana kerajaan Pahang turut berminat melaksanakan program tersebut. Kata beliau kejayaan Ladang Rakyat sudah terbukti sekarang. Ladang Rakyat diwujudkan pada Mac 2006, di mana peserta dipilih di kalangan penduduk miskin. Mereka diberi dividen sebanyak RM200 sebulan.

Selain itu, peserta juga berpeluang bekerja di ladang yang dimajukan dengan usahasama pihak swasta. Mereka juga berpeluang memiliki rumah banglo tiga bilik melalui sewa beli yang dirancang dibina di kawasan ladang. Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peserta juga dibantu dari aspek spiritual dengan mewajibkan mereka menghadiri kelas-kelas agama dan solat berjemaah di masjid atau madrasah.

“Kalau negeri Pahang boleh mencontohinya, mengapa Kerajaan Selangor atau kerajaan yang diperintah oleh parti-parti Pakatan Rakyat tidak boleh mencontohinya?” Saran Dr Mohd Hasyim lagi.

3 comments:

SYAHAMIN said...

Assalamualaikum.....

che'gu bard, satu berita berkenaan kes cabul oleh bekas menteri membuatkan seluruh RAKYAT MALAYSIA terkejut....

sekiranya kes CABUL yang dikategorikan dalam akta 354 sesorang itu boleh dikenakan hukuman sehingga 10 tahun penjara dan automatik digugurkan daripada menjadi AHLI PARLIMEN....

Jadi, ANWAR IBRAHIM dapat bertanding di KAWASAN TERSEBUT...

tengok link kat bawah nih, cam ader kene mengener aje.... saya tak tuduh, tapi wikipedia yang tulis.... nanti kena tangkap laks... hehehehe.

http://en.wikipedia.org/wiki/Jamaluddin_Jarjis

SYAHAMIN said...

Assalamualaikum.....

IBNU HASYIM, satu berita berkenaan kes cabul oleh bekas menteri membuatkan seluruh RAKYAT MALAYSIA terkejut....

sekiranya kes CABUL yang dikategorikan dalam akta 354 sesorang itu boleh dikenakan hukuman sehingga 10 tahun penjara dan automatik digugurkan daripada menjadi AHLI PARLIMEN....

Jadi, ANWAR IBRAHIM dapat bertanding di KAWASAN TERSEBUT...

tengok link kat bawah nih, cam ader kene mengener aje.... saya tak tuduh, tapi wikipedia yang tulis.... nanti kena tangkap laks... hehehehe.

http://en.wikipedia.org/wiki/Jamaluddin_Jarjis

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih. Saya akan tengok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails