Friday, July 19, 2013

Video : PRK K/Besut,Che Long Jawab Tohmahan Media


Calon PAS PRK N.01 Kuala Besut, Che Long menjawab tohmahan media kononnya beliau tidak berminat menjaga rakyat.

PRK Kuala Besut : Che Long ' Mudoh Bbaso,Sene Kkiro '

Che Long pilihan tepat PAS di PRK Kuala Besut. Tidak "kupid", pemurah dan "mmudah bbaso, senei kkiro". Jika menang, dia tidak mahu ambil elaunnya sebaliknya diberikan kpd orang yang memerlukannya. 
Kata Che Long "saya bawa orang pergi (tunai haji) ke Mekah sampai 40 orang lebih, saya belanja habis duit sampai RM200,000.00 dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi, saya hantar orang ke Mekah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar."


Ceramah TG N/Aziz K/Besut.



PAS Tidak Bentuk Kerajaan, Jika Menang PRK - Husam Musa


PAS tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan.
"Tetapi nanti mereka (BN) tidak boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan ia tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.

Sementara itu, Husam yang juga pengarah PRK PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut.
Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian.
PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot @ Azlan Yusof daripada PAS berikutan kematian penyandangnya Dr Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. ~bernama

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Wahai Pemuda! Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan.


Rujuk:
 


Wahai Pemuda, ini pesanan  Hassan Al-banna Untukmu!

"Sudut paling merbahaya sekali pada sesuatu umat yang sedang membangun, terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan.. Iaitu lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi" 


Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan. 
4.00 pagi Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tghr Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

BN Terdesak, Serang Peribadi Che Long -Tuan Ibrahim


BESUT: Tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon PAS, Azlan Yusof atau dikenali sebagai Che Long adalah kerana mereka berada dalam keadaan terdesak.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui Harakahdaily selepas ceramah beliau di Kampung Beris Lampu, semalam.

Menurut beliau lagi, sepatutnya apabila sesebuah parti itu memerintah mereka sepatutnya menerangkan dasar-dasar kerajaan untuk rakyat bukannya menjadikan sasaran peribadi sebagai fokus utama.

"Orang yang serang peribadi ini adalah orang yang kehabisan idea dan modal.
"Dah jadi kerajaan memerintah sepatutnya dasar-dasar kerajaan untuk rakyat menjadi agenda utama dalam kempen dan bukannya peribadi lawan," jelas beliau.

Beliau yang turut merasakan BN berada dalam keadaan kritikal apabila calon mereka tidak mampu menandingi calon PAS, Che Long dari segi hubungan dengan masyarakat serta sikap pemurah yang beliau (Che Long) miliki.

"Saya pasti BN melihat calon mereka tidak dapat menandingi keperibadian yang dimiliki oleh calon PAS, atas dasar itu bila berada dalam keadaan kritikal serangan peribadi menjadi senjata mereka.
"Selain itu juga mereka turut merasakan calon PAS anak jati dan tinggal di Kuala Besut yang sentiasa bersama penduduk sedangkan calon mereka tidak tinggal di sini, malah tidak dikenali langsung oleh penduduk setempat," sambung beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan ini merupakan kelebihan yang diperolehi oleh PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut untuk memenangi kerusi tersebut. Katanya lagi, rakyat juga boleh menilai apabila BN sendiri telah berjanji untuk menghormati bulan Ramadhan dengan meneruskan kempen tanpa menyerang sifat peribadi parti lawan, tetapi mereka sendiri telah melanggar janji tersebut. (Hrkh)
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
 

4 Perkara, Kempen BN K/Besut Di Takuk Lama

Oleh Mohd Nasir Awang

PILIHAN Raya Kecil Dun Kuala Besut, Terenganu semakin menuju kemuncak. Kedua-dua parti bertanding, Barisan Nasional (BN) dan PAS semakin merancakkan gerakerja kempen masing-masing.

Setakat ini belum ada apa-apa yang boleh disifatkan sebagai pendekatan baru dalam kempen BN. Selaku parti pemerintah yang memiliki berbagai kelebihan berbanding PAS, BN nampaknya kekal selesa memanfaatkan kaedah dan taktik lama

Kesemua taktik dan pendekatan itu berkait rapat dengan tabiatnya memanipulasi kuasa dan kewangan kerajaan untuk kepentingan politik partinya.

Pertama, BN terus memancing undi rakyat dengan menabur janji pembangunan dan pelaksanaan projek segera. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun sebagai Timbalan Perdana Menteri merasmikan peletakan batu asas dan pecah tanah projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat, di Kampung Lay Out Tok Saboh.
Dengan kos pembinaan RM10.35 juta, projek itu akan menjadi tempat tinggal 72 keluarga, termasuk 46 keluarga mangsa air pasang dan ombak besar di Dun berkenaan. Setiap unit bernilai RM100,000 itu akan diberikan kepada setiap keluarga secara percuma.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula meluluskan pembinaan pasar nelayan di Jeti Kuala Besut, yang sekali gus menjadi pasar pertama seumpamanya di Terengganu. Menterinya yang turun menabur janji itu mengatakan kerajaan akan membina pasar dengan kos RM200,000 itu dalam masa terdekat.

Di tengah-tengah kerancakan kempen inilah juga Menteri Pendidikan II mendapat idea memilih dua sekolah di Kuala Besut untuk program integrasi kementeriannya dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, yang dipanggil Brain Bee.

Secara kebetulan pula, ketiga-tiga janji besar ini berlaku di hari sama dan turut melibatkan kawasan sama di Besut. Giliran menteri-menteri lain mengumumkan projek kementerian masing-masing dijangka akan bersilih-ganti dalam tempoh kempen berbaki seminggu lagi ini.
 

Kedua, BN memanipulasi tahap hidup rakyat dengan umpan bantuan segera. Sepertimana lazimnya di setiap kesempatan pilihan raya kecil sebegini, BN akan memanfaatkan kuasa dan kewangan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kepada hampir setiap sektor masyarakat.

Tidak cukup dengan beberapa skim bantuan yang telah sedia dilaksanakan seperti BR1M, TR1M, dan entah apa-apa lagi, diwujudkan pula berbagai nama bantuan mengikut jabatan atau agensi kerajaan berasingan. Kumpulan nelayan diberikan bantuan perkakasan nelayan, khalayak petani pula dengan input pertanian, begitulah juga yang lain-lainnya.

Ketiga, ada maklumat mendakwa wujud unsur ancam-ugut terhadap petugas PAS di peringkat akar umbi. Dikatakan ada unit peti undi (UPU) PAS sukar mendapat komitmen daripada petugas tempatan, sedangkan sekian lama individu-individu terbabit  adalah aktivis setempat yang membuat kerja-kerja parti secara terbuka.

Antaranya, masih ada UPU PAS yang gagal menyenaraikan petugas ‘polling and counting agent’, apabila petugas sedia ada enggan memberikan kerjasama di atas sebab-sebab yang sangat mencurigakan. Difahamkan mereka ini telah ditekan dengan ‘kata dua’ oleh pihak tertentu agar tidak melibatkan diri dengan sebarang gerakerja kempen PAS, atau bakal berdepan kesulitan di dalam pencarian rezeki mereka.
Sejauh manakah dakwaan ini benar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Namun, logiknya juga ada. Bagi masyarakat di Dun Kuala Besut yang rata-rata hidup kais pagi, makan pagi, sebarang ancaman untuk menutup periuk nasi adalah sesuatu yang paling ngeri untuk diimpikan. Kesan daripada keadaan itu sedang dirasai PAS.


Keempat, BN masih mengamalkan taktik menyerang peribadi calon lawan. Walau pun calon BN dalam kenyataan kepada media sejurus selepas penamaan calon Jumaat lalu menyatakan akan melaksanakan kempen secara gentleman dan tidak akan menyerang peribadi calon parti lawannya, sikap dan pendirian serupa nampaknya tidak dikongsi para pendukung BN lain.

Di hari sama juga khabarnya calon PAS, Azlan @ Yusof Endut a.k.a Che Long dikutuk dan dihina. Taraf pendidikannya yang ‘hanya lulus SPM’ dijadikan bahan tutur paling laris di kalangan jentera kempen BN. Bahkan, ada di kalangan pemimpin masyarakat setempat melabelkan beliau sebagai seorang calon yang “bodoh”, “tidak pass periksa” dan tidak layak dipertemukan dengan calon BN yang berpendidikan tinggi itu.
Che Long juga disifatkan seorang bekas ahli Umno yang khianat dan mempunyai rekod disiplin yang buruk, sehingga beliau terpaksa dipecat daripada Umno. Sedangkan ‘rekod buruk’ dimaksudkan itu hadir ke Besut bersama satu fenomena penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam PAS selepas September 1998 lalu.
Selain pemerhatian-pemerhatian di atas, pelaporan media elektronik dan cetak arus perdana yang sangat tidak telus dan berat sebelah turut menambah ketempangan dalam proses demokrasi negara ini.


Kesemua pemerhatian disebutkan itu bukanlah perkara baru. Ia hakikat yang telah sekian lama diamalkan BN pada setiap kali parti itu berdepan pilihan raya, umum atau kecil. Ertinya, biar pun zaman semakin melangkah ke depan, taktik dan strategi kempen BN tetap kekal di takuk lama. (Detikdaily)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Peguam PAS: Tidak Adil Dakwa Alvin-Vivian Dg Akta Hasutan.

Tidak adil dakwa Alvin-Vivian di bawah akta hasutan

AHLI Parlimen PAS kawasan Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta kerajaan tidak mendakwa pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24  di bawah Akta Hasutan kerana akta itu telah banyak menzalimi rakyat negara ini.

Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, kata beliau.

"Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. Adakah ini keadilan?
"Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil? Di mana keadilan yang juga menjadi prinsip utama ajaran Islam hendak kita campakkan?," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pasangan muda itu telah mencetus kontroversi kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mempamerkan gambar lucah, didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini. 
Peguam PAS itu sebaliknya meminta umat Islam menerima  maaf dari pasangan itu. Islam menurutnya, adalah  agama rahmah di mana  Allah telah menulis untuk DiriNya rahmah (belas ikhsan). `Menerima kemaafan'

"Maka oleh itu saya rasakan tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan kedua pasangan remaja itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu.
"Saya percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, bagi saya, menjadi hukuman perit ke atas mereka," katanya.

Beliau menambah, bagilah peluang kedua kepada mereka berdua,  remaja yang mudah tergelincir. Katanya, percayalah Islam tidak akan dilemahkan dengan penghinaan mereka berdua dan Islam juga tidak dikuatkan hanya kerana kita melaung kuat untuk menghukum mereka di bawah kta yang zalim seperti Akta Hasutan.

Sebaliknya, dekatilah mereka dengan lemah lembut dan berhemah supaya segala keraguan mereka atas agama ini dapat dipadamkan dari benak pemikiran mereka. (Diangkat Dari Blog MiloSuam)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails