Tuesday, April 01, 2008

Politik Tetap Politik Juga?



Respon kepada komen pembaca:Dato’ Dr Hasan Ali... Ingat, Mana Janji Mu? Posted on Monday, March 31 @ 02:10:04 MYT by greenboc

Oleh ning


Assalamualaikum..'
Berikut ana lampirkan komen dari pembaca pada artikal ibnuhasyim bertajuk Dato' Dr Hassan Ali...Ingat Mana Janji Mu?

“Re: Dato’ Dr Hasan Ali... Ingat, Mana Janji Mu? (Score: 1)
by su-kj on Saturday, March 29 @ 09:57:29 MYT
(User Info | Send a Message)

Kalau dah politik tu tetap politik juga.
Berkempen ibarat memancing. Kadang-kadang nak pancing ikan tetapi umpannya udang tak semestinya anak ikan. Janji matlamatnya nak dapat ikan. hehehe..j Jadilah macam saya 'bebas'.
Jangan marah na.

ANA tertarik dengan komen ini kerana ian menyatakan "kalau dah politik tu tetap politik".ingin sekali ana bertanya "APA MAKNA POLITIK" Umumnya sebahagian kita faham politik sebagai satu cara mendapat kuasa pemerintahan. Dalam falsafah Aristotle dan Plato politik didefinasikan sebagai satu cara untuk mendapat kuasa pemerintahan dimana semua kaedah yang digunakan untuk mendapat kuasa dihalalkan.

Dengan bahasa yang mudah, matlamat menghalalkan cara. Antara yang dibenarkan oleh falsafah Aristotle dan Plato ini termasuk menaburkan janji sekalipun ianya tidak dapat ditunaikan. Sama seperti yang dilakukan oleh BN dalam PRU ke 11 yang lalu ia itu cemerlang gemilang terbilang dan janji memerangi rasuah. Tidak ada satupun janji ini ditunaikan sehingga hari ini. Begitu juga janji aman makmur selamat serta pembangungan koridor yang sekarang ini menjadi janji baru BN semasa PRU ke 12. Dapat kita jangkakan janji ini juga akan tinggal janji.

Aristotle dan Plato juga menyatakan dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal (THERE IS NO PARMANENT FRIEND AND ENEMY IN POLITIC- dengan izin). Oleh itu bukan menjadi satu yang pelik kalau satu masa ada kawan yang bertukar menjadi lawan dalam politik. Satu yang juga sering berlaku dalam BN. Satu masa dulu TD Mahathir bermusuh dengan Ku Li sekarang mereka menjadi kawan adalah contoh semasa kepada dasar dari kefahaman politik Aristotle dan Plato ini.

Begitu juga falsafah Aristotle dan Plato juga mengasingkan politik dari agama. Politik hanya melibatkan pengurusan dan usaha mendapatkan kuasa pengurusan yang pula berdasarkan pemikiran manusia semata mata dan bebas dari tuntutan serta panduan agama. Akibat dari pemahaman politik Arstoltle dan Plato ini maka timbul berbagai komen termasuk komen dari pembaca di atas. KALAU "POLITIK TU TETAP POLITIK JUGA" merupakan komen yang lahir dari pemahaman politik Aristotle dan Plato.

Ianya diandaikan kepada semua ahli politik termasuk mereka dari PARTI ISLAM. Pada tanggapan golongan yang percaya kepada Aristotle dan Plato ini semua ahli dan parti politik adalah sama. Bergerak dengan konsep yang sama, bermatlamat sama dan mempunyai carahidup yang sama. Seterusnya ana juga tertarik dengan komen pembaca di atas bilamana beliau menyatakan beliau seorang yang bebas serta berkempen kepada kita semua untuk turut jadi bebas macam beliau.

Sekali lagi beliau silap persepsi kerana pegangan falsafah Aristotle dan Plato. Ana tidak ingin mengulas panjang cuma cukup sekadar menyatakan kepada semua bahawa kewajipan yang terdapat dalam garis panduan Islam menuntut kita semua terlibat dalam usaha menegakkan haq dan mencegah kemungkaran yang pula sebenarnya merupakan tanggungjawap politik kita semua.

Seperti kata seorang kawan kalau ada satu jemaah yang mengajak kita semua menubuhkan atau menegakkan carahidup Islam (yakni negara Islam) maka menjadi kewajipan kita semua menyokongnya sekalipun berbagai bagai halangan kelihatan dihadapan kita. Inilah yang dimaksudkan jihad pada juzuk juzuk tertentu yang perlu kita fahami hayati dan sokong semuga kita mendapat rahmat dan barakah dari Allah. Jadi sebagai seorang Islam tidak bijak kita menjadi 'bebas" atau "atas pagar"

Dari TKO

2 comments:

Jie said...

Apa yang menarik adalah kejelasan maksud politik di sisi ulama lampau yang memperjelaskan maksud sebenar daripada sejarah RasuluLLah dan para khulafa’ selepasnya. Politik adalah usaha dan tindakan yang dengannya manusia menjadi dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kejahatan. Manusia sentiasa berselisih sesama sendiri demi merebut kebaikan. Perselisihan mencetus penghakiman. Penghakiman yang memberi kebaikan adalah Islam walaupun daripada mana datangnya. Penghakiman yang baik itu pula sukar sekali diperolehi kerana kekurangan semula jadi manusia untuk mengenal kebaikan yang menyeluruh kecuali apabila ia merujuk kepada tuhannya.

Di sinilah datang politik Islam memurnikan medan politik yang penuh kekacauan. Politik adalah ruang dan medan yang tak pernah kosong. Ia sentiasa penuh bahkan bersesakan dengan para pendekarnya. Semuanya karut kecuali pendekar Islam yang bersumberkan politik cara Islam.

Ertinya, hendaklah setiap kita memahami politik dan menjadi penekunnya, bukan sekadar pemerhati dan penonton. Politik membekalkan sejuta kebaikan dan keadilan kepada kehidupan manusia seluruhnya. Islam adalah ugama kebaikan dan keadilan.

Anda juga, melalui nukilan hadis al Rasul, athar dan kata - kata para sahabat, juga tulisan ulama lampau yang dipilih oleh Dr Yusuf al Qaradhawi akan mendapati betapa dekatnya perihal politik dan kehidupan dalam kotak pemikiran dan medan kerja mereka. Anda tak akan merasa terasing dan sendirian lagi di medan politik. Susah senang di medan penuh fitnah ini adalah juga susah senang yang telah lama mereka lalui dengan jayanya. Kita hanyalah penjejak jejak salaf.

petikan dari blog : nik mohamad abduh bin nik abdul aziz

Redhuan D. Oon said...

Seringkali kelemahan manusia itu menyelubungi perjuangan wakil rakyat yang terpilih itu. Tetapi dengan adanya proses pemilihan dari masa ke semasa, tembelang atau kelemahan seseorang tokoh tu akan terdedah. Kita tidak perlu risau sangat tentang itu.

Tetapi pada masa yang sama, tekanan dan kritikan yang bernas harus diteruskan tanpa kira mereka itu bersedia ke tidak untuk mendengarnya. Jika wakil rakyat tidak tahan cemuhan pun, mengapa mereka ingin bertanding? Jadi pensyarah je la kat universiti boleh duduk di atas kerusi empuk dengan selesa dan cukup bulan gaji jalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails