Thursday, March 01, 2018

Dirogol Kejam Ketika Lawatan Sambil Belajar.

Hasil carian imej untuk rogol di berlin ,jerman
Remaja Britain dirogol kejam ketika lawatan sambil belajar
BERLIN: Seorang remaja Britain berumur 18 tahun telah diperkosa dengan kejam serta dipukul dua orang lelaki sewaktu mengadakan lawatan kolej ke Berlin.

Lapor Mirror.uk, remaja perempuan tersebut difahamkan dalam lawatan ke ibu kota Jerman itu untuk menghadiri sebuah festival filem.


Dia kemudiannya diserang oleh dua lelaki di sebuah bar shisha selepas terpisah dengan rakan-rakannya pada malam tersebut.

Remaja itu dikepong oleh dua lelaki berkenaan, sebelum dikunci di dalam bilik dan dirogol serta dipukul dengan teruk selepas dia melawan.

Dia dirawat selama dua malam selepas mengalami kecederaan dan trauma sebelum diterbangkan pulang ke United Kingdom, Jumaat lepas.

Setakat ini, belum jelas sama ada suspek sudah ditahan ataupun tidak.

Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-68, Berlinale itu berlangsung dari 15 hingga 25 Februari.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon peraturan perundangan negara maju, tetapi tidak mampu lahirkan manusia berperadapan tinggi lagi maju. Ikut cara hidup Islam, mampu melahirkan manusia bertakwa selamat dunia akhirat.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Percaya Rakaman ‘Nik Abduh Terima Duit UMNO’? Kena Percaya Ini..




AIDCNews -27/02/18 –Jika ada yang mempercayai rakaman ‘Nik Abduh terima duit UMNO’ maka dalam masa sama perlu juga mempercayai rakaman ‘Mat Sabu dengan Rosmah’ dan “Anwar dengan China Doll’ kata Fais Al-Hajari.
“Jangan sekerat-sekerat, jangan separuh-separuh, jangan memilih-milih…perlu diingat rakaman audio “Mat Sabu dan Normah” itu dilegarkan pada ketika teknologi editing audio video sangat-sangat terhad masa tu.
“Bukan macam sekarang yang memang senang-senang je nak edit itu ini,”katanya dalamFacebook.

Dalam rakaman yang sedang giat disebar oleh aktivis-aktivis PAN itu mendakwa satu pertemuan tertutup diadakan di antara Ustaz Zaharuddin Mohamad dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan dengan isu terima duit daripada UMNO.
“Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan ‘beberapa orang’kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar.
“Suara yang kononnya Nik Abduh tu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar,” kata Ahmad Amzad Hashim dalam Facebook.
Menurutnya, keshahihan suara dalam rakaman itu adalah suara Nik Abduh juga dipertikaikan orang ramai.
“Jadi jika pertemuan ‘beberapa orang’ mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu?
“Content, Isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah.
“Biasanya kita kesan kandungan itu, satu satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodo saja yang cerita sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit!,”katanya lagi.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

PAS Menggugat, Tun M Mula Takut."Jangan Undi Bulan"..



PEKAN - "Jangan undi dacing, jangan undi bulan," kata Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum, di sini, petang tadi.

Menurutnya, untuk memastikan Harapan menang PRU14, sokongan masyarakat Orang Asli diperlukan.

"Jangan undi dacing, jangan undi bulan. Dan bulan itu sebagai pengacau untuk menarik undi Pakatan Harapan.


"Bulan ini tidak boleh menang, dia buat kacau sahaja. Bulan ada untuk sokong BN," katanya.

Sementara itu, Mahathir berkata, Harapan berjanji akan menjaga kepentingan Orang Asli jika menang PRU14 nanti.

Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan dalam manifesto Harapan bagi membela hak Orang Asli, sekali gus memastikan kehidupan mereka lebih terjamin.

Katanya, kegiatan perlombongan dan pembalakan menyebabkan komuniti Orang Asli hilang punca pendapatan dan sumber makanan.
"Orang Asli perlukan hutan kerana itu sumber pendapatan mereka. Kegiatan dan perlombongan telah memberi kesan kepada kehidupan penduduk, malah mereka hidup di dalam debu.

"Pakatan Harapan akan berusaha untuk mengurangkan, malah sebaiknya menghentikan kegiatan-kegiatan ini demi menjamin kehidupan yang lebih baik buat penduduk khususnya Orang Asli," katanya ketika berucap di hadapan masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum.

Mahathir menghabiskan masa kira-kira 30 minit dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali bersama pemimpin tempatan dan penduduk kampung.

XOXO - Akhir-ahkhir ini HARAPAN sangat kerap menyerang PAS dalam mana-mana ceramahnya dan kadang kala serangan kepada PAS melebihi serangan kepada UMNO/BN. Bagi mereka yang berfikir kenapa Mahathir perlu buat kempen khas menafikan PAS? Sudah tentu mereka sedar PAS sekarang makin kuat dan boleh mengugat kedudukan HARAPAN di banyak kerusi.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/ 




UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

K'tan Sedia Runding Dengan K’jaan Persekutuan



KOTA BHARU – Kerajaan negeri sedia mengadakan rundingan dengan kerajaan persekutuan berhubung pelbagai isu berbangkit membabitkan Orang Asli di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ini kerana masalah yang timbul bukan membabitkan isu pembalakan semata-mata, malah turut melibatkan beberapa isu lain terutama berkaitan pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
“Setakat yang kita tahu, berdasarkan pertemuan yang lepas dengan (wakil) masyarakat Orang Asli ini, bukan soal pembalakan sahaja yang dibangkitkan (tapi turut menyentuh), malah ketidakpuasan hati dari segi pengurusan antara kerajaan (persekutuan) melalui JAKOA membabitkan kebajikan mereka.
“Isu ini berkait, jadi kalau kerajaan nak jumpa dengan kerajaan negeri kita alu-alukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi catatan laman Facebook, beliau melaporkan menerima kunjungan Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Nor Akhirrudin Mahmud bagi membincangkan isu semasa mengenai pengurusan sumber asli (hutan) dan masyarakat, terutama Orang Asli.
Mengulas mengenai sekatan pembalakan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang ketika ini, Mohd Amar berkata tidak semua Orang Asli bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Jaringan) Kelantan itu.
“Saya difahamkan ada 50 Orang Asli yang membuat laporan polis kerana sekatan yang dilakukan oleh Jaringan itu mengganggu kehidupan mereka memandangkan ia dibuat di laluan utama keluar masuk untuk menghantar makanan.
“Kita tak boleh mengadakan rundingan dengan Jaringan kerana mereka merupakan pertubuhan tidak berdaftar. Tak betul kalau kerajaan (negeri) berunding dengan satu badan yang tidak diiktiraf,” katanya. – BERNAMA

Neelofa Sambut Baik Teguran Mufti. Al-hamdulillah!


HALAMAN HIBURAN

SELEBRITI dan ahli perniagaan berjaya Noor Nelofa Mohd. Noor mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas teguran berhemah yang dibuat terhadap dirinya semalam.
Menurut Lofa, dengan rasa rendah hatinya dia menerima segala teguran agamawan tersebut berkenaan isu pelancaran tudung keluaran syarikatnya, Naelofar Hijab, di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota.

 Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri



“Saya anggap ia satu teguran dan nasihat yang mendamaikan dari seorang pakar kepada saya. Saya sangat menghargainya.
“Saya dan team NH mengambil berat setiap nasihat dan cadangan yang diutarakan oleh pihak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu,” katanya.
Kata Lofa lagi,sebagai personaliti dikenali, dia turut mahu berusaha untuk memperbetulkan langkahnya di masa hadapan agar tidak mendatangkan fitnah daripada masyarakat.
“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi meluangkan masa, memberikan kritikan dan cadangan dalam keadaan saya berhadapan dengan situasi tidak diduga sebegini.
“Setiap sokongan, teguran dan cadangan anda, saya hargai dan hanya ucapan terima kasih mampu saya hulurkan,” katanya lagi.
Sebelum ini, Lofa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu mempedulikan lagi kata-kata nista masyarakat terhadapnya.
Majlis pelancaran koleksi tudung terbaru NH iaitu #BeLofa pada Isnin lalu mendapat kritikan hebat masyarakat apabila ia diadakan di sebuah kelab malam.
Neelofa menerima kecaman teruk daripada netizen akibat dianggap kurang sensitif apabila melancarkan tudung versi terbaharu NH itu di pusat hiburan yang sinonim dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas dan pengambilan alkohol...
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Wednesday, February 28, 2018

Rasuah RM19J Untuk Tutup Kes Terowong PP. SPRM Syabas!



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.


Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu “menyelesaikan” siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lepas.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber, bayaran ke-2 iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ke-3 dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 3.48 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas SPRM, teruskan membela pencerobohan harta rakyat.. Rakyat pula perlu sedar supaya jangan mengundi dan berkerjasama parti penceroboh harta rakyat itu, dalam PRU14 akan datang.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Maria Chin Sertai PKR Untuk Tanding PRU 14


AIDCNews -27/02/18 –Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dijangka meletak jawatan dalam tempoh dua minggu lagi dan menyertai PKR untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, Maria bakal bertanding di “kerusi selamat” bagi memastikan beliau menang dan menjadi Ahli Parlimen pada PRU itu.
Ketika dihubungi untuk mengesahkan perkembangan itu, Maria menjawab: “No komen.”
Minggu lepas, akhbar arus perdana New Straits Times melaporkan yang Maria mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Batu atau Petaling Jaya Selatan, Ambiga pula dikatakan akan bertanding di Kapar atau Segamat.
Bagaimanapun Ambiga memberitahu The Malaysian Insight yang beliau “tidak berminat” dengan politik.
“Jika Ambiga tidak bertanding, dia mungkin akan menggantikan Maria sebagai pengerusi Bersih selepas pilihan raya.
“Buat masa sekarang, Shahrul akan menyandang jawatan pengerusi,” kata sumber itu merujuk kepada Timbalan Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari.
Minggu lepas, Ketua Eksekutif Institut Demokarsi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan mengumumkan pengundurannya daripada badan pemikir tu berkuatkuasa 18 Februari.
Wan Saiful yang merupakan ahli PAS dijangka meninggalkan parti Islam itu untuk menyertai PPBM minggu ini.
Wan Saiful dilihat melawat ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, dan masih mendiamkan diri mengenai dakwaan yang beliau akan menyertai parti itu.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails