Monday, August 23, 2010

Bagaimana Tawanan Palestin Berbuka Puasa Di penjara Ramallah?

Ramallah 23 OGOS 10: Pemerintah Israel terus melakukan pelanggarannya terhadap hak-hak tawanan Palestin, terutama di bulan Ramadhan ini. Satuan Nahson Zionis yang bertanggung jawab dalam masalah pemindahan tawanan memaksa sejumlah tawanan Palestin untuk menyantap makanan berbuka puasa dengan tangan diikat.

Petugas penjaga tawanan menolak membuka ikatan tawanan, semasa hendak makan. Salah seorang tawanan menceritakan hal ini kepada pusat kajian tawanan dan Hak Asasi Manusia Palestin kemarin. Ia menyatakan, sebanyak 20 tawanan Palestin di penjara Ramallah dipindahkan dari penjara Nagev ke Over. Tawanan itu dibiarkan menunggu kendaraan khas mengangkut mereka di cuaca panas terik.

Sampai waktu berbuka puasa, tibalah pasukan Nahson ini untuk mengawal tawanan tersebut, “Kami meminta komandan Nahson untuk membuka ikatan kami, semasa hendak makan berbuka, sebelum kami naik ke kendaraan tawanan... Ia menolak kuat dan terjadilah pertelagahan antara tawanan dan tentara Nahson. Akibatnya kami semua diikat semasa makan berbuka."

Sementara itu, disebutkan juga, pasukan Nahson secara sengaja mendera tawanan masa memindahkan mereka dari satu penjara ke penjara lain, tanpa memperhatikan keadaan tawanan. Mereka diikat di tengah terik matahari, dimasukkan ke dalam ruang tunggu, sebelum mereka diangkut ke tempat dituju, mereka dibiarkan di dalam ruangan selama lapan jam berturut-turut. Tidak diberikan kipas apalagi pendingin udara. Padahal mereka berada di tengah padang pasir.

Menurut pusat kajian tawanan, satuan Nahson ini, kerap kali melakukan tindakan-tindakan sadis dan biadab. Mereka mempunyai kebebasan untuk memukuli tawanan bahkan hingga meninggal, hanya kerana sebab kecil. . (Pelbagai sumber/AK)

Hudud Atasi Jenayah, Komen Kit Siang Lawan Nik Aziz?

KL 22 Ogos 10: DAP menjauhkan diri daripada soal memperbaharui perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam dengan menegaskan, kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR). Laporan The Malaysian Insider hari ini/

Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat.

“Itu sebab isu-isu ini tidak disebutkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan Disember 2009,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu. Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat, apa-apa perubahan dasar perlu menerima persetujuan ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam (setakat ini),” kata Lim lagi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan idea negara Islam disokong dan digerakkan oleh tiga perdana menteri terkemudian — Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Ia bercanggah dengan pendirian tiga perdana menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menganggap Malaysia negara sekular dan bukannya negara Islam.

Kata Lim, kepimpinan MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberikan sokongan bulat kepada tiga perdana menteri terakhir, bermula daripada deklarasi 929 Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Islam pada 29 September 2001.

Perbincangan baru berhubung pelaksanaan undang-undang hudud dan negara Islam bermula apabila Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan. Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya. Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal. (AK)

Lihat sebelum ini..

Iran: Jet Pengebom Tanpa Juruterbang Pertama..




Gambar yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang dikatakan (berita AP) dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran. Sedangkan menurut IRIB dipamerkan 22 Ogos di Universitas Industri Malek Ashtar.

TEHERAN 22 Ogos 10: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut. Menurut satu laporan sebuah stesen tv di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.

Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.

Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran. Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. Demikian laporan AP

Sedangkan menurut IRIB sumber dari Iran, jet pembom tersebut adalah produk dalam negeri Iran bernama Karrar, dipamerkan 22 Ogos di Universitas Industri Malek Ashtar, bertepatan dengan peringatan Hari Industri Pertahanan. Pameran jet pembom itu disaksikan oleh Presiden, Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Karrar adalah pesawat tanpa awak juruterbang jarak jauh pertama milik Iran yang mampu mencapai target jarak jauh dengan membawa bahan peledak yang cukup berat. Menteri Pertahanan dan Dukungan Logistik Angkatan Bersenjata, Brigjen Ahmad Vahidi, dalam hal ini mengatakan,

"Pada minggu ini pemerintah juga akan memulai produksi perahu cepat militer Siraj dan juga generasi baru perahu pelontar roket Dzulfiqar. (IRIB/AP/AK)

Kes Along, Malaysia Masih Tidak Aman Lagi?

MAUT...seorang lelaki mati dipukul oleh along di Selayang semalam

Maut... seorang lelaki mati dipukul oleh along di Selayang semalam

KL 23 OGOS 10: Melihat kekasih hati dibelasah sekumpulan samseng upahan along, seorang kontraktor yang cuba tampil sebagai hero maut selepas dibelasah dengan kayu oleh penjenayah terbabit yang cuba mengutip hutang daripada wanita itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian itu Tan Boon Tat, 51, yang berasal dari Kampung Kayu Ara dikatakan makan bersama kekasihnya yang dikenali dengan nama Armiah dari Filipina.

“Berdasarkan siasatan awal, abang kepada Armiah diburu along berikutan kegagalannya melunaskan hutang sebelum menghilangkan diri.

“Berikutan itu along berusaha mencari adik mangsa yang dianggap bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang dibuat abangnya,” katanya.

Susulan itu, kumpulan samseng upahan along berkenaan berjaya menjejaki Armiah sebelum berpura-pura duduk minum di medan selera terbabit.

“Selesai makan, Tan dan teman wanitanya yang dalam perjalanan untuk pulang ditahan samseng berhampiran tangga medan selera terbabit.

“Kumpulan samseng itu bertanya Armiah berhubung hutang yang dibuat oleh abangnya, namun dia enggan bertanggungjawab. Bagaimanapun, suspek mengugut wanita terbabit supaya menjelaskan hutang itu hingga berlaku pertengkaran,” katanya.

Samseng kemudian memukul wanita itu, menyebabkan Tan yang hanya mendiamkan diri terpaksa masuk campur untuk membantu.

Malangnya niat baik mangsa mengundang maut apabila suspek membelasahnya beramai-ramai dengan kayu hingga berlumuran darah.

“Suspek yang mendapati mangsa tersungkur tidak sedarkan diri kemudian bergegas melarikan diri dengan menaiki kereta model BMW dari lokasi kejadian,” katanya.

Susulan kejadian itu polis daerah Sentul segera bergegas ke lokasi kejadian, namun mendapati mangsa tidak lagi bernyawa dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Zakaria berkata, serangan itu menyebabkan mangsa cedera teruk di kepala akibat dihentak dengan kayu bertubi-tubi.

“Setakat ini polis percaya abang mangsa mampu membantu polis bagi menjejaki kumpulan pembunuh berkenaan. Polis kini menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana jenayah membunuh,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, empat anggota geng samun kafe Internet yang sekian lama diburu polis berjaya ditahan, pagi semalam.

Zakaria berkata, kumpulan penjenayah itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya dilakukan oleh anggota polis di Jalan Ipoh, Sentul, kira-kira jam 5 pagi semalam.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Proton Wira disyaki baru melakukan samun kafe Internet di daerah Dang Wangi dan dalam perjalanan untuk melakukan jenayah sama di sekitar daerah Sentul.

“Hasil siasatan, dua daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah curi dan samun, manakala seorang lagi dikehendaki oleh polis Kuantan berhubung kes gaduh. Semua suspek diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Polis daerah Sentul turut melakukan siasatan terhadap kaitan suspek dengan kejadian rompakan kafe Internet di Kepong jam 2 pagi semalam. Dalam kejadian itu, penjenayah bersenjatakan parang menyamun pekerja kafe Internet terbabit sebelum melarikan diri,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masih ada lagi kes along. Malaysia masih tidak aman lagi?

Sunday, August 22, 2010

Sambut Ramadhan Di Jantung Kota New York


SAMBUT Ramadhan: Sholat & puasa, tak kra di mana sahaja, bumi Allah ini luas.. Beginilah yang berlaku di jantung kota New York, kota pengganas AS.. (Pelbagai sumber/AK)






Bosnia: Sambut Ramadhan Dengan Penghancuran Masjid.

Atas: Masjid Bosnia Bawah: Syaikh Mustafa Tseric Mufti Bosnia

BOSNIA SABTU 21 OGOS 10: Penduduk Muslim di wilayah Bosnia sangat menderita kerana mengalami diskriminasi etnik dan agama. Syaikh Mustafa Tseric Mufti Bosnia turut menyatakan penyesalan dan kekecewaan yang mendalam atas keputusan pihak berkuasa pemerintah Serbia yang menghancurkan masjid di bulan suci Ramadhan.

Protes Mufti Bosnia tersebut dilakukan setelah pemerintah kota Serbia melakukan penghancuran sebuah masjid di desa Sturba dekat Livno. Perwakilan dari masyarakat internasional di Bosnia Valentin Anczyko akhirnya meminta mufti Bosnia untuk campur tangan atas penghancuran masjid itu.

Namun pihak berkuasa Serbia sendiri membela diri atas tindakan mereka menghancurkan masjid tersebut. Menurut mereka, masjid itu dihancurkan kerana dibangunkan secara ilegal di wilayah selatan Bosnia. Jumlah penduduk di wilayah Balkan adalah 3.8 juta etnik Bosnia, termasuk 40% diantaranya adalah Muslim dan 31% dari Serbia Ortodoks dan sekitar 10% dari Crotia Katolik.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah cubaan kepada penduduk Bosnia dalam menyambut Ramadhan. (2MA)

Hiburkan dengan nasyid Bosnia.. Klik di sini..

Buka Puasa Di Desa Muslim Minoriti Jawa Tengah

LAZIS Gelar Ifthor di Dusun Muslim Minoritas

Minggu, 22/08/2010:"Alhamdulillah, mudah-mudahan ini bukan yang pertama dan terakhir. Apalagi masih banyak saudara-saudara kita di desa-desa lain yang perlu dikuatkan aqidahnya melalui acara seperti ini," ujar Kyai Ahmad Rais, pembina Masjid Al Furqon Dusun Gantang, Desa Gantang, Kec Sawangan, Magelang, Jawa Tengah, saat menyampaikan taushiyah jelang ifthor (buka bersama) di Masjid Al Furqon, Jumat (20/8).

Abdul Asziz, ustadz Dewan Da’wah di Sawangan, menuturkan, Kecamatan Sawangan terdiri 15 desa. "Ketika saya masuk ke sini, di tiap desa sudah ada gereja minimal satu buah. Sedangkan masjid dan mushola hanya satu dua," kata pengasuh Pondok Pesantren At Tauhid Desa Kepuhan.

Kyai Rais menuturkan, Desa Gantang mayoritas muslim. Tapi khusus Dusun Gantang, dari sekitar 200 KK warganya, jumlah yang muslim hanya 23 KK. "Itu pun yang murni keluarga muslim hanya 17, sedangkan 5 KK lagi agamanya campur-campur muslim dan nasrani," katanya.

Saat menghadiri acara, sekitar 75 jamaah Al Furqon dari Gantang harus pandai-pandai menghindari anjing yang banyak berkeliaran di sekitar masjid.

Meskipun menunya sederhana, ifthor berlangsung meriah. "Kawulo marem, saged nampi paket ifthor saking sederek-sederek muslim wonten Jerman (Kami puas, menerima paket ifthor dari saudara-saudara muslim dari Jerman)," ucap Kyai Rais, sambil menikmati hidangan yang dananya dikirim dari Muslime Helfen Germany lewat LAZIS Dewan Da’wah.

Kebahagiaan jamaah Al Furqon bertambah, manakala pulangnya mereka menerima paket sembako dari Zakat Foundation of America melalui LAZIS. "Alhamdulillah, jan marem tenan rasane (rasanya puas benar)," kata Wandi, kader da’i Al Furqon. (2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails